Tuesday, September 20, 2016

MENULIS UNTUK KESEDARAN

ASSALAMUALAIKUM..

     Hari ni dalam kelas Enviromental Management (EM) atau Bahasa Melayunya Pengurusan Alam Sekitar, by Dr. Izan, beliau ajarkan aq satu benda. Dengan hasil tulisan kita, boleh menyedarkan orang tentang Alam Sekitar yang kian nazak. Bercerita tentang itu, aq baru-baru ni join Beach Clean-Up dekat Pantai Kelulut Marang. 

     Pertama kali aq ke sana, hanyalah nak teman Farrina berjumpa dengan staf dari SWCorp. Salah satu badan yeng bekerjasama untuk Beach Clean -Up ni. Berkenalan dengan En. Syawal & En. Syakif selaku wakil staf dari SWCorp

     Pada pandangan mata kasar, Pantai Kelulut ni tampak bersih, Tapi pada hari kejadian, Kami sudah pun berjaya mengutip 6++ kg sampah secara keseluruhan. Aktiviti yang dijalankan hanyalah 30 minit. Pabila kenyataan atau pun perkara ini di beritahu kepada umum. Rata-ratanya menepuk tangan. Tapi pada aku, ini bukan sesuatu yang membangga kan. Kenapa? Kerana yang hanya kami berjaya kutip hanyalah 6++ kg. tapi yang kita bunag setiap hari, jam bahkan minit?? Berapa kg?? Bak kata Probe, kalau En. Bos buang botol minuman dalam masa sehari sebanyak 5 botol, Kalau 10 orang melakukan benda yang sama? Kalau 100 orang masih membuang botol plastik?? Kalau satu dunia masih lagi membuang 5 botal plastik dalam masa 1 hari? pakah yang akan berlaku pada bumi ini?? 









     Tidak dapat aq nafikan, diri ini juga antara puncanya. Dengan botol plastiknya, dengan polistarenanya, dengan kertasnya. Entah berapa banyak sampah yang telah aq buang selama 21 tahun ini. Tapi tak ada salahnya kan kalau setiap hari kita menjadi yang lebih baik? Untuk itu, aq mengajak semua pembaca blog aq, yang memang dok baca blog aq ka, yang haru terbaca ka, yang blog-walking ka. bersama-samalah kita jaga alam sekitar kita.

     Macama mana nak jaga? Senang ja. Jangan buat sampah! That is first. Contohnya, selagi hampa boleh guna bekas makanan yang boleh ulang-ulang guna macam Tupperware atau apa2 jenama lain, pakai yang itu. Maksudnya, kalau nak pi tapau makanan kat mana-mana kedai, bawak je la Tupperware sendiri. Kalau nak bagi anak-anak bekal, pastikan depa bawak dalam Tupperware hat murah-murah sudah. Maklum la budak-budak ni depa suka letak merata. Kalau bagi yang mahal, jenuh menangis la cerita dy. 

     Ajaq anak-anak dari kecik asingkan sisa makanan dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Ya, Malaysia masih lagi dalam proses 'mengajar' masyarakat tentang penting kitar semula, guna semula dan pengasingan sisa makanan, dan segala jenis sampah sarap yang lain. Dekat tadika ada mengajaq tentang kitar semula ni. Tapi bila sampai rumah, tak dipraktikkan. Sebab tu, jangan salahkan para pendidik kat luaq sana bila anak-anak tak mau nak buat apa yang kita dok suruh depa buat. Sebab apa? Sebab kat rumah kita tak tolong depa praktikkan apa yang depa dah belajaq kat sekolah.

     Selain itu, kurangkan pembaziran makanan. Kalau nak beli roti contohnya. Kalau memang nak makan satu plastik roti tu dalam masa beberapa jam (contohnya sebab nak buat sandwich untuk birthday party ka atau apa-apa yang memboleh kan sebungkus roti itu habis dalam masa 1 hari ), belilah roti yang hampir dengan tarikh luputnya. Begitu juga dengan makanan-makanan lain yang mempunyai tarikh luput. Sebab antara jenis benda yang selalu dibazirkan adalah makanan. Kalau kita dapat kurangkan pembaziran makanan, kita dapat kurangkan tenaga dan duit yang digunakan untuk pembuangan sisa makanan yang ada. Contohnya, kalau kita tak nak makan roti, kita tak payah beli roti, bila tak beli roti, kita dapat jimat kan duit yang beli roti tu dengan beli benda lain yang lebih diperlukan atau kita dapat simpa ja duit itu untuk pergi Haji! Oh Yeah! Tapi andai kata kita tak perlukan roti, tapi kita masih lagi membeli roti tersebut, dan berlakulah pembaziran wang dan pembaziran makanan. 

     Kalau ikut sebenaqnya banyak ja tips yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita. antara praktikal atau tidak, kita sendiri yang tentukan. Sebab ada benda tak praktikal untuk kita tapi praktikal untuk orang lain. And it is vise versa. 

::jarijemarimenari::do not take the environment for granted. It will not last longer if we are not preserved it at the first place and save it for our future generation.

Monday, August 29, 2016

Niat : REVIEW COSMETIC PRODUCT

Assalamualaikum.. 

    Sebenarnya aq berniat nak buat beberapa review berkenaan produk-produk kecantikan, kosmetik atau apa-apa saja yang pernah aq cuba. Tapi aq ni bukannya profesional sangat bab-bab ni. At the same time, aq rasa tak salah pun kan aq nak buat sedikit review untuk produk-produk yang aq pakai. 

    Sebab kadang-kadang aq cari review untuk beberapa produk yang aq berkenan nak beli tapi tak dak lagi orang Malaysia yang buat. Maklumlah kalau produk tu dari Eropah atau bukan dari negara kita, warna kulit kita berbeza dengan meraka yang dari negara asal kan? Dan kalau produk tu berasal dari Malaysia sendiri pun, tak banyak review yang ada. *ke aq yang tak perasan??*

    Lagi satu, bukan semua pompuan dekat Malaysia ni putih melepak macam orang Korea tu. So, maybe ada beberapa tone warna yang tak berapa sesua untuk kita. Dan untuk pengetahuan hampa, aq pun bukannya putih. Haha. nak kata macam sapa pun taktau. Macam aq la. Hahaha. 

Last Job 2016



Bila dah akhir-akhir sem ni, biasalah Dinner Course memang bersusun. Itu belum campur dengan dinner kelab-kelab dan persatuan-persatuan lagi. Kalau nak ikut ke jemputan tu memang hari-hari makan free. Tapi nak buat macam mana kan, bila ada kekangan dan aral yang melintang, terpaksalah kita tapis. Kita pi yang penting-penting jer.

Sebagai senior tahun 2, kami di tugaskan untuk arrange dinner ni. Kamilah pengarah program dan ajk.

Untuk dinner kali ni, Pengarah Program = Dali , da minta aq jadi emcee untuk informal part. Crucial sebenarnya sebab aq pembukaan untuk informal. Yang bestnya, Dr-dr yang duduk kat depan nih memang dok amik la gambaq kami berdua - Aq n Nadia(1 year).

Dr. Poh amik gambaq, Dr. Alice pun sama. Dr. Yusuf siap cakap congrats masa aq and mia nka tangkap gambaq dengan dy. Hehe.

Tapi kalau ikut sebenaqnya, memang jadi emcee ni banyak tolong aku. Self-confident aq. Aq ni dah la memang pesyen pemalaih nak jumpa Dr. kalau tak paham. Aq tanya kawan-kawan ja. So, dengan jadi emcee ni, boleh kata Dr. kenai la aq.

Ada sekali tu aq and Farrina masuk bilik Dr. Ela.
Dr. Ela: Ok, kamu Atiqah. kenapa?
Aq: Eh, Dr. kenai saya.
Dr. Ela: Yela. Kenal la.
Aq: Macam mana Dr. kenal?
Dr. Ela: Dah kamu selalu jadi emcee.

See? Haha. Kenal la jugak kan.

And since sem 4 adalah sem terakhir aq as Miss Press untuk Kelab Gemersik tercinta, aq memang da rancang nak partner with Si Gadis Cantek Afina Norman. Sebabnya sebelum ni dy akan jadi P.A, and stylish aq bila aq jadi emcee. Mana tak jadi stylish nya, aq punya fashion sense teruk sikit. So, sebelum kena bebel dengan Makcik Tiri Afina Norman, baik aq soh dy ja bagi idea nak pakai apa. Haha. Selamat telinga aq.

For the first time, selain untuk kelab akademik, aq and Fynna jadi partner untuk Kelab Gemersik bila Gemersik buat event. Alhamdulillah, untuk sesi pengaraan majlis aq and Fynna dapat pujian daripada Senior kitorang yang buat report. Haha. Ajies punya kerja la tu. Report kat Abg Fadhil, Ayong and da geng.

::jarijemarimenari:: Katanya dah pencen jadi emcee. Tapi kerinduan dihati nak bercakap depan orang datang lagi. Maca mana nih??

CERITA KAWEN



Kalau side mak aq, aq ni banyak dah sepupu-sepupu pompuan ka, laki ka yang dah kawen. Kalau side abah, aq pompuan sulung.

So, nak dijadikan cerita, memang banyak lah pengalaman aq dok tolong-tolong orang kawen nih. Nak kata sampai tahap expert tu tak la lagi, tapi boleh la dari tak dak langsung kan?

Kalau mengikut urutan, lepas Kak Pinat kawin, giliran aq pula. Maka dengan itu, Kak Pinat mintak aq jadi pengapit dy masa dy kawen haritu. Gigih aq balik. Mintak izin abah nak balik Aloq Setaq sebab waktu tu study week. Supposedly aq tak balik. Memnag before this aq tak balik pun. Tapi demi Kak Pinat, aq balik. *acecey ayat*

Kak Pinat ni comel-comel sikit orangnya *rendah pada aq dalam erti kata lain*. Pengapit dy pula (which is aq) tinggi kemain (takdelah tinggi mana pun). Ditambah lagi dengan heels yang aq pakai. Nasib heels budak-budak je *kes culik kasut Dekna sebab tak bawak balik heels*

Aq ni mana la reti nak ayu ayu bagai bila berjalan dengan heels. Tapi dah orag minta tolong jadi pengapit maka dengan paksa relanya aq pun dengan ayu dan lemah gemalainya pakai heels. Haha. Nak tergelak pun ada jugak. Keras dan kaku!

Untuk itu, aq belanja satu gambaq Kak Pinat & Wafiy dihari bahagia mereka berdua. Semoga berkat Allah bersama kalian selamanya!



::jarijemarimenari:: Kak Pinat janji nanti majlis aq dy nak tolong. Yeay!! Orang tuntut tau Kak Pinat

Sem Break = Jalan-jalan?

Aduh blog nih dah jadi apa dah aq pun tatau. Nak start balik pun macam......... hmmmmmm..

*REWIND balik*



Cuti sem aq berbaki kurang dari seminggu. Dalam hari-hari cuti sem nih tak daknya aq berjalan. Jeles la jugak dok tengok orang lain berjalan sana-sini, tapi nak buat macam mana bukan rezeki aq lagi kot.

Sempat jugaklah aq menyelit keluaq jenjalan kat Penang @ Pulau Pinang!

Tu pun kes jumpa Anies n Z kat Tesco. Tertiba Anies keluaq idea

Anies: Weyh, ang free kan?
Aq: Awat?
Anies: Jom pi Penang?
Aq : Bila?
Anies: Ang tanya Islam (ex-classmate kami) bila dy free. Kita mintak tolong dy jadi dreba.
Aq: Aq jugak?
Anies: Ang kan kawan baik dy. *sambil sengih-sengih

Dengan keterujaan yang melampau aq pun Wassap lah Islam dan set masa.

So, kami berlima ke Penang tanpa hala tujuan sebenaqnya.

First tu Anies nak pi Bukit Bendera. Ok on. Tapi lepas tu dah tatau da nak pi mana. Nak pi jalan-jalan tempat lain memang tak sempat sebab Z nak kena balik before Magrib. Esoknya tu dy nak pi Langkawi pula. Amboi untungla.. Berjalan sakan.

Pagi tu Lam wassap group
Lam: Weyh, aq nak bawak hampa makan koew taew sup. jangan makan lagi weyh. Satgi kenyang.

Aq pun gigih la tak makan apa-apa. Ingatkan nak makan kat area-area sini ja, rupanya nuh, ke Penang baru kitorang sarapan. Haha. Lam, Lam.. Lawak apakah? Nasib tak keluloq aq dalam keta tu.

It been quite awkward bila masuk keta tu walaupun aq jenih hingaq jugak sebab leoas habis ja high school dulu memang kami dah tak jumpa (budak laki n budak pompuan la). Last jumpa pun time ambil result SPM dulu.

Aq masuk group wassap kelas pun a bit late sebab lepas matrik baru aq pakai smartphone. Ketinggalan zaman sikit kan?? But, so k. I don't mind at all.

Islam mai dengan Mad (Muhammad nama penuh dy). Depa dua la pilot n co-pilot merangkap bodyguard tak bergaji kami.

Cerita dy lepas pi Bukit Bendera kami pi makan tengah hari. Apa lagi pekena Nasi Kandaq la. Lama weyh tak makan Nasi Kandaq. Aq ni dah la dok Terengganu. Mana ada nasi kandaq bagai nih. Dah dapat pi Penang, apa lagi pulun la.

Lepas tu,
Lam: Hampa nak pi mana lagi?
Aq: Kami ikut hang ja. Mana hang bawak kami pi.

Punya lah dok brain mana nak pi kat Penang ni, gigih sungguh. Tapi disebabkan Z nak kena balik awai, aq pun merajuk, "Balik r".

Hahaha. Bukan merajuk pun. Cuma macam aq cakap tadi kes kekangan masa. Nak pi mall, mana cukup 30min. So, balik je la.

Sian Z dapat kawan aneh macam aq.

Sian Anis gak dapat kawan pelik macam aq.

Bukit Bendera dah pun kami sampai! Yeay!

Alamak mana satu arah hidup aq??

I perati je u nih..




Aq main selit ja, Sebab pakai Go Pro. Tatau masuk ka dak
Ni dy bodyguard kami. Entah sado ke tak hampa tengok la sendiri.
Z kata dy nak picit-picit. Biaq hancoq ditelam bumi.
::jarijemarimenari:: Jauh berjalan luas pemandangan. Taktau bila lagi nak hang out dengan depa ni. Last minute punya rancangan selalu jadi. Tapi kalau hat rancang dari awal sem, hmmmm... tak pernahnya nak jadi.




Sunday, July 24, 2016

CHEMTRIP = CHEMISTRY + TRIP



Inilah bila da budak chemistry ni, seua benda dy nak bunyi chemistry. So, trip kali ni namanya ...

CHEMTRIP

Untuk trip yang pertama kali yang aq ikut bagi AECC, kami pi Makmal forensik Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) tapi maap la yer, gambonyer tak ada.. Tak boleh ambil gambar kat sana. Teruja aq nak masuk, maklumlah selama ni dok tengok CSI punya lab ja. Kemain canggih. Environment dy lagi. Tapi aq taklah aim high sangat sebab kita masih lagi di Malaysia! Sila sedar semua Malaysia. Kena sedaq realiti hidup k.

So, pertama kali menjejakkan kaki ke makmal forensik nih, kami diberi pendedahan secara lisan dulu. Kiranya, masuk kuliah dulu lah. Hakak polis ni terang dulu, macam mana jabatan forensik ni. Dekat situ barulah terbuka segala pintu yang ada, pintu hati, mata, otak semua bagai lah. Mana tak terbukak semua, baru tau kata dalam forensik ni ada macam-macam jenis bahagian lagi. Antaranya, (yg aq ingat lah dan aq tak ingat ada berapa bahagian sebenaqnya.. huhu.)

Part 1:
-penipuan wang, cek, pasport
-tandatangan, tulisan

Part 2:
-komputer, handphone, laptop
-kamera

Part 3:
- biologi manusia

Part 4: PALING FEMES
- CRIME SCENE!!


Lepas tu kami terus ke kilang roti High-5! Yeay!!!

Da pergi kilang roti mesti la kita tengok mcm mana kilang ni bekerja. Sebelum tu, still sama. Spoke person ni akan bagi penerangan sikit dan juga sejarah. Then kami lalu satu terowong masa yang menunjukkan perubahan perkembangan pembuatan roti dan jenis-jenis roti yang ada. Bukan sekadar roti. tapi juga jenis - jenis gandum yang ada di dunia. Kilang High-5 ni dy dah buat satu laluan khas dan bentuk dy mcm terowong dalam kilang tu melalui semua mesin.

Happy je memasing sebab dapat roti High-5 free.
Thank you High-5!!

Lepas kilang High-5, kami terus ke Setia City Mall untuk solat dan jalan-jalan bawa diri. Haha. penat jalan-jalan kat dalam mall, and since da petang, kami beramai-ramai duduk kat tetengah padang tuh dok tangkap gambaq sambil gelak macam padang tuh kami yang punya. Da tak hirau da keadaan sekeliling. Orang pandang pelik ka, pandang senget ka, serong ka, dah tak ambik pusing.



Dan sebelum balik, sempatlah kami merasa Nandos sekali. Ni kira first time aq makan. Hm.. Kalau ikut tekak aq, hm.. Sos dy memang bukan taste aq. Curry fried rice dy pun masin. Mulanya fikir sebab aq memang jenis bukan kuat masin. Aq jenis light-flavour. Kurang manis, kurang masin, kurang pedas. Tapi ada kawan aq yang kuat masin pun cakap nasi goreng tu memang masin, so, memang masin lah kiranya. Makanan dy bagi aq ok ja, cuma bila sos dy bukan taste aq, itu yang terbantut nak makan tu. So, i will say  no for Nandos for next. 


::jarijemarimenari::entah bila dapat lepak-lepak lagi dengan coursemate ginih!!

Tuesday, July 12, 2016

CHEMNATURE - CHEMISTRY + NATURE



Sem 4 ni aq banyak join AECC (Analytical and Environmental Chemistry Club) punya program. Almaklumlah, kawan2 yang buat program. Iolls tukang support jer. Tak kan tak support member kot?

So, ini antara program yang aq involve dan jadi ajk. Memperkenalkan .........

CHEMNATURE!!!!

Aq sebagai ajk makanan je pong!! Tapi memang best la. Sebabnya aq dah lama tak pi masuk hutan ni. Last masuk hutan pun, time high school dulu. Pastu terus pencen. Sampai lah la. Tapi nak support kawan punya pasai, sanggup aq jadi ajk. Kira ok la tu kan??

Chemnature ni 3hari 2malam.

Kami sampai pun dah malam. Pastu nak pasang khemah lagi, makan-makan lagi. So aktiviti malam tu sekadar LDK utuk peserta tapi persiapan masak2 untuk ajk.

Disebabkan hampir semua ajk masuk dapoq! (yang gegirl lah) yang ajk boboiboy nih tolong lah kitorang pasang khemah. MACEHHH uolls!! But at last, aku tidoq surau since khemah tak muat. Haha. Tidoq malam memang sejuk sampai ke tulang hitam. Tak tau nak kata. aq siap selimut dengan telkung lagi. Tu pun sejuk tak terkata.

Nampak tak aq berdiri ja lebih. Yang terbongkok-bongkok tu Dr. Izan

Disebabkan aq jadi ajk, ajk makanan pula tu, maka dapur lah tempat ku. Tapi tu time kami kat tapak perkhemahan, kalau masa main, kami pun main la juga. Dah bayaq kot. Main la. Kiranya kami buat extra work lah. Time orang rehat, kami masuk dapur. Time orang main, masuk hutan. Kami join juga.



Ni time nak naik flying fox. 
Buat pertaman kalinya aq main fly fox, aq ada misi untuk diri sendiri. Jerit sekuat hati bagi habih suara. Haha. Mission accomplish. 
- Takut ka bila tgah flying??
- Hmm.. Bagi aq tak dak la menakutkan sangat. Maybe sebab aq tak takut tinggi? Mungkin bagi yg takut tinggi tu memang menakutkan la..

Cer cari mana satu juurulatih kem??
Aq ni da la memang tiap-tiap hari selekeh, bilamana kena masuk hutan dan bergelumang dengan pasir-pasir dan tanah-tanah lembab lagi la selekeh. Selekeh pun selekeh lah aty. Janji happy! Jurulatih kat sana memang sporting habis. Tak larat nak mengekek dengan dyorang. Sakit perut aku gelak. Time part masuk hutan n kena kacau itu yang tak tahan tu. Jeritan di tepi telinga. Sedas kena YAAAA!!! SAKIT TELINGA TAU TAK!! haha.

Spontan ye semua. There is no attention for being rude.

Add caption
So, gambar terakhir ni aq dedikasi kan buat pengarah program tersayang lah. Haha. Depan ang takleh kata tersayang sangat, nanti ada yang datang tarik rambut aq. Haha. Dan semua ahli-ahli jawatan kuasa yang lain juga. Geng Tali Merah!!! Hwaiting!!!

::jarijemarimenari:: Banyak benda aku belajaq sem 3,4 nih. Hidup tak semudah yang disangka. Kerja last minit tu biasa. 

Monday, July 11, 2016

Belajaq bernega!



Tajuk hari ni belajaq bernega! Ang nampak Kedah dy tang tu? Haha..

Ni semua kes aq cuti lama lah. Lama tak lama sampai bulan September nanti. Kira lama la jugak kan?

So, Paksu tanya apa plan cuti kali ni? Aq cakap la, Plannya nak cari kerja pas Raya. Malaih aq nak amik cuti lama2 sebab nak raya. Maklumla aq ni banyak kampung. So, selagi cuti sekolah, selagi tu mak aq nak dok kat kampung. That's why aq plan nak cari kerja pas raya. So, kira jadi pekerja baik sikit la kan sebab tak amik cuti raya. Haha! Plan mau bagi canteek!!

So, paksu bagi cadangan. Dy bagi modal aq run business. Bukan nega apa pun. Juai ayaq buah. Aq buat sendiri bernega dari rumah. Malaih cari tapak. Sebab sat ja kan. La pun da berapa haribulan. 

Nanti aq update lagi pasai jus buah yang aq juai tu. Promosi siap!! OK?

::jarijemarimenari::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! Jangan lupa jaga kesihatan uolls! Minumlah Fruitolls! Hanya untuk uolls! Kesegaran untuk dinikmati!!

Wednesday, February 3, 2016

You're not deserved to be here!

Assalamualaikum..

Tajuk aku kat atas tu macam poyo ja kan? Haha.. TAPI ia tak poyo bila seorang pengajar yang cakap macam tu! It's mean beliau dah memang sangat marah dengan apa yang hampa dah buat! Seriously!

Bila hampa belajaq, hampa perlukan keberkatan pengajar hampa untuk bukan sekadar lulus exam, bkan sekadar dapat 4 flat tapi untuk kesejahteraan hidup yang akan datang.

Mungkin sekarang boleh la dapat 4 flat, but the end, maybe keja tak dapat, or asyik ada masalah dengan perkerjaan sebab dulu hilang keberkatan tu. Tak gunalah kan?

Beliau sendiri cakap, beliau bukan sekadar pengajar yang nak bagi A+ atau 4 flat pada pelajar, tapi beliau adalah pengajar nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pelajar. 

Ada satu quote yang aku baca, bilamana manusia sekarang, mengajar dan belajar hanya untuk duit. 

Agak-agaklah, apa yang akan jadi? Memang dunia semakin maju, tapi nilai kemanusian semakin hilang. Parent akan salah cikgu sebab tak ajar anak-anak dengan nilai kemanusiaan. Bila tanya sang pengajar, nilai kemanusiaan tak pernah ada dalam silibus. Jadi, salah siapa? 

Jangan ditanya kenapa anak-anak sekarang, kanak-kanak sekarang makin biadap. Makin kurang rasa hormatnya. Makin tinggi nilai angkuhnya hanya kerana berharta.

::jarijemarimenari::aq punya tangguh post entah berapa zaman la..