Thursday, October 24, 2013

PSPM 1 2013

Assalamualaikum..

Esok dah start exam. Final exam untuk sem 1. PSPM. Nervous? Gila kau x nervous. Nie memang antara hidup dan mati tau.. haha. Semua dalam mood xtentu arah. buat apa-apa pun sikit2 nak tension. haha.. Cam lawak je!! Tapi Alhamdulillah, stress tu ada, tapi aku cuba control. Jangan sampai dilepaskan pada orang yang xbersalah. 22/10 hari tu speaking MUET & besday adik Khalis.

Hm.. cakap pasal muet, ok lah! Biasa je. Berjalan lancar walaupun tangan aku agak keketarrrran waktu tu. haha..

Candidate A: Ida
Candidate B: Tajul
Candidate C: Fathin
Candidate D: Aku!

Waktu task A tu, tajul r, dy bagi isi ja. Dy x elaborate pun. Aku dalam hati dah, 'Tajul cakap je lah tajul, cakap je apa-apa pun. Bantai je lah tajul'

Waktu task B memang semua orang tolong dy. Sikit-sikit tanya dy. Hmm.. Oklah tu kn.. Tolong -menolong amalan mulia. haha.. Dah habis muet tu, aku tanya r," asal ang diam je tadi?" Dy cakap, "aku lupa apa nak kata pastu aku rasa lapar". Ish3! nak je aku tibai dy ni. Sabo jelah. Aku rasa yang buat paling baik sekali Si Fathin. Wa!! tertiba jelez pulak dengan ang Fathin!!

Tapi pertama kalinya dalam hidup aku cakap B.Inggeris secara lancar. k, aku tipu! Maksud aku, walaupun ada dy nyer rr tu, xla seteruk dulu. Sekarang dah tak takut sangat nak cakap dalam b.inggeris. See, self-confident pun bertambah. oklah tu kan?

::jarijemarimenari: Doakan aku semoga dapat keputusan terbaik dalam PSPM!! GOOD LUCK UNTUK SEMUA MATRICS' STUDENTS...

Thursday, September 26, 2013

Sayang Sahabatku

Assalamualiakum.. 

Jam baru tunjuk pukul 5 pagi, aku dah celikan biji mata update entry. Bukan niat utama pun. Cuma teringat kat blog ni. Lagipun tengah ada peluang untuk update kan? 

Pernah rasa diri korang rendah sangat? Banyak yang cakap besar disekeliling korang. Diorang memang kaya, memang berharta, memang pandai.. Semua tu x dapat di sangkal. Tapi korang? Korang xda apa-apa. Korang yang paling biasa diantara manusia biasa yang lain. Walaupun korang percaya setiap manusia tu ada kelebihan kan kekurangan, korang sendiri xnampak apa kelebihan korang sebab ditutupi oleh cakap-cakap besar kwan korang? 

Contohnya, bila keluarkan hasrat nak makan piza, dy trus kata, "Balik cuti ni mkan la. Makan puas-puas. Aku comfirm dapat kalau aku minta." 

Mungkin dy xfikir, kesusahan hidup yang korang alami, sebab tu lah dy senang kata macam-macam. Dy xpernah ada dalam kehidupan korang. Kesusahn yang korang alami hanya korang je yang tahu. pernah terlintas nak nak cakap besar juga? Jangnlah begitu. Terima dirinya seadanya. Tapi pada masa yang sama cari masa n keadaan yang sesuai untuk tegur n meluahkan perasaan pada dy. So, korang punya persahabatan xlah kecundang nanti. Ingat, kawan bukan dalam keadaan happy ja, Kawan juga mesti ada masa xhappy.

Korang baru bukak mulut nak share dengan dy tentang jiran korang yang dapat pergi oversea, dia dulu dah cita panjang lebar tentang jran dy yang awsome, sepupu dy yang deabak, semua dapat futher study kat oversea. Korang hanya mampu mendengar sambil tersenyum. Nak sambung cerita tadi pun dah rasa segan. Dy tak bagi peluang langsung untuk korang cerita. Bila korang kata, ada lelaki ni bagi hadiah befday kat korang, dya pun bukak cita lelaki ni bagi apa, buat apa, wish macamana kat dy. Korang pun dengar je. Korang percaya apa yang dikatakan itu benar belaka. Tak boleh nak sangkal sebab dia memang boleh mendapat pengalaman yang sebegitu. 

Kadang-kadang sakit jugak kan? Walaupun dia kawan kita. Nak tegur, tapi dy ni hati kering sikit. Think positive kawan2. Mungkin niat dy jugak macam korang nak share apa yang dy ada dengan korang. Tapi untuk si dy, Aq harap ada sedikit ruang untuk kawan mu itu cerita dengan kamu. 


::jarijemarimenari: Bukan cerita aku, tapi ada kawan yang whispered masalah ni pada aq. Dy kata tolong update pasal benda ni sebab dy sayang kawan dy tu, walaupun kawan dy macam tu. Sweet kan?? Dah macam pakar motivasi dah aq rasa. Kalau da yang terasa tu, memang nak bagi terasa pun. Kuang3!!!.. hehe, taklah, kalau yang terasa tu sila fikirkan kembali, kepada yang whispered kat aku tu, mung kau dulu pun macam ni kot? Hahaha. Apa-apa pun kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri di atas kaki sendiri, percayakan diri. 

Sunday, September 15, 2013

Balik Raya.

ASSALAMUALAIKUM...

Entry pasal puasa aq dah update tapi entry pasal raya aq xupdate pun. Raya tahun ni aq Di Taiping, Perak. Perasaan pagi raya tu lain macam sikit dari yang selalu sebab ada kehilangan besar dalam keluarga. 

Aq ingat lagi, Setiap kali aq cium tangan Arwah Atuk, dya akan genggam tangan aku kuat-kuat sampai aku menjerit sakit. WAAAA kejam.. tapi kekejaman tu la aku ingat sampai sekarang. 18 tahun aq hidup, thuun ni lah first time aq tengok opah menangis dan semua anak-anak dy menangis. Syahdu gila pagi raya tu. Mungkin sebab tu kut, xdak gambar untuk raya tahun ni. Kemeriahannya kurang. Raya yang kedua, kitorang buat kenduri arwah. 

So, berbalik kepada tajuk entry aku, dari Selatan ke utara aq menjelajah. Merentasi beberapabuah negeri. Lagu Balik kampung nyanyian Sudirman tu, memang menyentuh hati dan sanubari lah. Tapi dalam bas kitorang tengok movie yang ntah apa-apa ja.

Bukak puasa pon dalam bas ja. Cian x kitorang?? (tengah buat muka comel ni *-*)

Setelah 10 jam dalam bas, akhirnya
Kedah I'M BACK!!!!


jarijemarimenari: xbuat rumah terbukak pun tahun ni.

Friday, September 6, 2013

Jamuan Hari Raya N Sambutan Ambang kemerdekan

Assalamualaikum..

Sorry lah weyh, dah lama gila aku x update blog ni. Bukan dilupakan blog tersayang ni, cuma masa yang ada xberapa nak mengizinkan aku update.. Ada ja yang mengganggu... kan...

So, tertiba ja hari ni rasa cam ada masa sikit, so aku pun cpat2 bukak blog n update enrty ni..

Pada 30 Ogos yang lalu, KMJ (Kolej Matrikulasi Johor) adakan Majlis hari raya n Sambutan Ambang Kemerdekaan. Kiranya dua dalam satu lah ni. Ok lah tu kan. Seingat aku,  kali pertama n terakhir aq sambut Merdeka kat tengah-tengah lautan manusia waktu aq darjah 4. Sedih x?? So, kiranya ni lah masanya nak berjimba sakan dengan kawan2 yang sebaya kan?? 

Model Blok Al-Biruni 


Aq si Model makanan yang tak habis.. Jangan begitu kalian sekalian... Tak baik membazir.

Seharian aku xsentuh nasi semata-mata nak bagi lapar dan bolehla aq makan dengan lahapnya pada malam hari, tapi nasib aku tak baik sebab aq terlalu banyak makan wantan n popia. So, nasi tu aq makan sikit ja. Tu yang banyak lagi xhabis. Tengoklah acar depan aku tu. Membazir betul. 

Malam tu ada persembahan nasyid oleh pelajar KMJ sendiri. Suara yang paling best tu ja aku dengar, yang xbest tu aq buat taktau ja. Huahahahhaa... kesian deh lorh.. Ada jugak sketsa lawak tahap infiniti + gelak sampai terguling-guling.. Memang lawak tahap gaban la.. Diorang memang sporting habis la. 


Time countdown untuk sambut 31 Ogos tu, kitorang dipaksa rela menyanyi lagu macam-macam keluar.. Antaranya, Jalur Gemilang, 31 Ogos, Warisan, IM4U dang macam-macam lagi yang otak aku x larat nak proses. Balik bilik malam tu kira suara aku serak-serak basah ala-ala mandi x basah lah... Punya semangat aku menghabiskan suara aku.. 

Tapi malam tu memang release la tension. Puas sangat dapat menjerit x tentu hala di tengah lautan manusia tu. Malam tu memang banyak tangkap gambar tapi banyaknya phone orang lain. Tak sempat pulak aku nak bergigi biru dengan dyorang..

aq + ekah


::jarijemarimenari: Hargailah kemerdekaan yang dikecapi. 

Wednesday, July 10, 2013

Perjalanan ke JOHOR DARUL TAKZIM JDT

ASSALAMUALAIKUM...

Hai!!! Nampak tak tertiba jer hormon adrenalin aku naik mencacak? Hehe, bukan apa. Seperti yang korang tau aku sekarang dah menyambung pelajaran di Ko...lej Matriku...lasi Johor, wahana ilmu berzaman.. Eh, tertiba pulak terkeluar lagu kolej. Hehe.. Nampak tak aku begitu bersemangat? Hm, seriously aku sekarang berada di perantauan. Kali ni kalau balik raya barulah terasa bila dengar lagu Balik Kampung @ Dendang Perantau. Sebelum ni nyanyi tanpa perasaan je kan.

Oklah, aku terus terang je, aku sekarang dah jadi budak KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. Di ulang ye, JOHOR. Ko nampak betapa jauhnya aku pergi mencari ilmu? Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w lah katakan. Birpun tak sampai kat negeri China lagi tapi Johor consider jauhlah bagi aku yang duduk Kedah ni.

23 Mei 20013 

Aku dan family start gerak pergi Taiping, Perak sebab tukar kereta. Dari kereta Toyota Avanza kepada Toyota Vios milik Makngah. Apehal tukar r? Abah nak tukar sebab Azanva Macho tu xda aircond. Aicond Vios Comel tu pula sangatlah sejuk. Malam tu jugak abah drifting pergi Kuala Lumpur International Airport, KLIA. Nampak tak aku tengah promosi Malaysia ni? 

Kitorang sampai kat KLIA pukul 5 pagi. Solat kat situ + tunggu opah. Sebenarnya aku ke KLIA ada urusan sikit. Opah, Atuk, Makngah & Pakcik Yan nak pi umrah. Diorang bermalam dekat rumah Pakcik Yan  di Port Dickson, PD. Kiranya abes urusan semua kat KLIA tu dalam pukul 10 pagi. Then, terus ke Shah Alam, iaitu rumah PakSu.

Sampai je rumah Paksu, Abah n mak terus 'pengsan'. Penat sangat kan? Petang tu Paksu ajak pi jalan-jalan. Kitorang pun keluar lah. First pi KLCC. Paksu bagi Ammar & Khalis mandi kat pool depan tu. Adik aku kalau dah jumpa pool memang tak mau keluar lah jawabnya. Memang susah sangat nak pujuk dia keluar dari pool tu. Tapi setelah dipujuk oleh orang yang terror iaitu ayah aku, dia pun keluar dengan muka seposen nyerr.

Masa paksu pi beli rotiboy, adik aku ternampak aiskrim. Ayah aku pun suruh lah aku beli aiskrim kat budak kecik tu. Tapi yang best nya semua orang dapat. Mula-mula dapat tau aiskrim tu harga dia RM 2, hm.. Biasalah KL. Mesti nak mahal sikit kan?

Tapi bila dia bagi je kat aku aiskrim tu, fuyoo, banyak gila aiskrim dia. Kalah kita beli kat Mc.D. tapi akik Khalis tak boleh habiskan pun. Dia kata banyak sangat, kalau macam aiskrim kat Tesco tu dia bolehlah habiskan. Tapi aiskrim ni rasa dia sedap dan tak muak.

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Masjid India. Mak aku semangat je jalan. Depan sekali pula tu. Memang kalau dah perempuan & shopping sangatlah tidak boleh dipisahkan. ADOI!! Mak, kaki orang dah lenguh lahh.

Kitorang naik Rapid KL dari Kelana Jaya. Senang sikit, tak payah nak pening cari parking.

Malam tu pula aku pi rumah Bella. Tapi dia tak da. Dia pi Penang. Adoi! Baru je nak jumpa, tapi tak berkesempatan pula. Jadi aku menyembang dengan Cik Zaid, Cik Nor, Que, Ira & Aki je lah. Yang paling aku tak sangka, Que masih ingat aku. Haha.. Cik Nor kata, Que ingat aku & Dekna je. Haha. Untung lah ada orang ingat kita. Hehe..

jarijemarimenari::Lama dah tak naik kenderaan beroda.. Asyik naik kenderaan berkaki je..

JOM DERMA DARAH!!!

Assalamualaikum...

Semalam update, hari update lagi.. hehe.. Almaklumlah, cuti sempena Ramadhan. Itu yang curi-curi masa sikit update ni. kali ni aku nak update tentang derma darah. Korang pernah derma darah? 6 Julai lepas dekat Kolej Matrikulasi Johor, KMJ ada buat derma darah. So, sesiapa yang nak derma darah boleh ke Dst untuk menderma. Tapi kalau kau memang yang jenis takut darah, xpayang lah nak tunjuk hero biarpun kau lelaki. Hehe, sebeb waktu aku derma darah tu ada je budak yang hampir2 nak pitam, dia dah pening2 n lalok2 bagai kan? Lelaki tu.
 
Kat sini aku nak citer lah serba sedikit al-kisah aku telahpun menderma darah pertama kalinya dalam sejarah kehidupanku. hehehe.. Mula-mula kena isi borang, lepas tu kena interview dan cheack berat. Bagi sesiapa yang beratnya 45 kg kebawah, kau simpan jelah hasrat murni kau untuk menderma. Diorang takkan bagi punya. Bagilah alasan apa-apa pun.
 
Lepas tu, korang kena buat blood test untuk tau korang ni darah jenis apa dan tahap heamoglobin dalam darah kau.
 
Lepas tu kena cheack heartbeat dan dia akan tanya sama ada kau ada amik apa-apa ubat tak. Yelah, kau nak bagi darah kau pada orang lain, kang tak pasal-pasal orang tu dapat sakit kan? Sebab tu kau kena jujur jawab soalan dia hehehe.. Doc tu akan bagi kau kad warna merah (yang ni x sure semua colour merah ke tak). Korang simpan je kad tu. Kalau nanti nak derma darah lagi bawak kad tu. Korang boleh baca kat bahagian belakang tu dia ada tulis kelebihan orang yang menderma darah ni.
 
Kalau dah ada katil kosong korang boleh pergi untuk derma darah. Masa derma darah kat DST hari tu, takdanya kain-kain penutup. Kauselak jelah tangan kau tu. Mula-mula dia akan biuskan kau. Waktu ni tangan kau akan rasa lemah sikit selepas 15 saat. Kau akan rasa Alamak tangan aku, tangan aku tolong..  lepas tu dia akan masukkan jarum amek darah. Habis je kau derma dia akan bagi kau rehat 5-10 minit sebelum kau dibenarkan keluar. Ni nak memastikan korang tak pening2 or pitam. Kolej kediaman kau kan jauh, tingkat 4 plak tu,(akulah tu). So, dia nak pastikan kau memang betul2 ok.
 
Waktu aku mederma tu, aku n Ekah je perempuan , yang lain semua lelaki. Adoi! Tapi Malangnya, ada jugak 'mamat2 ensem' yang pejam mata sambil tarik nafas panjang waktu kena cucuk. Tak kurang yang buat muka pelbagai jenis. Adoi! Takpelah asalkan korang ikhlas nak menderma dan ada kieberanian untuk melakukannya. SYABAS dari aku.
 
jarijemarimenari:: Entah bila pula nak derma darah ni.. Jangan takut jarum n Takut darah ye.. Untuk warga KMJ yang TERBACA blog ni, jangan lupa 13 JULAI 2013 (SABTU) koranng boleh derma lagi.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa & Atuk.

Assalamulaikum..
 
Selamat menyambut Ramadha al-Mubarak yang akan tiba esok. So, malam ni jangan lupa tarawih. Jangan ada yang buat2 lupa ye.. Tarawih dah start. Ni first time aku sambut puasa berjauhan dari keluarga. Aku kat Johor, parent aku kat kedah. Rasa pelik jugak la kan. tapi insha-Allah ok je kot. Tak da masalah untuk bangn sahur. Sebab aku memang jenis bangun awal. Paling lewat pun pukul 5 mesti bangun. Student lah katakan. orang kata awal pagi bagus sebab suasana senyap. So, apa yang kita baca or study cepat diserap.
 
 
Untuk entry pertama aku di Johor Darul Takzim ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga Ramadhan kali ini membuatkan aku lebih tabah menghadapi cabaran, dugaan dan halangan-halangan hidup.
 
Pada masa yang sama aku sedih jugak. Atuk aku, dah meninggalkan kitorang untuk selama-lamanya pada 8 Julai 2013, jam 7.45 pagi. tapi aku dapat berita sedih ni pukul 11.28 malam. Kalau tak sedih bohonglah. Last aku jumpa atuk sebelum Allahyarham pergi Makkah kali kedua untuk buat umrah. Kira-kira sebulan lepas. Balik umrah tu Atuk ada masalah paru-paru berair. Pakcik cakap Atu nak buat operation lepastu nak pi rumah aku sebab nak masuk merto kat situ. Tapi tak sempat.
 
Aku telefon opah tadi tanya macamana. Opah cakap dia sihat tapi hati je xberapa sihat. Hm.. memanglah kan. Dah 55 tahun hidup bersama. Maunya xsedih. Tapi ajal maut di tangan tuhan kan?
 
Aku pernah berangan nanti kalau aku nak kahwin, aku nak atok interview future husband aku. Aku nak atok yang nikahkan aku nanti sebab aku cucu perempuan pertamanya. Malangnya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan kan?
 
jarijemarimenari::Al-Fatihah untuk Atok. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan menjadi penghuni Jannah Mu.

Sunday, June 9, 2013

Cikgu, Checkup & Lunch

Assalamualaikum..

Aku keluar dengan Najla @ Queen Water Eye. Teman dia pergi checkup kat Hospital Sungai Petani. Hospital lama la tu. Maklumlah, last day dekat Kedah, mestilah kena gunakan dengan sepenuhnya pergi bersuka-ria dengan kawan kan? Abis je checkup, kami pi sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani. Dari form 1 sampai form 5 aku dok kat situ. Banyak sangat dah sekolah tu tengok perangai buruk aku. Kalau korang nak tau sangat, aku ni macam mana, try lah tanya sekolah tu. Tu pun kalau dia jawab. Hehehe... Banyak sangat pengalaman aku dapat dari sekolah tu. Walaupun orang pandang sebelah mata sekolah tu, aku tetap kata sekolah tu ada baik dan buruk nya. Huhu! Rindu sekolah!

Aku & Najla pergi jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajar kitorang dulu. Tapi ada juga yang tak sempat nak jumpa. Sebabnya masa tu budak-budak tengah exam, so, cikgu-cikgu agak kalut la kan?

Ni antara cikgu yang sempat aku jumpa hari tu:-

1. Cikgu Salhah. Cikgu Sains yang pernah ajar aku waktu form 3. Cantik orangnya.

2. Cikgu Koid Sheer Nie. Cikgu Math form 2.

3. Ustazah Norma @ Ummi Norma. ustazah form 4&5. " Hm, lepas ni tak boleh la nak sahur dengan mak lagi."Ustazah kata kat aku. Aku pulak tersengih-sengih. Ustazah still loyar buruk macam dulu. 

4. Cikgu Maslinda. Cikgu Biologi form 5 yang sangat caring + open minded. Rindu gila dengan cikgu ni. Dia je yang panggil aku Atiq. Haha.. Boleh ja cikgu.

5. Teacher Parames. English teacher form 4&5. "Eh, Atiqah. you look mature la." Teacher tegur.
"Eh, yeke? Biasa je lah teacher" sambil gelak-gelak aku jawab. 

Last sekali aku jumpa kaunselor kesayangan aku.. hehhe.. 
6.Cikgu Afizah, Cikgu Daini & Cikgu Madhiah. 

Lepas tu aku & Najla teruskan perjuangan ke food court Tesco. Sebab aku ada janji nak belanja makan. So, aku tunaikan lah kan? Dah Janji kena tunaikan.

Tunggu punya tunggu tak mai-mai pun budak ni. Tapi lastly, dia mai jugak. Hm.. Sembang punya sembang tak sedar da, dah pukul 4. Aku pun trus memecut Skuter Comel Najla dengan jayanya. hehe..

Hm.. tak tahu lah bila pula nak keluar macam tu lagi.

jarijemarimenari: Semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga akhir hayat.

Wednesday, May 15, 2013

Kesibukan Melanda Lagi

Assalamualaikum....

Lama juga aku tak update. Walaupun internet rumah dah kembali aktif. keyboard ni pun dah berhabuk. Nak buat macamana kan? Aku akui bulan ni, memang sibuk, sebab aku kerja. Sementara tunggu dapat mana-mana ni, inilah peluang aku timba pengalaman berharga. Parents aku ada jugak marah sebab waktu kerja lama, tapi gaji ciput. Bagi aku bolehlah. Sebab kerja dia bukannya teruk pun. Bila malam je sibuk sikit. kadang-kadang tak sempat duduk. Itulah rezeki kan?

Korang mesti pening, kerja apalah, yang aku dok membebel sorang-sorang ni. Actually, aku kerja kedai stationary yang berdekatan rumah aku. Masuk pukul 10, balik pun pukul 10. Pagi-pagi, walaupun pukul 10 tu matahari dah terpacak, aku akan senaman ringan. Aku akan jalan kaki ke kedai. Tapi takda lah lama sangat. 6-7 minit je dah sampai. Tapi bila malam, mak atau abah akan amek aku. Itulah yang aku buat tiap-tiap hari.

Tapi sekrang aku dah pun stop. Baru je lagi. Sepanjang aku ada kat kedai tu macammacam orang aku jumpa, macam-macam jenis manusia yang pelbagai ragam., mood-mood manusia yang ada naik turun, staf-staf yang silih berganti. Memang banyaklah.

Tu belum bab-bab nak guna mesin dan sebagainya. Alhamdulillah. pengalaman-pengalaman tu banyak bantu aku. Bantu aku jadi orang yang lebih peramah *peramah sangat*, tambahkan lagi aku punya skill-skill aku yang sedia ada. Pengalaman tu juga banyak ajar aku macam mana nak guna mesin fotostat yang selama ni aku sebut pun tak betul. KUANG3! aku sebut fostostat. Hoboh benor bunyiknyerr.

Macam mana nak guna mesin binding yang slama ni aku tau sebut jer. Yang ni aku betul3 tau sebut. Mcamana nak pakai mesin atm, eh salah, mesin duit.

Mesti ada yang kata, 'Alah setakan mesin2 macam tu, nenek aku pun bolehlah," Aku dah tak kisah lah nenek kau lagi terror dari aku pun, yang penting aku tau macam mana nak handle benda2 tu semua. Siap tau macam mana nak buat kalau mesin tersangkut paper. Tapi secara bsic je lah aku tau. Oklah kan bagi perempuan macam aku. Nampak x ada unsur-unsur riak disitu? Huaahhahahaahahaha


jarijemarimenari::Lagi best duduk kedai sebab boleh gelak guling-guling.

Saturday, March 23, 2013

Outing with Friends..

ASSALAMUALAIKUM....

Hm, badan penat tapi demi blog TERRRsayang ni aku jegilkan mata untuk update. Aku baru je lepas menonton wayang dengan Bella, Tiqa, Ira & Balqis di Amanjaya Mall. Sampai je kat depan C-Mart tu terus naik atas. Pergi beli tiket wayang. Show pukul 4.10pm kitorang sampai dalam 2.20pm. Memandangkan masing-masing belum lunch, kami lunch dulu.

Aku: Kebab mix
Bella: Nasi + kuah sizzling + milo ice
Ira: Sizzling + milo ice
Tiqa: Kebab ayam + milo ice
Balqis: Nugget + milo ice

Abis je makan teros gi jalan-jalan sebab kitorang ada lagi sejam sebelum show.

Dalam pukul 4.00pm, kitorang pergi kaunter untuk beli popcorn + drinks.

Bagi aku movie ni ok. Tapi aku geli bila tengok Kris dok menghidu-hidu tu. Naik bulu roma aku. Comey tengok Afiq ikat rambut satu..Haha. Time J & Subra nak kena tumbuk tu dah boleh baca, mesti kalah punya. Time  J bagi ceramah free kat Haikal tu,  memang lawak walaupun cara dy sampaikan begitu serius. Macam over acting pun ada gak. Sampai aku rasa lawak dan bukannya serius. Seraca keseluruhan memang best. Aku bagi 8 setengah bintang per 10

lepas je kluar dri panggung wayang tu aku ngan bella teros pg ke TANDEEHH..tak tahan tuuu..hehehe..after that..aku and de gang go to bowling centre..apaaa lagi mau tunggu..bowling time la..main punye main..at last tu cikkbebe a.k.a bella la yang menang game tu..die memang teroorr gitu..no people can lawan dia..hahaha..itu memang diakui oleh jabatan yang paling berkuase di dunie..okeyh..dapat??? *aku tak main pun tukang tengok je.

afterr that lagi..we all semue ni turon la bawah untok balik..hahaha.. Sebelum tu sempat algi Aunty Bel ni gi beli roti kat Just Bread untuk dinner. Aku beli wafle je.. Oklah tu kan. Sebab dah kenyang. Malam ni Bel buat nasi goreng yang gila pedas. Aku memang da tak makan la. So, Bye.. Jumpa lagi di entry seterusnya.

jarijemarimenari::Entah bila lagi nak keluar macam ni.

Gendang Gendut Tali Kecapi..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sekali lagi perut ku sudah terisi. Bagi aku yang tak pandai rasa ni, semuanya sedap. Kan?

Semalam, abah bawak Bella, Ira & satu family gi makan di Leboss.

Ada lah juga 2-3 orang kawan aku yang kej situ. Adoi, segannya. Bukan apa. Selalu kawan. Tertiba jadi waitress plak. Adalah sedikit kejanggalan berlaku.

So, apa-apa pun segalanya sudah pun selamat dikunyah dan ditelan dengan jayanya. takda lagi yang tersekat di oesophagus kerana peristalsys tak dapat disempunakan. *ceh, bajet terror.
Adik aku yang paling semangat. Adoi, sabar je lah. Butang sampai ke atas!

Selalunya aku rajin nak membelit, tapi semalam, horman pemalas aku datang. So, tudung bawal yang dah siap di iron je aku rembat. Tu pun kebetulan pakai baju kaler hijau sama dengan tudung tu.

Masa masuk dlam tu, otak aku tengah terfikir. Apa aku nak makan ni. Cari punya cari, tampat takda kosong da..
Luckly, ada tempat kosong setelah beberapa minit kitorang tunggu. Menu pun sampai, Wah!!! Amek kau. Boleh tahan juga harga kat sini. Kalau aku yang kena keluarkan duit, mau menggigil aku. Walaupun untuk aku seorang. Ni time aku tak keja ok! Kalau dah keja tu, ok lah. Tak la nak ledekut sangat.

Setelah belek punya belek, keputusan dicapai.
Abah = Nasi kosong + tomyam (memang perut melayu)
Uwais = Chiken chop + black paper sause + salad + Fried chip + pepermint tea (order satu, serve dua)
Aku = Chiken bolognese
Bella = Macaroni & cheese
Ira = Macaraoni & cheese (tapi tak sampai)
Aina = Chiken chop +mushroom sause +  potato mash + garlic bread.
Mak & Khalis tak oder apa-apa pun.
Minuman = 1 jag lobak merah.

Memang kenyang GILA! Lepas tu ayah aku minta menu lagi. Yang aku dah garu kepala. Nak makan lagi ke? Aku dah full ni. Aku habis je makan chiken bolognese aku, Bella sua da punya macaroni. Walau pun diia punya sampai dulu, tapi dia punya yang last habis. Memang banyak la dia punya makanan. Memang layak la dia letak harga yang sebegitu. Dia punya sideline pun banyak. Aku rasa kalau aku makan sideline dia aja pun dah cukup. yang kali kedua, abah order mocha ice. Uwais pula order cappucino hazelnut ice blended. Khalis ambil aiskrim biasa, dekna ambil banana split. Aku hanya rasa serba sedikit. Semua satu sudu satu sudu.

Balik tu terus bukak tv. Tengok Cinta Kau & Aku. Novel Siti Rosmiza tu. Walaupun aku dah baca novel tu tapi aku still terpacak depan tv bila pukul sepuluh.

jarijemarimenari::Syukur atas segala nikmatMU. Kenyang perut senang hati.

Thursday, March 21, 2013

Ku Bersyukur Diatas Segala Nikmat Dari-MU

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa hari ini aku mula kan entry  aku dengan maksud dari bacaan Basmallah. Sebab bagi aku yang tak belajar bahasa arab ni, kita kadang-kala tertanya-tanya. Apakah masud setiap bacaan yang kita baca. Tak kisahlah yang simple ke, yang complex ke, mesti ada sesekali dalam hati kecil ni wujud pertayaan yang sebegitu bukan. Jadi, hari ini sengaja aku mulakan entry aku dengan maksud ayat Basmallah ini sebagai renungan bersama. Aku pun bukanlah manusia yang tahu segala-galanya. Sekadar berkongsi motivasi diri dan penghayatan yang indah tentang Islam setahu aku.

Apa yang difahamkan dengan maksud Basmallah yang telah aku terjemahkan. "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Sudah semestinya ALLAH itu SANGAT PEMURAH & SANGAT PENGASIH. Dan andai kata permintaan kita tidak ditunaikan oleh Allah, kita terus salahkanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Eleh Aty, ko kata senangla. Aku dah usaha tau, tapi tak dapat juga. Aku dah buat yang terbaik, tapi takda apa-apa pun. Hikmah apa yang aku dapat?' Pernah tak pertanyaan-pertanyaan keji ini menganggu fikiran. Aku yakin ianya pasti muncul dalam hidup korang walaupun sekali.

Aku mengaku, aku juga pernah melaluinya. Kadangkala, rasa putus harapan. Rasa dengki dengan orang. Rasa..semuanya salah orang. Aku dah buat yang terbaik, tetapi kenapa ianya bukan milik aku?

Setelah ketenangan yang dicari muncul barulah aku sedar, di setiap kali aku jatuh, akan ada insan yang sudi menghulurkan tangannya. Disetiap kali aku menangis pasti ada insan yang bekalkan tisunya. Mungkin insan yang datang dan pergi itu berbeza. Tapi apa yang aku boleh simpulkan. Disebalik apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. walaupun kita tidakmenyedari bahawa kita sedang menikmati hikmah itu.

Dulu aku ada rasa tak puas hati bila ada kawan aku ni dapat masuk mrsm. Padahal kalau ikutkan result, aku lagi tinggi pada dia. Setelah sekian lama aku berada di sekolah lama aku, dengan segala pencapaian ku. Mungkin ini lebih baik buat diriku. Mungkin inilah sudah ditetapkan buat diriku. Aku sendiri rasa, banyak yang dah berubah dengan diri aku. Menjadi seseorang yang lebih matang dalam menguruskan segala hal. Walaupun kadang-kala aku tersalah langkah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Jadi, kepada semua penunggu SPM setelah sekian lama. Syukurlah dengan apa yang telah anda kecapi. Sekurang-kurangnya itu hasil usaha sendiri. Apa guna straight A tapi semuanya meniru.Mungkin sekarang anda bernasib baik. tapi tidak untuk yang seterusnya. Jika ianya seperti yang anda harapkan, TAHNIAH dari aku. Andai sebaliknya, ini bukan pengakhiran buat dirimu. Masih banyak jalan yang harus dilalui. Jadi, laluilah ia nanti dengan kesungguhan yang lebih luar biasa.

Hm.. rasa puas sangat bila dah abis membebel. sori lah ye kalau korang rasa enrty kali ni tak ada apa-apa yang menarik. Aku pun tak bajet nak tulis panjang-panjang ni. tertiba je idea mencurah-curah. Sampai tak tertahan.

jarijemarimenari::Usaha LUAR BIASA, hasil LUAR BIASA.

Monday, March 18, 2013

Thanks EMMA

ASSALAMUALAIKUM...

Ini merupakan entry kedua aku untuk hari ini. Nampak sangat aku tak da keja lain. Haha. Lantaklah!!
Kali ni aku nak kongsi tentang kek. Ada lah sorang kawan aku yang sangat bersopan-santun ni, dia ni keje kat kedai kek! Eh! lupa nak cakap. Nama dia Emma. Dah macam Emma Watson, heroin filem Harry Potter kegilaan aku tu. *takda kena-mengena.

Once upon the time... aku mesej dy. Cakap nak beli kek melalui dy. Murah lah sikit. Nampak tak aku telah mengambil kesempatan di atas ke atas kawan aku?? Sila jangan ikut!! pastu dy tanya la, nak kek apa. Setelah kedua-dua belah pihak setuju dengan jenis kek yang dipesan, petang tu dia mai hantar kat aku. *ayat macam tandatangan perjanjian. Hiperbola sungguh. Tapi time aku nak bayar, dia boleh pula cakap tak payah. Nia nak marah ni. *ye ke?
Nak tengok kek apa? Betul nak tengok ni? Betul ni? Nah lah!! Tengoklah sampai terjojol biji mata korang!!

Nampak macam menyelerakan tak?
So, thanks girl for a slice of cake.

jarijemarimenari:: menaip sambil dengar Pakai Buang by Stacy

Demam, Kecut Perut, Takda Selera Makan..

ASSALAMUALAIKUM..

Aku comfirm, apabila korang terbaca je tajuk entry aku ni mesti korang fikir, sakit apa lah pula makcik sorang ni kan?? Sebenarnya inilah gejala yang dihadapi oleh STPM & SPM candidate. Result STPM sudah pun keluar pada hari ini. So, aku ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang berjaya dan CUBA LAGI kepada mereka yang kurang berpuas hati dengan result masing-masing. *apelah cuba lagi, kau ingat ni gme ke boleh try again?

So, 21 March ni, giliran aku untuk menempuh hari bersejarah dalam hidup aku. Ini antara SEKARANG @ MASA DEPAN!!! Wah, sungguh dasyat ye. HUH! Maunya tak dasyat. Buat result ntah apa-apa, pengsan aku kat situ.

Tapi apa nak buat, dah jawab, jawab dah, sekarang tawakal je lah. Tapi bila dah dapat result nanti aku harap aku boleh lah terima kenyataan, walaupun kenyataan tu pahit. *ayat macam dah tahu je result aku berapa. Tak payah lah nak meraung sampai kena tutup telinga bagai. Kan?

Tak sangka aku, dah habis aku sekolah. Orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. Kiranya, zaman best aku dah habis lah!! Hm.. Patutkah aku bersedih???
Tepuk dada tanya selera.

jarijemarimenari::Selamat kembali kepada budak-budak PLKN Siri Satu!

Monday, March 11, 2013

New Entry In New Life

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Wah!!! Kemain beso salam aku.. hehe.. baru hari ni aku berpeluang nak update blog yang semakin berhabuk hari demi hari ni.. *ayat rindu cikgu bm ni. Ok aku admit memang dah TTTTEEEEERRRRRLALU LLLLAAAMMMAAAA aku tak update blog. kalau dulu alasannya nak study.. SPM dah dekat kan? Sekarang? Ada alasan lagi?? Hm.. kadang-kadang kita bukan mencipta alasan, tapi alasan tu datang sendiri.. hmm? boleh percaya ke? Betul, tak tipu.. Tak caya?? Ok!
 
Contohnya lahkan..
 
Korang bangun pagi.. lepas solat subuh, korang pergi jogging.Balik rumah dalam pukul 7.45. Lepas makan, mandi korang pun nak update status kat fb ke, nak tweet ke, upload gmbar kat instagram ke, apa-apa jelah janji memerlukan anda menggunakan internet. Bukak je internet, sekali dia tulis tak de network. Apa korang rasa?
 
Kalau yang sopan dia akan cakap 'apahal plak ni?'(sambil garu-garu kepala)
Tapi kalau jenis yang memang kurang sopan sikit, memang terkeluarlah segala perkataan yang kurang enak didengari. Hm..
 
Korang mesti fikir, ni mesti tak bayar duit internet ni. Hm.. kalau korang punya tugas memang itu, memang patut start motor pergi bayarlah. Tapi kalau tu tugas ayah korang. Boleh ke start motor pergi bayar? Memang boleh, tapi fulusnya nak cekau mana? 
 
Apa yang paling penting, kenalah terima keadaan kita sebaik-baiknya. Aku ni memandai je menulis, sekali kena batang hidung, meraung tak berlagu lah. Aku pernah dengar ada seorang ustazah ni kata sekarang ni memang ramai orang yang pandai bercakap. Tapi nak cari orang yang melakukan perbuatan yang diucapkannya itu terlalu sukar.
 
Maksudnya, kalaulah orang tu dia kata kepada rakannya yang bermana A supaya sabar kerana si A ni telah pun kehilangan ibunya.
 
"Sabarlah A, Allah lebih menyayangi ibumu." kata B.
"Kau tak tahu macam mana rasanya bila kehilangan ibu B. Kau masih ada ibu. Kau tak faham."ujar si A
"Sabar A, Sabar! Kau kena reda dengan pemergiannya"kata B lagi. Setelah dipujuk oleh B, Apun redha dengan kematian ibunya.
 
Suatu hari, Si B kehilangan adiknya akkibat kemalangan jalan raya.
 
Si B sudah pun meraung. B terus memeluk rakannya itu dan menenangkannya.
"Sabarlah B, Allah lebih menyayangi adikmu"ujar si A
"Sabar, sabar! Aku ada adik seorang je tau. Sekarang dia dah takda. Kau nak suruh aku sabar lagi? Aku tak boleh sabar tau. Dia adik aku, satu-satunya adik aku.!!!"jerit Si B
"B, dulu kau ingat tak? kau pernah tenangkan aku masa ibuku meninggal dunia. Kini tibalah giliranku untuk menenangkan dirimu. Semoga kau juga reda dengan pemergian adikmu."ujar A
 
So, moral of storynya, kita senang je cakap sabarlah, redhalah, ini mungkin takdirnya. Tapi, bila musibah itu datang sendiri pada kita, kita sukar mempraktikkannya. Tapi apa-apa pun cubalah yang terbaik untuk praktikkan apa yang kita cakap. Bak kata omputih, practice what you speech.
 
jarijemarimenari::ntah bila lagi boleh update...