Friday, September 6, 2013

Jamuan Hari Raya N Sambutan Ambang kemerdekan

Assalamualaikum..

Sorry lah weyh, dah lama gila aku x update blog ni. Bukan dilupakan blog tersayang ni, cuma masa yang ada xberapa nak mengizinkan aku update.. Ada ja yang mengganggu... kan...

So, tertiba ja hari ni rasa cam ada masa sikit, so aku pun cpat2 bukak blog n update enrty ni..

Pada 30 Ogos yang lalu, KMJ (Kolej Matrikulasi Johor) adakan Majlis hari raya n Sambutan Ambang Kemerdekaan. Kiranya dua dalam satu lah ni. Ok lah tu kan. Seingat aku,  kali pertama n terakhir aq sambut Merdeka kat tengah-tengah lautan manusia waktu aq darjah 4. Sedih x?? So, kiranya ni lah masanya nak berjimba sakan dengan kawan2 yang sebaya kan?? 

Model Blok Al-Biruni 


Aq si Model makanan yang tak habis.. Jangan begitu kalian sekalian... Tak baik membazir.

Seharian aku xsentuh nasi semata-mata nak bagi lapar dan bolehla aq makan dengan lahapnya pada malam hari, tapi nasib aku tak baik sebab aq terlalu banyak makan wantan n popia. So, nasi tu aq makan sikit ja. Tu yang banyak lagi xhabis. Tengoklah acar depan aku tu. Membazir betul. 

Malam tu ada persembahan nasyid oleh pelajar KMJ sendiri. Suara yang paling best tu ja aku dengar, yang xbest tu aq buat taktau ja. Huahahahhaa... kesian deh lorh.. Ada jugak sketsa lawak tahap infiniti + gelak sampai terguling-guling.. Memang lawak tahap gaban la.. Diorang memang sporting habis la. 


Time countdown untuk sambut 31 Ogos tu, kitorang dipaksa rela menyanyi lagu macam-macam keluar.. Antaranya, Jalur Gemilang, 31 Ogos, Warisan, IM4U dang macam-macam lagi yang otak aku x larat nak proses. Balik bilik malam tu kira suara aku serak-serak basah ala-ala mandi x basah lah... Punya semangat aku menghabiskan suara aku.. 

Tapi malam tu memang release la tension. Puas sangat dapat menjerit x tentu hala di tengah lautan manusia tu. Malam tu memang banyak tangkap gambar tapi banyaknya phone orang lain. Tak sempat pulak aku nak bergigi biru dengan dyorang..

aq + ekah


::jarijemarimenari: Hargailah kemerdekaan yang dikecapi. 

No comments: