Wednesday, July 10, 2013

Perjalanan ke JOHOR DARUL TAKZIM JDT

ASSALAMUALAIKUM...

Hai!!! Nampak tak tertiba jer hormon adrenalin aku naik mencacak? Hehe, bukan apa. Seperti yang korang tau aku sekarang dah menyambung pelajaran di Ko...lej Matriku...lasi Johor, wahana ilmu berzaman.. Eh, tertiba pulak terkeluar lagu kolej. Hehe.. Nampak tak aku begitu bersemangat? Hm, seriously aku sekarang berada di perantauan. Kali ni kalau balik raya barulah terasa bila dengar lagu Balik Kampung @ Dendang Perantau. Sebelum ni nyanyi tanpa perasaan je kan.

Oklah, aku terus terang je, aku sekarang dah jadi budak KOLEJ MATRIKULASI JOHOR. Di ulang ye, JOHOR. Ko nampak betapa jauhnya aku pergi mencari ilmu? Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w lah katakan. Birpun tak sampai kat negeri China lagi tapi Johor consider jauhlah bagi aku yang duduk Kedah ni.

23 Mei 20013 

Aku dan family start gerak pergi Taiping, Perak sebab tukar kereta. Dari kereta Toyota Avanza kepada Toyota Vios milik Makngah. Apehal tukar r? Abah nak tukar sebab Azanva Macho tu xda aircond. Aicond Vios Comel tu pula sangatlah sejuk. Malam tu jugak abah drifting pergi Kuala Lumpur International Airport, KLIA. Nampak tak aku tengah promosi Malaysia ni? 

Kitorang sampai kat KLIA pukul 5 pagi. Solat kat situ + tunggu opah. Sebenarnya aku ke KLIA ada urusan sikit. Opah, Atuk, Makngah & Pakcik Yan nak pi umrah. Diorang bermalam dekat rumah Pakcik Yan  di Port Dickson, PD. Kiranya abes urusan semua kat KLIA tu dalam pukul 10 pagi. Then, terus ke Shah Alam, iaitu rumah PakSu.

Sampai je rumah Paksu, Abah n mak terus 'pengsan'. Penat sangat kan? Petang tu Paksu ajak pi jalan-jalan. Kitorang pun keluar lah. First pi KLCC. Paksu bagi Ammar & Khalis mandi kat pool depan tu. Adik aku kalau dah jumpa pool memang tak mau keluar lah jawabnya. Memang susah sangat nak pujuk dia keluar dari pool tu. Tapi setelah dipujuk oleh orang yang terror iaitu ayah aku, dia pun keluar dengan muka seposen nyerr.

Masa paksu pi beli rotiboy, adik aku ternampak aiskrim. Ayah aku pun suruh lah aku beli aiskrim kat budak kecik tu. Tapi yang best nya semua orang dapat. Mula-mula dapat tau aiskrim tu harga dia RM 2, hm.. Biasalah KL. Mesti nak mahal sikit kan?

Tapi bila dia bagi je kat aku aiskrim tu, fuyoo, banyak gila aiskrim dia. Kalah kita beli kat Mc.D. tapi akik Khalis tak boleh habiskan pun. Dia kata banyak sangat, kalau macam aiskrim kat Tesco tu dia bolehlah habiskan. Tapi aiskrim ni rasa dia sedap dan tak muak.

Lepas tu kitorang teruskan perjalanan ke Masjid India. Mak aku semangat je jalan. Depan sekali pula tu. Memang kalau dah perempuan & shopping sangatlah tidak boleh dipisahkan. ADOI!! Mak, kaki orang dah lenguh lahh.

Kitorang naik Rapid KL dari Kelana Jaya. Senang sikit, tak payah nak pening cari parking.

Malam tu pula aku pi rumah Bella. Tapi dia tak da. Dia pi Penang. Adoi! Baru je nak jumpa, tapi tak berkesempatan pula. Jadi aku menyembang dengan Cik Zaid, Cik Nor, Que, Ira & Aki je lah. Yang paling aku tak sangka, Que masih ingat aku. Haha.. Cik Nor kata, Que ingat aku & Dekna je. Haha. Untung lah ada orang ingat kita. Hehe..

jarijemarimenari::Lama dah tak naik kenderaan beroda.. Asyik naik kenderaan berkaki je..

No comments: