Thursday, September 26, 2013

Sayang Sahabatku

Assalamualiakum.. 

Jam baru tunjuk pukul 5 pagi, aku dah celikan biji mata update entry. Bukan niat utama pun. Cuma teringat kat blog ni. Lagipun tengah ada peluang untuk update kan? 

Pernah rasa diri korang rendah sangat? Banyak yang cakap besar disekeliling korang. Diorang memang kaya, memang berharta, memang pandai.. Semua tu x dapat di sangkal. Tapi korang? Korang xda apa-apa. Korang yang paling biasa diantara manusia biasa yang lain. Walaupun korang percaya setiap manusia tu ada kelebihan kan kekurangan, korang sendiri xnampak apa kelebihan korang sebab ditutupi oleh cakap-cakap besar kwan korang? 

Contohnya, bila keluarkan hasrat nak makan piza, dy trus kata, "Balik cuti ni mkan la. Makan puas-puas. Aku comfirm dapat kalau aku minta." 

Mungkin dy xfikir, kesusahan hidup yang korang alami, sebab tu lah dy senang kata macam-macam. Dy xpernah ada dalam kehidupan korang. Kesusahn yang korang alami hanya korang je yang tahu. pernah terlintas nak nak cakap besar juga? Jangnlah begitu. Terima dirinya seadanya. Tapi pada masa yang sama cari masa n keadaan yang sesuai untuk tegur n meluahkan perasaan pada dy. So, korang punya persahabatan xlah kecundang nanti. Ingat, kawan bukan dalam keadaan happy ja, Kawan juga mesti ada masa xhappy.

Korang baru bukak mulut nak share dengan dy tentang jiran korang yang dapat pergi oversea, dia dulu dah cita panjang lebar tentang jran dy yang awsome, sepupu dy yang deabak, semua dapat futher study kat oversea. Korang hanya mampu mendengar sambil tersenyum. Nak sambung cerita tadi pun dah rasa segan. Dy tak bagi peluang langsung untuk korang cerita. Bila korang kata, ada lelaki ni bagi hadiah befday kat korang, dya pun bukak cita lelaki ni bagi apa, buat apa, wish macamana kat dy. Korang pun dengar je. Korang percaya apa yang dikatakan itu benar belaka. Tak boleh nak sangkal sebab dia memang boleh mendapat pengalaman yang sebegitu. 

Kadang-kadang sakit jugak kan? Walaupun dia kawan kita. Nak tegur, tapi dy ni hati kering sikit. Think positive kawan2. Mungkin niat dy jugak macam korang nak share apa yang dy ada dengan korang. Tapi untuk si dy, Aq harap ada sedikit ruang untuk kawan mu itu cerita dengan kamu. 


::jarijemarimenari: Bukan cerita aku, tapi ada kawan yang whispered masalah ni pada aq. Dy kata tolong update pasal benda ni sebab dy sayang kawan dy tu, walaupun kawan dy macam tu. Sweet kan?? Dah macam pakar motivasi dah aq rasa. Kalau da yang terasa tu, memang nak bagi terasa pun. Kuang3!!!.. hehe, taklah, kalau yang terasa tu sila fikirkan kembali, kepada yang whispered kat aku tu, mung kau dulu pun macam ni kot? Hahaha. Apa-apa pun kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi, berdiri di atas kaki sendiri, percayakan diri. 

Sunday, September 15, 2013

Balik Raya.

ASSALAMUALAIKUM...

Entry pasal puasa aq dah update tapi entry pasal raya aq xupdate pun. Raya tahun ni aq Di Taiping, Perak. Perasaan pagi raya tu lain macam sikit dari yang selalu sebab ada kehilangan besar dalam keluarga. 

Aq ingat lagi, Setiap kali aq cium tangan Arwah Atuk, dya akan genggam tangan aku kuat-kuat sampai aku menjerit sakit. WAAAA kejam.. tapi kekejaman tu la aku ingat sampai sekarang. 18 tahun aq hidup, thuun ni lah first time aq tengok opah menangis dan semua anak-anak dy menangis. Syahdu gila pagi raya tu. Mungkin sebab tu kut, xdak gambar untuk raya tahun ni. Kemeriahannya kurang. Raya yang kedua, kitorang buat kenduri arwah. 

So, berbalik kepada tajuk entry aku, dari Selatan ke utara aq menjelajah. Merentasi beberapabuah negeri. Lagu Balik kampung nyanyian Sudirman tu, memang menyentuh hati dan sanubari lah. Tapi dalam bas kitorang tengok movie yang ntah apa-apa ja.

Bukak puasa pon dalam bas ja. Cian x kitorang?? (tengah buat muka comel ni *-*)

Setelah 10 jam dalam bas, akhirnya
Kedah I'M BACK!!!!


jarijemarimenari: xbuat rumah terbukak pun tahun ni.

Friday, September 6, 2013

Jamuan Hari Raya N Sambutan Ambang kemerdekan

Assalamualaikum..

Sorry lah weyh, dah lama gila aku x update blog ni. Bukan dilupakan blog tersayang ni, cuma masa yang ada xberapa nak mengizinkan aku update.. Ada ja yang mengganggu... kan...

So, tertiba ja hari ni rasa cam ada masa sikit, so aku pun cpat2 bukak blog n update enrty ni..

Pada 30 Ogos yang lalu, KMJ (Kolej Matrikulasi Johor) adakan Majlis hari raya n Sambutan Ambang Kemerdekaan. Kiranya dua dalam satu lah ni. Ok lah tu kan. Seingat aku,  kali pertama n terakhir aq sambut Merdeka kat tengah-tengah lautan manusia waktu aq darjah 4. Sedih x?? So, kiranya ni lah masanya nak berjimba sakan dengan kawan2 yang sebaya kan?? 

Model Blok Al-Biruni 


Aq si Model makanan yang tak habis.. Jangan begitu kalian sekalian... Tak baik membazir.

Seharian aku xsentuh nasi semata-mata nak bagi lapar dan bolehla aq makan dengan lahapnya pada malam hari, tapi nasib aku tak baik sebab aq terlalu banyak makan wantan n popia. So, nasi tu aq makan sikit ja. Tu yang banyak lagi xhabis. Tengoklah acar depan aku tu. Membazir betul. 

Malam tu ada persembahan nasyid oleh pelajar KMJ sendiri. Suara yang paling best tu ja aku dengar, yang xbest tu aq buat taktau ja. Huahahahhaa... kesian deh lorh.. Ada jugak sketsa lawak tahap infiniti + gelak sampai terguling-guling.. Memang lawak tahap gaban la.. Diorang memang sporting habis la. 


Time countdown untuk sambut 31 Ogos tu, kitorang dipaksa rela menyanyi lagu macam-macam keluar.. Antaranya, Jalur Gemilang, 31 Ogos, Warisan, IM4U dang macam-macam lagi yang otak aku x larat nak proses. Balik bilik malam tu kira suara aku serak-serak basah ala-ala mandi x basah lah... Punya semangat aku menghabiskan suara aku.. 

Tapi malam tu memang release la tension. Puas sangat dapat menjerit x tentu hala di tengah lautan manusia tu. Malam tu memang banyak tangkap gambar tapi banyaknya phone orang lain. Tak sempat pulak aku nak bergigi biru dengan dyorang..

aq + ekah


::jarijemarimenari: Hargailah kemerdekaan yang dikecapi.