Tuesday, September 20, 2016

MENULIS UNTUK KESEDARAN

ASSALAMUALAIKUM..

     Hari ni dalam kelas Enviromental Management (EM) atau Bahasa Melayunya Pengurusan Alam Sekitar, by Dr. Izan, beliau ajarkan aq satu benda. Dengan hasil tulisan kita, boleh menyedarkan orang tentang Alam Sekitar yang kian nazak. Bercerita tentang itu, aq baru-baru ni join Beach Clean-Up dekat Pantai Kelulut Marang. 

     Pertama kali aq ke sana, hanyalah nak teman Farrina berjumpa dengan staf dari SWCorp. Salah satu badan yeng bekerjasama untuk Beach Clean -Up ni. Berkenalan dengan En. Syawal & En. Syakif selaku wakil staf dari SWCorp

     Pada pandangan mata kasar, Pantai Kelulut ni tampak bersih, Tapi pada hari kejadian, Kami sudah pun berjaya mengutip 6++ kg sampah secara keseluruhan. Aktiviti yang dijalankan hanyalah 30 minit. Pabila kenyataan atau pun perkara ini di beritahu kepada umum. Rata-ratanya menepuk tangan. Tapi pada aku, ini bukan sesuatu yang membangga kan. Kenapa? Kerana yang hanya kami berjaya kutip hanyalah 6++ kg. tapi yang kita bunag setiap hari, jam bahkan minit?? Berapa kg?? Bak kata Probe, kalau En. Bos buang botol minuman dalam masa sehari sebanyak 5 botol, Kalau 10 orang melakukan benda yang sama? Kalau 100 orang masih membuang botol plastik?? Kalau satu dunia masih lagi membuang 5 botal plastik dalam masa 1 hari? pakah yang akan berlaku pada bumi ini?? 









     Tidak dapat aq nafikan, diri ini juga antara puncanya. Dengan botol plastiknya, dengan polistarenanya, dengan kertasnya. Entah berapa banyak sampah yang telah aq buang selama 21 tahun ini. Tapi tak ada salahnya kan kalau setiap hari kita menjadi yang lebih baik? Untuk itu, aq mengajak semua pembaca blog aq, yang memang dok baca blog aq ka, yang haru terbaca ka, yang blog-walking ka. bersama-samalah kita jaga alam sekitar kita.

     Macama mana nak jaga? Senang ja. Jangan buat sampah! That is first. Contohnya, selagi hampa boleh guna bekas makanan yang boleh ulang-ulang guna macam Tupperware atau apa2 jenama lain, pakai yang itu. Maksudnya, kalau nak pi tapau makanan kat mana-mana kedai, bawak je la Tupperware sendiri. Kalau nak bagi anak-anak bekal, pastikan depa bawak dalam Tupperware hat murah-murah sudah. Maklum la budak-budak ni depa suka letak merata. Kalau bagi yang mahal, jenuh menangis la cerita dy. 

     Ajaq anak-anak dari kecik asingkan sisa makanan dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Ya, Malaysia masih lagi dalam proses 'mengajar' masyarakat tentang penting kitar semula, guna semula dan pengasingan sisa makanan, dan segala jenis sampah sarap yang lain. Dekat tadika ada mengajaq tentang kitar semula ni. Tapi bila sampai rumah, tak dipraktikkan. Sebab tu, jangan salahkan para pendidik kat luaq sana bila anak-anak tak mau nak buat apa yang kita dok suruh depa buat. Sebab apa? Sebab kat rumah kita tak tolong depa praktikkan apa yang depa dah belajaq kat sekolah.

     Selain itu, kurangkan pembaziran makanan. Kalau nak beli roti contohnya. Kalau memang nak makan satu plastik roti tu dalam masa beberapa jam (contohnya sebab nak buat sandwich untuk birthday party ka atau apa-apa yang memboleh kan sebungkus roti itu habis dalam masa 1 hari ), belilah roti yang hampir dengan tarikh luputnya. Begitu juga dengan makanan-makanan lain yang mempunyai tarikh luput. Sebab antara jenis benda yang selalu dibazirkan adalah makanan. Kalau kita dapat kurangkan pembaziran makanan, kita dapat kurangkan tenaga dan duit yang digunakan untuk pembuangan sisa makanan yang ada. Contohnya, kalau kita tak nak makan roti, kita tak payah beli roti, bila tak beli roti, kita dapat jimat kan duit yang beli roti tu dengan beli benda lain yang lebih diperlukan atau kita dapat simpa ja duit itu untuk pergi Haji! Oh Yeah! Tapi andai kata kita tak perlukan roti, tapi kita masih lagi membeli roti tersebut, dan berlakulah pembaziran wang dan pembaziran makanan. 

     Kalau ikut sebenaqnya banyak ja tips yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. antara praktikal atau tidak, kita sendiri yang tentukan. Sebab ada benda tak praktikal untuk kita tapi praktikal untuk orang lain. And it is vise versa. 

::jarijemarimenari::do not take the environment for granted. It will not last longer if we are not preserved it at the first place and save it for our future generation.