Wednesday, July 10, 2013

JOM DERMA DARAH!!!

Assalamualaikum...

Semalam update, hari update lagi.. hehe.. Almaklumlah, cuti sempena Ramadhan. Itu yang curi-curi masa sikit update ni. kali ni aku nak update tentang derma darah. Korang pernah derma darah? 6 Julai lepas dekat Kolej Matrikulasi Johor, KMJ ada buat derma darah. So, sesiapa yang nak derma darah boleh ke Dst untuk menderma. Tapi kalau kau memang yang jenis takut darah, xpayang lah nak tunjuk hero biarpun kau lelaki. Hehe, sebeb waktu aku derma darah tu ada je budak yang hampir2 nak pitam, dia dah pening2 n lalok2 bagai kan? Lelaki tu.
 
Kat sini aku nak citer lah serba sedikit al-kisah aku telahpun menderma darah pertama kalinya dalam sejarah kehidupanku. hehehe.. Mula-mula kena isi borang, lepas tu kena interview dan cheack berat. Bagi sesiapa yang beratnya 45 kg kebawah, kau simpan jelah hasrat murni kau untuk menderma. Diorang takkan bagi punya. Bagilah alasan apa-apa pun.
 
Lepas tu, korang kena buat blood test untuk tau korang ni darah jenis apa dan tahap heamoglobin dalam darah kau.
 
Lepas tu kena cheack heartbeat dan dia akan tanya sama ada kau ada amik apa-apa ubat tak. Yelah, kau nak bagi darah kau pada orang lain, kang tak pasal-pasal orang tu dapat sakit kan? Sebab tu kau kena jujur jawab soalan dia hehehe.. Doc tu akan bagi kau kad warna merah (yang ni x sure semua colour merah ke tak). Korang simpan je kad tu. Kalau nanti nak derma darah lagi bawak kad tu. Korang boleh baca kat bahagian belakang tu dia ada tulis kelebihan orang yang menderma darah ni.
 
Kalau dah ada katil kosong korang boleh pergi untuk derma darah. Masa derma darah kat DST hari tu, takdanya kain-kain penutup. Kauselak jelah tangan kau tu. Mula-mula dia akan biuskan kau. Waktu ni tangan kau akan rasa lemah sikit selepas 15 saat. Kau akan rasa Alamak tangan aku, tangan aku tolong..  lepas tu dia akan masukkan jarum amek darah. Habis je kau derma dia akan bagi kau rehat 5-10 minit sebelum kau dibenarkan keluar. Ni nak memastikan korang tak pening2 or pitam. Kolej kediaman kau kan jauh, tingkat 4 plak tu,(akulah tu). So, dia nak pastikan kau memang betul2 ok.
 
Waktu aku mederma tu, aku n Ekah je perempuan , yang lain semua lelaki. Adoi! Tapi Malangnya, ada jugak 'mamat2 ensem' yang pejam mata sambil tarik nafas panjang waktu kena cucuk. Tak kurang yang buat muka pelbagai jenis. Adoi! Takpelah asalkan korang ikhlas nak menderma dan ada kieberanian untuk melakukannya. SYABAS dari aku.
 
jarijemarimenari:: Entah bila pula nak derma darah ni.. Jangan takut jarum n Takut darah ye.. Untuk warga KMJ yang TERBACA blog ni, jangan lupa 13 JULAI 2013 (SABTU) koranng boleh derma lagi.

No comments: