Sunday, July 24, 2016

CHEMTRIP = CHEMISTRY + TRIP



Inilah bila da budak chemistry ni, seua benda dy nak bunyi chemistry. So, trip kali ni namanya ...

CHEMTRIP

Untuk trip yang pertama kali yang aq ikut bagi AECC, kami pi Makmal forensik Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) tapi maap la yer, gambonyer tak ada.. Tak boleh ambil gambar kat sana. Teruja aq nak masuk, maklumlah selama ni dok tengok CSI punya lab ja. Kemain canggih. Environment dy lagi. Tapi aq taklah aim high sangat sebab kita masih lagi di Malaysia! Sila sedar semua Malaysia. Kena sedaq realiti hidup k.

So, pertama kali menjejakkan kaki ke makmal forensik nih, kami diberi pendedahan secara lisan dulu. Kiranya, masuk kuliah dulu lah. Hakak polis ni terang dulu, macam mana jabatan forensik ni. Dekat situ barulah terbuka segala pintu yang ada, pintu hati, mata, otak semua bagai lah. Mana tak terbukak semua, baru tau kata dalam forensik ni ada macam-macam jenis bahagian lagi. Antaranya, (yg aq ingat lah dan aq tak ingat ada berapa bahagian sebenaqnya.. huhu.)

Part 1:
-penipuan wang, cek, pasport
-tandatangan, tulisan

Part 2:
-komputer, handphone, laptop
-kamera

Part 3:
- biologi manusia

Part 4: PALING FEMES
- CRIME SCENE!!


Lepas tu kami terus ke kilang roti High-5! Yeay!!!

Da pergi kilang roti mesti la kita tengok mcm mana kilang ni bekerja. Sebelum tu, still sama. Spoke person ni akan bagi penerangan sikit dan juga sejarah. Then kami lalu satu terowong masa yang menunjukkan perubahan perkembangan pembuatan roti dan jenis-jenis roti yang ada. Bukan sekadar roti. tapi juga jenis - jenis gandum yang ada di dunia. Kilang High-5 ni dy dah buat satu laluan khas dan bentuk dy mcm terowong dalam kilang tu melalui semua mesin.

Happy je memasing sebab dapat roti High-5 free.
Thank you High-5!!

Lepas kilang High-5, kami terus ke Setia City Mall untuk solat dan jalan-jalan bawa diri. Haha. penat jalan-jalan kat dalam mall, and since da petang, kami beramai-ramai duduk kat tetengah padang tuh dok tangkap gambaq sambil gelak macam padang tuh kami yang punya. Da tak hirau da keadaan sekeliling. Orang pandang pelik ka, pandang senget ka, serong ka, dah tak ambik pusing.



Dan sebelum balik, sempatlah kami merasa Nandos sekali. Ni kira first time aq makan. Hm.. Kalau ikut tekak aq, hm.. Sos dy memang bukan taste aq. Curry fried rice dy pun masin. Mulanya fikir sebab aq memang jenis bukan kuat masin. Aq jenis light-flavour. Kurang manis, kurang masin, kurang pedas. Tapi ada kawan aq yang kuat masin pun cakap nasi goreng tu memang masin, so, memang masin lah kiranya. Makanan dy bagi aq ok ja, cuma bila sos dy bukan taste aq, itu yang terbantut nak makan tu. So, i will say  no for Nandos for next. 


::jarijemarimenari::entah bila dapat lepak-lepak lagi dengan coursemate ginih!!

Tuesday, July 12, 2016

CHEMNATURE - CHEMISTRY + NATURE



Sem 4 ni aq banyak join AECC (Analytical and Environmental Chemistry Club) punya program. Almaklumlah, kawan2 yang buat program. Iolls tukang support jer. Tak kan tak support member kot?

So, ini antara program yang aq involve dan jadi ajk. Memperkenalkan .........

CHEMNATURE!!!!

Aq sebagai ajk makanan je pong!! Tapi memang best la. Sebabnya aq dah lama tak pi masuk hutan ni. Last masuk hutan pun, time high school dulu. Pastu terus pencen. Sampai lah la. Tapi nak support kawan punya pasai, sanggup aq jadi ajk. Kira ok la tu kan??

Chemnature ni 3hari 2malam.

Kami sampai pun dah malam. Pastu nak pasang khemah lagi, makan-makan lagi. So aktiviti malam tu sekadar LDK utuk peserta tapi persiapan masak2 untuk ajk.

Disebabkan hampir semua ajk masuk dapoq! (yang gegirl lah) yang ajk boboiboy nih tolong lah kitorang pasang khemah. MACEHHH uolls!! But at last, aku tidoq surau since khemah tak muat. Haha. Tidoq malam memang sejuk sampai ke tulang hitam. Tak tau nak kata. aq siap selimut dengan telkung lagi. Tu pun sejuk tak terkata.

Nampak tak aq berdiri ja lebih. Yang terbongkok-bongkok tu Dr. Izan

Disebabkan aq jadi ajk, ajk makanan pula tu, maka dapur lah tempat ku. Tapi tu time kami kat tapak perkhemahan, kalau masa main, kami pun main la juga. Dah bayaq kot. Main la. Kiranya kami buat extra work lah. Time orang rehat, kami masuk dapur. Time orang main, masuk hutan. Kami join juga.



Ni time nak naik flying fox. 
Buat pertaman kalinya aq main fly fox, aq ada misi untuk diri sendiri. Jerit sekuat hati bagi habih suara. Haha. Mission accomplish. 
- Takut ka bila tgah flying??
- Hmm.. Bagi aq tak dak la menakutkan sangat. Maybe sebab aq tak takut tinggi? Mungkin bagi yg takut tinggi tu memang menakutkan la..

Cer cari mana satu juurulatih kem??
Aq ni da la memang tiap-tiap hari selekeh, bilamana kena masuk hutan dan bergelumang dengan pasir-pasir dan tanah-tanah lembab lagi la selekeh. Selekeh pun selekeh lah aty. Janji happy! Jurulatih kat sana memang sporting habis. Tak larat nak mengekek dengan dyorang. Sakit perut aku gelak. Time part masuk hutan n kena kacau itu yang tak tahan tu. Jeritan di tepi telinga. Sedas kena YAAAA!!! SAKIT TELINGA TAU TAK!! haha.

Spontan ye semua. There is no attention for being rude.

Add caption
So, gambar terakhir ni aq dedikasi kan buat pengarah program tersayang lah. Haha. Depan ang takleh kata tersayang sangat, nanti ada yang datang tarik rambut aq. Haha. Dan semua ahli-ahli jawatan kuasa yang lain juga. Geng Tali Merah!!! Hwaiting!!!

::jarijemarimenari:: Banyak benda aku belajaq sem 3,4 nih. Hidup tak semudah yang disangka. Kerja last minit tu biasa. 

Monday, July 11, 2016

Belajaq bernega!



Tajuk hari ni belajaq bernega! Ang nampak Kedah dy tang tu? Haha..

Ni semua kes aq cuti lama lah. Lama tak lama sampai bulan September nanti. Kira lama la jugak kan?

So, Paksu tanya apa plan cuti kali ni? Aq cakap la, Plannya nak cari kerja pas Raya. Malaih aq nak amik cuti lama2 sebab nak raya. Maklumla aq ni banyak kampung. So, selagi cuti sekolah, selagi tu mak aq nak dok kat kampung. That's why aq plan nak cari kerja pas raya. So, kira jadi pekerja baik sikit la kan sebab tak amik cuti raya. Haha! Plan mau bagi canteek!!

So, paksu bagi cadangan. Dy bagi modal aq run business. Bukan nega apa pun. Juai ayaq buah. Aq buat sendiri bernega dari rumah. Malaih cari tapak. Sebab sat ja kan. La pun da berapa haribulan. 

Nanti aq update lagi pasai jus buah yang aq juai tu. Promosi siap!! OK?

::jarijemarimenari::SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!! Jangan lupa jaga kesihatan uolls! Minumlah Fruitolls! Hanya untuk uolls! Kesegaran untuk dinikmati!!