Sunday, October 23, 2011

EnTRy kE

Assalamualaikum..

Memalam buta gini pun ko gatal tangan nak nulis lagi ye aty??
Haha.^_^ aku pun tak tahu kenapa act..
Macam tiada hari esok untuk aku menulis lagi..

Aku suka buat apa yang aku suka buat la..Takkan orang lain buat kan??
Has..has..has..

Perasan tak selama ni aku tak pernah pun cerita pasal pakwe/ balak/ or what ever you call the man.. Perasan tak? Perasan tak?? Di ulang perasan tak??

~WO..WO..WO.. Aty what's wrong? Gila ke? Ko nak tanya banyak-banyak kali kenapa? bukannya ko dengar pun kalau diorang jawab.
~haha..saja menyakitkan lagi hati yang sedia tertekan..

Aku pernah baca.. Penasihat terteruk didunia bagi seorang wanita adalah wanita lain??
Korang paham tak??
Maksudnya gini..... Bila da kawan korang mintak pendapat/ nasihat and so on, pasal si dia/ pakwe diorang.. Korang pun dengan jujur dan ikhlasnya bagi la pendapat 'terbaik' kononnya..(tu kalau yang betul-betul kawan la..niat ikut masing-masing ye..aku tulis yang baik-baik jerr)

Maknanya koranglah penasihat terteruk tu?! HAH! AMEKAW!! Macam rancangan kat tv tuu..
See..Dah paham? Kalau tak paham juga bacalah entry ni sampai paham.. kalau tak juga baca entry ni kuat-kuat sampai korang paham macam yang aku selalu buat kalau aku tak paham apa yang aku baca..Amacam pelik ke? Aku rasa macam tak jerr..

Aku ni bila datang mood rajin nak blogwalking aku boleh habiskan  masa aku dengan membaca blog-blog orang sampai my lovely daddy marah aku sebab tak tolong my mum..^_^ hehe..sorry ye abah!!

Tapi banyak blog yang aku baca banyak yang serabut + memeningkan kepala otak aku yang sedia pening.. Banyak sangat aksasori yang melekat dikiri dan kanan page tu.. Pendapat ikhlas la kan.. Bukan nya tak boleh, suka hati korang la korang nak buat apa..tu kan blog korang tapi kalau dah benda-benda alah tu melekat sampai tak nampak apa yang korang tulis baik tak payah tulis apa-apa lekat je benda alah tu satu page..puas hati..

~Err..Aty chill.. cooll..jangan marah-marah
`bukan marah nasihat..hehe!

ok??

p/s: Suka hati korang la nak dengarke taknak..aku bagi nasihat + apa yang aku rasa jerr..korang perasan tak kalau page blogger-blogger terkenal tak da pun benda-benda serabut tu? Kenapa erk? Ada mata lihatlah..Ada telinga dengarlah..Ada otak lu pikir la sendiri!!

jAmuAn


Assalamualaikum..

Holla!! korang perasan tak? hari ni saja dah 3 entry aku post? Termasuk yang ini la.. Nampak sangat aku ni tak ada keja kat rumah kan?? Dok saja online tulis merapu-merapu then post!! Sape yang follow aku abiz la taklarat nak baca ntah apa yang aku dok bebel..haha!!

oklah di pendekkan cerita aku nak kongsi dengan korang tentang birthday party adik bongsu aku k.. have fun guys and gulz sekalian..




kek adik perempuan aku..look yummy right!

ni pula kek dik aku yang last! kek sebenar untuk besday kali ni

comel tak ladybird ni setelah di edit oleh aku?? Matanya yang begitu cantik dan shining!!
 Tak sia-sia aku suruh dia minum innershine

Hehe! My fav.. Inilah dia tauhu sumbat!! Sumbatlah mullut korang dengannya..
Tapi aku makan ni dengan kuah kacang.. Kuahnya lupa nak tangkap..

Inilah dia roti jala yang mak aku buat! bersama kuah kari ayam yang sangat menyelerakan

ni pula jiran aku yang bagi..Sangat sedap!! *_*

ntah apa dah jadi kat agar-agar ni.. edit yang kurang bagus

Hand made by aku!!

Inilah kek aku!! Gojes tak??
Errr..^_^? kek ada gojes ke??

How about this cake??
So, yummy right

Ni adik aku nya juga!!! Sangat sedap!!!
Banyak strawberry!! Tak aciii

p/s:lama gila aku tulis n edit this entry!! maklumlah buat sambil tengok tv!! Tak conse lol~_~

i nEEd yOu

Seluas langit di atas
Tak seluas cintaku ini

Sedalam palung lautan
tak sedalam cintaku ini

Mengalir di dalam darahku
sedekat hembusan nafasku
cintaku untukmu

Biar dunia menghina
Hatiku tetap cinta
Cause i miss you
Cause i need you

biar dunia saksinya
cinta kita berdua
cause i miss you
cause i need you

wooo..woo.woo..

Mengalir di dalam darahku
sedekat hembusan nafasku
cintaku untukmu

Biar dunia menghina
Hatiku tetap cinta
Cause i miss you
Cause i need you

biar dunia saksinya
cinta kita berdua
cause i miss you
cause i need you

cause i miss you
And cause i need you baby

p/s:Suka..suka..suka..tersawan sebentar mendenngar lagu ni..^_^!
* Nada nada cinta ini terangkai dari hatiku
Dulu tak pernah terpikir mengalir seperti ini

#Kamu takkan bisa menahan semua rasa
Katakan katakan katakan saja yang ada di hatimu

reff:
Coba cobalah kau lihat kau lihat diriku
Coba cobalah kau dengar kau dengar suaraku

repeat *
repeat reff

kamu takkan bisa menahan semua rasa

repeat * #
repeat reff
repeat *
repeat reff(2 kali)



p/s: aku menjadi gila mendengar lagu ini..hahhaha
gila-dan trus menjadi kegilaan..

Saturday, October 22, 2011

HaPpy biRThdAy

Assalamualaikum...

HEHE!!! : D

saja mengada-ngada sebentar!!
Al-maklumlah aku tau aku dah lama tak update apa-apa...
Bukan tak nak tapi kekangan waktu akibat final exam yang melanda diriku ini..
Ni pun sebab dapat cuti seminggu, coz deepavali...
amacam baik tak sekolah aku??

Dah berhabuk semacam jerr blog aku ni..hehe!!
Act sekarang dah pun pukul 12.10 tengah malam..
di ulang tengah malam ok!!
Apa ko buat tak tido lagi woi!!

Hehe!!
untuk pengetahuan tuan-tuan, puan-puan, kakak, abang, cik, encik, dan adik  sekalian..
hari ini merupakan birthday adik aku yang bongsu..
di ulang yerr birthday adik ku yang bongsu!!
agak tergegeh untuk diulang..

so, tadi my lovely daddy dah bagi tugasan yang cukup mencabar minda dan kreativiti aku..
siap cakap kalau tak siap jangan tido..
HUH! besday aku tak de yang buat macam ni pun!!
SUNGGUH TAK ADIL!!
oleh itu, telahpun kusiapkan tugasan yang di berikan...
nak tahu apa??
aku rasa korang pun dah boleh agak..tapi kalau tak tahu juga korang tunggu la entry untuk itu yerr!!!

assalamualaikum!!!
p/s:sangat letih tolong my mum buat persiapan untuk birthday party pukul 4.00 petang nanti...

Saturday, October 15, 2011

kEnaPA akU BuAT bLog


Banyak persoalan yang berada di minda..
banyak kata tanya dan juga tanda soal..
kenapa aku bukak blog ini..(sila nyanyi menggunakan tempo lagu cinta muka buku.)

Persoalannya sekarang mengapakan anda mewujudkan blog ini?
Banyak la juga jawapan yang aku dengar..

Antara banyak-banyak jawapan yang ni la yang agak famous!!

*Saje jerr..orang ada aku pun mesti ada!!
*Saja suka-suki..ikut trend terkini..
*Pakwe/ Makwe aku yang suruh buat..aku buat je la..
*Saje nak tunjuk kat orang lain yang aku ni terror menulis dan ramai peminat.
*Boleh mengutuk/ mengata/ mengumpat orang kat sini..Bukannya orang tahu siapa aku ..

Ni la antara jawapan-jawapan yang aku dapat..
So, ni la pula jawapan aku..

*Saja nak mencurahkan idea n kongsi dengan kawan-kawan.
*Saja suka-suki bila bosan..

oklah aku check out dulu..Assalamualaikum..

Friday, October 14, 2011

kEuNikAn tUBuH ManUSia

Assalamualaikum..Selamat malam semua..
Hari ni tertiba je rajin selak-selak majalah..
then terjumpa lah benda ni.. so, korang enjoy la ye..


  • Badan mempunyai sejumlah trilion unit cell.

  • Bahagian badan yang berbeza mempunyai jenis cell yang berbeza.

  • Otak manusia mengawal segala aktiviti sistem, cell,tisu, dan organ.

  • Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .

  • 70% daripada berat badan adalah berat air.

  • Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

  • Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun

  • Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu

  • Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

p/s: Maaf la kalau tak memenuhi citarasa korang yee..gambar-gambar tu hanya untuk rujukan..^_^

aNtarA LeLaKi n pEremPuAn

Assalamualiakumm..

Hah! hari ni entry aku bermula di sebelah kiri. Hah! jangan salah sangka ye!^_^
Inya-Allah  langkah kanan aku hari ni. =)
headline aku hari ni macam membeza-bezakan antara lelaki danperempuan.
Tak gitu? *-*
Hahaha!! ^_^
Sebenarnya ini bukanlah niat aku..
sebenarny aku nak tahu jerr kenapa ya budak lelaki ni suka betul mengacau/ mengusik budak pompuan. Tambah-tambah lagi kalau ada kelemahan yang dia nampak.
Contohnya kalau budak tu jenis yang malu ditenung, dia akan tenung sampai naik juling.
Budak tu apa lagi..mestilah tersipu-sipu

Kalau yang jenis kuat melatah pula, dia akan kacau sampai budak tu termegah-megah.
Ish, ish, ish...apa nak jadi ni..^_^

Wednesday, October 12, 2011

iDeA mAsyUk

Assalamualaikum...

mesti korang terpikir-pikir 'Kenapa pula start at the middle? Selalunya kat tepi around the corner mat saleh kata.

Hehe..=)  takada apa-apa pun.

Tertiba je dia jadi macam ni. kan? T_T

Kononnya la nak buat sesestyle orang lain.

Tapi hampeh x jadi, bertambah burok aku tengok!!!


headline dia punyalah vouge..

tapi tak ada content..

apa punya turrrr!!

sebut betul-betul ye adik-adik...
TURRRRRR!!!

kang lain pula jadinya..haha =)

ok da!!!!!

p/s: Hari ni da exam physic paper 1 and bi paper 2. aku tak tahu apa aku mengarut masa tulis exam tadi. Siap kean culik lah, headshot lah semua ada..TERBAIK!!


Monday, October 10, 2011

Hatiku Milikmu - Nera AF9

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku

Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


p/s:lagu ni memang mengganggu ketenangan jiwa aku..memang best. Layan habis!! Namun sukar untuk ku meluahkan ku cinta padamu. Ini part fav aku. Mendalam betul maknanya.

Wednesday, October 5, 2011

cEriTA uNTuk koARnG 6(b)

Kring!!Kring!! Telephone di atas  kaunter pertanyaan menjerit minta diangkat.Lalu Ed pun mengangkatnya.

"Hello, Maya Chocolate House. Saya Ed." ayat yang selalu keluar dari mulutnya apabila ada panggilan masuk.

" I dengar kafe you ada buat kek coklat erk?" tanya si pemanggil.

"Ya encik.."

"Mr. Syamsul'
"Oh, ye Encik Syamsul. Kita juga menyediakan makanan-makanan lain yang berasaskan coklat. Encik nak buat tempahan ke?"

"Yes, saya nak buat tempahan untuk my mummy. Dia cakap kek kedai you sedap. That's why  i call your cafe. Dia ada singgah and she buy a slice of chocolate cake." kata En. Syamsul.

"Ok thanks. Kalau macam tu boleh saya tahu kek jenis apa yang encik nak tempah?"

"Er, Sorryla. I ni bukannya tahu sangat bab-bab birthday party ni. Ni first time i nak buat untuk mummy I. Dia asyik complain I tak pernak kasi dia suprise. Itu yang I call you ni. Alah, you satelkanla ye. I ikut je. Ok. Nanti I bayar." katanya lagi.

"Maaf encik. Ini ukan masalah bayaran. Saya memang boleh uruskan tapi saya kena tahu konsepnya, tempatnya, untuk siapa dan sebagainya." balas Ed. Si pemanggil lama berdiam.

"Hello, encik. Encik Syamsul? Encik ada lagi ke ?" panggil Ed.

"Yeah, saya ada lagi ni.'' balasnya seolah baru bangun dari tidur.
'Dia call time mamai ke? Biar betul mamat ni.' bisik hati Ed.

"Macam nilah Encik Syamsul. Apa kata kalau encik datang kafe saya dan kita bincang. Bila encik free?" tanya Ed lagi.

"You ni macam nak date dengan I pula. Siap tanya bila free bagai.''

"Eh, mana ada. Saya cuma nak tolong encik je. Tadi kan encik cakap mummy encik bising-bising sebab encik tak pernah buat suprise party kat dia. Jadi saya nak tolong la encik."

"Oklah. Nanti malam I datang dalam pukul 9.30 nanti.'' balas Syamsul setelah lima saat berfikir.

"Ok encik. Malam nanti kita jumpa. Assalamualaikum.'' balas Ed .

"Wa.." tak sempat si pemanggil membalas Ed sudah pun memeutuskan talian.

'Ish perempuan ni. Aku tak sempat jawab salam, dia dah letak.' getus hati Syamsul. Tiba-tiba Syamsul menepuk dahinya sendiri. 'La kenapa la aku tak tanya nama dia tadi. Macam mana nak jumpa ni.'

*

Tinng!! Pintu kafe berbunyi menandakan ada pelanggan masuk. Mata Ed teralih ke pintu kafe. Dia melihat ada seorang lelaki dengan berbaju kemeja kuning cair tanpa tie, berseluar slack dengan kasut berkilat.
'Mamat ni ke yang telephone aku tadi' tanya Ed dalam hatinya.

"Ye encik, Encik cari siapa?" tanya satu suara. Sopan betul.

"Er, saya cari perempuan yang jawab panggilan saya tadi.'' jawabnya jujur.

"Pukul berapa ye encik" tanyanya lagi.

"Dalam pukul 1.30 petang macam tu" balasnya lagi.

"Oh" muka Fatin yang bercahaya tadi tiba-tiba keruh. Dengan muka bengang, Fatin memanggil Ed. Lalu Ed pun berjalan menuju ke arah lelaki tersebut.

'Eh, dia? Takkanlah? Aku dah cakap dengan dia? Biar betul?' bertubi-tubi soalan muncul di minda Syamsul

"Encik Syamsul ke?" tanya Ed. Diam. Hanya bunyi air-conditional yang berbunyi. Syamsul pula hanya menilik wajah yang dirinduinya sekian lama.

"Encik? Encik ok ke?" tanya Ed lagi.

"Oh, yeah, saya ok."jawabnya kalut.

"Silakan duduk encik. Saya buatkan air dulu. Encik nak hot chocolate, coffee, cappuccino, latte, esspreso  atau mocha" tanya Ed.

"Hot latte." balasnya.

"Makan?" tanya Ed lagi. Syamsul hanya memberikan gelengan sebagai jawapan. Ed terus berlalu ke bahagian dapur untuk membuat minuman untuk pelanggannya. Syamsul di depan kelihatan sepetri cacing kepanasan. Tidak senang duduk. Serba tak kena.Lantas di gamitnya wanita yang menegurnya tadi.

"Ye encik?" tanya Fatin.

"Siapa wanita tadi tu?" Syamsul memulakan aksi Detektif Conannya.

"Oh, yang cakap dengan encik tadi tu?'' tanya Fatin inginkan kepastian. Syamsul menagguk pantas. Tak sabar rasanya dia ingin mengetahui tentang wanita yang perna mengetuk pintu hatinya.

"Dia tu ketua pekerja dekat sini. Kitorang semua panggil dia Ed. Nama penuhnya tak tahu la pula. Dia tu peramah la juga. Tapi umur dia saya tak tahu. Encik kenalah tanya tuan punya badan." balas Fatin acuh tak acuh.

'Kenapa la perempuan tu pula yang dia tanya. Aku yang da bomb kat depan dia ni dia buattak tahu je. Hish tak faham aku perangai lelaki ni.' gatusnya dalam hati.

Belum sempat Syamsul meneruskan operasi soal jawab denggan Fatin, Ed muncul bersama dua mug hot latte yang di pesannya.

'Cepat betul' bisik hati Syamsul. Lalu dia mengucapkan terima kasih kepada Ed apabila Ed menghidangkan minumannya. Fatin telah pun berlalu setelah terlihat Ed datang. Lalu mereka pun berbincang tentang majlis hari jadi bonda Syamsul.

BiLa Tak PeRGi sekOLah

Assalamualaikum..

Hari ini dah hari ke berapa ntah aku cuti. Tapi masih lagi main-main. Tak study sesungguh. Hmm. Sebenarnya aku boring la juga bila duduk kat rumah tak ada benda nak buat. Ntbok ni pula bukan ada kat rumah waktu pagi, dia muncul waktu malam jerr. Al-maklumlah my beloved abah bawa gi tempat kerja dia. Dia tahu kalau tak bawa kompon anak dia sorang nie lagi tak study. Tapi kan aku nie bukan la rajin sangat nak up date dkat fb.Kalau nak tengok youtube bukannya best pun pakai benda alah ni. Sound dia tak kuat.

Act, aku pun tak tau apa aku akan buat dengan ntbok nie kalau seharian dengan aku. Bila aku tak pergi sekolah ni macam-macam la yg my lovely mak suruh. Dia suruh lipat baju, cuci pinggan, sidai baju, angkat kain and so on. Aku tak kisah la sebab saperr lagi nak buat kalau bukan aku kan? Tapi, jiwa aku still rasa kosong n tak tahu nak buat apa. Bila nak study, malas je memanjang. Bila dok termenung, boleh pula. Tertiba teringat la pada si dia.

Ni yang tak best ni. Aku baru je nak melupakan kenangan-kenangan silam tu(ciss, ayat terlebih suda) . Tapi apa nak buat. Benda dah lepas tu la yang selalu kita ingat. Dah nama pun kenangan kan??Ada satu time tu tengah iron baju smbil smbangdgn kwn kt phone. Boleh plak teringat kt dia. Adoi!!!Aty are you alright?

Aku akui aku dengan dia memang rapat. Tapi sesungguhnya kitorang KAWAN saja. Di ulang yang wahai manusia sekalian alam. KAWAN !! Tak lebih daripada itu dan tak akan lebih daripada itu.



 
 I miss you as my friend not more than that!!
(dia dah ada makwe la. Takkan nak lebih-lebih kot. kang dicop PERAMPAS pula kan?)

 
Tapi ini lagi satu kisah..

Masa tu aku form 2 kot.(sorry da tak ingat sangat)
aku gi sekolah dan balik nak van. Once upon the time, ada mamat sorang ni bagi akku surat. Dia kata ni dari kawan dia. Dan budak tu suruh bagi kat aku. Tapi yang best nya mamat tu baca surat tu depan aku. Akuas penerima surat tu tak baca lagi, tapi dia as posmen boleh plak baca. Sungguh tidak baguss. Don't do this thing at your friend ok!! but, lastly surat tu dapat gak la kat aku. Dah la tak tau nak tulis apa n btery ntbok ni dh nazak..bye 73 assalamualaikummm

Monday, October 3, 2011




Ungu Percaya Padaku

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku

percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

p/s: kalau hayati betul-betul lagu ni..memang syok habis..kata-katanya sangat mendalam..

cEritA unTUk koRAng 6 (a)

Kini Ed mampu memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana impiannya selama ini tercapai dengan bantuan yang duhulurkan oleh Dato' Amir Iskandar. Baginya tanpa sokongan dan dorongan beliau sekeluarga dia tidak akan mampu melakukannya seorang diri. Dia berjanji tidak akan menghancurkan harapan ayah angkatnya itu.

"Hai Ed, dah jadi pengurus pun masih lagi termenung? Macam mana nak masyuk kalau asyik termenung?" tegur Suzi dari belakang.

"Bukan termenunglah, tapi aku teringat pengorbanan yang ayah kau dah lakukan pada aku untuk wujudkan chocolate house ni. Tak terbalas oleh aku. Terlalu besar." kata Ed perlahan.

''Ed, kau tak payahla nak fikirkan benda yang dah lepas tu. Bukan usaha papa aku je. Kau pun berusaha sungguh-sungguh. Ini semangat kau. Inilah tanda susah-payah kau. Papa dah serahkan sepenuhnya pada kau. Dia dah asingkan chocolate house ni dari anak syarikatnya. Kau jagalah chocolate house ni baik-baik. It's yours." kata Suzi memberi semangat

Keadaan chocolate house milik Ed nyata menjadi seperti yang di ingingkannya setahun lalu. Banyak yang dikorbankannya demi chocolate house ini. Dan kini dia mampu tersenyum bangga melihat hasil titik peluhnya dan pertolongan dari keluarga angkatnya. Ed tersentak dari lamunanya apabila mendengar suasana kecoh di ruang makan.

"Maaf encik. Boleh saya bantu" tanya Ed.

"Kau siapa? Mana bos kau, aku nak cakap dengan dia. Aku memang tak puas hati ni." kata seorang pemuda dengan wajah bengang.

"Maaf encik. Bos saya tak ada. Dia ada meeting. Ada apa-apa pesanan ke? Nanti saya sampaikan kepadanya." kata Ed memberi cadangan.

''Kau tak payah nak sibuk. Aku nak bercakap dengan bos kau, bukan dengan kau. Faham?" berakhinya ayat itu, pemuda tadi terus keluar dari kafe itu. Ed hanya mengelengkan kepalanya.

Sememangnya tiada yang tahu siapakah pemilik sebenar kafe yang terkenal itu. Ed menyembunyikan statusnya dari semua pekerja kafe miliknya dan dari pengetahuan umum. Bukan apa. Dia lebih selesa begitu. Katanya dia belum bersedia memaklumkan bahawa dialah pengurus disitu. Mereka hanya tahu Suzi merupakan pengurus sementara kafe itu. Pengurus sebenar berada di oversea. Kedudukan Ed pula sebagai ketua pekerja di kafe itu.

*
p/s: alamak dah xde idea la..malam ni tak dapat tulis banyak..idea tak masyukkk!!!! Nanti sambung lain la ok!!

Sunday, October 2, 2011

kOko n cOklat

Assalamualaikum...

Hari ni aku cuti sekolah coz dua hari lagi diorang semua nak exam PMR(4/10/2011).Dapatlah CUti seminggu. Tapi lepas tu kitorang pula ada final exam. Tapi apa kena-mengena tajuk yang aku tulis tu dengan apa yanng aku dok melalut ni? Hehe! actully xde kena- mengena pun. Orang kata mukadimah je dulu...

Aku ni hantu coklat. Aku memang suka makan coklat. Lagi-lagi kalau ada tambah hazelnut. PERGHHH!! sedap weyh..

Khasiat Koko

   VS  

  •     Biji Koko kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Antioksidan ini membunuh radikal bebas dalam tubuh kita. Kandungan antioksidan dalam biji koko 3 kali lebih tinggi berbanding teh hijau yanng kita selalu minum tu. Fenol pula dapat membantu dalam menurukan paras kolestrol dalam darah. Bila kolestrol kurang, risiko untuk dapat penyakit berkaitan jantung pun kurang. Dan akhir sekali risiko untuk dapat kanser pun berkurang, mencegak strok dan darah tinggi
  • Dalam coklat ada vitamin A, B1, C, D dan E .Dlam coklat juga ada Zat besi(iron), Kalium(Potassium) dan Kalsium(Calcium).


  • Koko sendiri merupakan  sumber magnesium yang tinggi.Antara kesan kekurangan magnesium dalam tubuh ialah hipertensi, penyakit jantung, diabetis, penyakit persendian.


  • Ada juga disesetengah spa menggunakan srub berasaskan koko coz koko dapat mencegah penuaan awal.

Jenis-jenis Koko


Coklat gelap/ Coklat kosong/  Coklat asli.


Kandungan biji koko didalamnya paling tinggi, lebih kurang 70%. Tanpa banyak gula, lemak tepu ataulemak sayuran. Mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.(That's why rasa dia pahit sikit. Orang kata semi sweet Tapi still syok bila makan. Aku suka yang ni.)


Coklat putih.


Mengandungi  20%  lemak sayuran(coco butter) tanpa sebarang koko asli. Sisanya adalah gula, susu dan vanila. Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungai kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko. Boleh menyebabkan kerosakkan gigi dan diabetis.


Coklat Susu.


Campuran biji koko dan susu yang ditambah dengan gula. Kandungan koko hanya 20% -25%. Coklat jenis ini lebih digemari kerana rasanya enak. Jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.


       












Lemak Koko






Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.










Serbuk Koko


Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Minuman Koko


Satu lagi barangan akhir koko yang sangat dikenali dan digemari oleh pengguna-pengguna ialah minuman koko. Minuman koko boleh didapati dalam serbuk koko asli atau serbuk koko dengan ekstrak malt seperti MILO, VICO dan Ovaltine dan minuman pek sedia koko yang biasanya dicampur dengan susu segar. Minuman koko ini juga mengangdungi khasiat-khasiat seperti lemak, protein, vitamin B dan mineral. Nilai pemakanan ini akan bertambah, terutama kandungan protein dan kalsium sekiranya minuman yang disediakan dicampurkan susu.