Tuesday, July 31, 2012

Aku YaNG BeRDoSa

Assalamualaikum...
 hari ni nak update lagu Aku Yang Berdosa.
Liriknya penuh makna, lagunya menyanyat hati + menginsafkan. = SELAMAT MENDENGAR!!!


Aku Yang Berdosa – Shahir AF8 / Sham KamiKaze

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu

segalanya dusta
gelap menggaburi ku

Ya Allah, apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku..





jarijemarimenari: Chipsmore tetap chipsmore. Takkan nak jadi Biskut Marie kot!!


Thursday, July 26, 2012

KekeCoHaN MeLaNDa FB & TWiTTer GaRa-GaRa PLKN

Assalamualaikum..

OLLA!!


Sekarang ni kat fb aku semua pakat update status berkaitan PLKN.
Ada budak kelas aku yang dapat. Ada yang tak dapat.

Tahniah diucapkan kepada yang dapat apa yang mereka hajatkan. Maksudnya kalau dia memang berhajat untuk dapat PLKN dan dia dapat. Tahniahlah.

Bagi yang memang tak berhajat nak pergi dan dia memang tak dapat pun tahniah juga.

Tapi bagi yang tidak mendapat apa yang dihajatinya tu sabarlah. Ini adalah cabaran dan dugaannya. Allah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh HambaNya berbanding diri kita sendiri.

Sama ada dia nak pi tapi tak dapat pi ataupun dia taknak pi tapi dapat pi. Berfikiran positiflah.
Bayangkan kalau anda memang nak pi tapi tak dapat. Syukurlah sebab ada orang memang tak mau pi. Dan kalau anda dapat pi, syukurlah sebab ianya sekali seumur hidup dan tak semua orang akan merasai pengalaman itu. Hanya orang yang dipilih oleh Nya sahaja yang dapat merasai pengalaman itu.

Sememangnya pengalaman lebih bermakna berbanding harta. Kalau kita dapat harta, harta itu akan habis. Tapi kalau kita daat pengalaman, itu lebih bereti untuk menjalani hari-hari berikutnya.

bagi sesiapa yang nak try semak tu silakan..


jarijemarimenari:: Dah macam pakar motivasi dah..HEHE!!

UPDATE: Aimi Dzakirah,
                 Mohammad Wafiy,
                  Muhammad Asyraf Ali,
                 Muhammad Amirul
                 Noor Syahirah Ghani

Antara mereka-meraka yang dapat PLKN.

Tuesday, July 17, 2012

KeLaNTan (pARt 3)

Assalamualaikum..

Inilah part terakhir untuk Holiday aku dengan kawan-kawan di Kelantan.
 Hari terakhir ni banyak benda yang berlaku..
Tapi inilah kenangan terindah!!!
Pi sekolah semuanya bercerita tentang hal yang sama..

HARI KE- 3

~ Pagi tu kami dikejutkan dengan berita bas rosak! diulang BAS ROSAK!!!!
   Semua dah kecut perut.. Macamana nak balik.
 Tapi cikgu kata "Relax la, bas tengah diperbaiki"
 Kami:  "HUH! Selamat!"
Cikgu: "Kamu tunggu sat, pi makan dulu. Sat gi bas mai kita terus gerak."
Kami: "wokeyh cikgu!" muka semua semangat nak pi jalan. Maklumlah last day..

Sejam kemudian..

Kami: Mana bas ni? Tak mai-mai pun. Dah sejam dah..

Sejam kemudian..

Aku dan Najla dah tertidur kat situ. geng yang lain naik bilik.. Semuanya tidur!!
Sungguh, lambat gila.

Akhirnya...

Cikgu: Jom semua, kita pi nak kereta cikgu, kita pi Kedai batik Nordin.
Kami: HUH! OH! OK! dengan muka mamainya!! Naik kereta cikgu dan terus ke tempat yang dituju!!


dari kiri: Anis Amira & Syifa'

Pandai ker pilih baju tu???

Kami!! Can you see me?


 


 
~ Disebabkan bas kitorang rosak, cikgu guna plan B iaitu, sewa bas persiaran. kitorang pun teruskan perjalanan ke muzium diraja (Istana Batu) (sorry lupa nama!)

terpaksa jalan kaki sebab bas tak boleh lalu!
Sesak!

 
Ruang tamu ke-2.
Suasana dalamnya memang mewah.
Ada lebih kurang 3 bilik.

~ Aktiviti bebas. Boleh pergi makan, membeli-belah di PSK atau pun jalan-jalan.
    Aku & Ekah terus pergi mkan. Dua-dua orang dah lapar gila. Anis & Syifa teman Fatin and the geng pergi PSK. Sempat juga diorang order makanan kat kitorang untuk  makan dalam bas.

~ Masa pertukaran bas. Bas yang rosak tu tak dapat dipulihkan. Boleh dibaiki tapi mengambil masa yang agak lama. Lebih kurang 2 hari. So, takkanlah kami nak extent dekat situ kan? Poket dah kosong, terpaksalah kitorang balik dengan keadaan yang tak selesa. Panas dan berpeluh. Tapi nasib baiklah dah nak malam. Walaupun kehangatannya terasa, kitorang masih boleh tidur dalam bas yang panas tu. See, how dasyat kitorang..Dah letih kan? Dah tak fikir panas ke tak. Yang penting dapat tidur.

~ Sempat juga kitorang singgah kat Bukit Bunga. Satu lagi tempat di Jeli. Itu pun sebab nak berhenti solat.




Fotografer: Nurislam
Model tak bertauliah : Syafiq
Promosi : Aku




At Bukit Bunga



Syafiq yang tidur!!

Aku yang tak tidur + Ekah yang tidur.
Tapi kenapa nampak cam aku peluk Ekah erk??
Ni semua Cek Lam punya pasal.
Orang baru nak perbetul muka Ekah dy dah snap!


Nina yang tidur!!
Mad yang tidur!!

See! Boleh tak korang bayangkan bertapa panas dan berpeluhnya kitorang dalam tu.
Dah macam orang stem dah.
Apa-apa pun ini memang kenangan yang terindah.
Tak pernah aku lalui semua ni.
Memang best.

THANKS TO ALL OF YOU

~TAMAT~


 Photo + camera by: Muhammad Nurislam. (thanks Lam bagi aku pinjam kamera!!)

jarijemarimenari: taktau bila nak pergi holiday macam ni lagi!!

Haapy Besday BELLA, MAK, ABAH

Hai Semua!!
Apo khabo?
( WAH TERTIBA!!!)

Hari ni dah pun 17 JULAI 2012
Dan hanri ni merupakan.....
JENG...JENG...JENG...
Sila buat muka seram sekarang!!!





TODAY IS BELLA'S BIRTHDAY!!!

Happy Besday To You
Happy Besday To You
Happy Besday To You BELLA
Happy Besday To You




Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Nabilla Syafiqa...
Allah Selamatkan Kamu


:: Semoga panjang umur,
Murah rezeki,
Diberkati Allah,
Diberikan kejayaan..
AMIN!!!






So, BELLa ni je lah yang mampu aku bagi!!!


Bulan ni juga merupakan besday mak and abah aku..
So, ini lagu khas untuk diorang...







Happy besday mak + abah..

jarijemarimenari:: happy besday untuk aku jugak!!! esok 18 JULAI 2012.
genaplah aku 17 tahun 1 bulan.. nak jugak!!!

Thursday, July 12, 2012

KeLaNTaN (PaRT 2)

Assalamualaikum..

HARI KE-2

~ Rombongan ke Pasar Siti Khadijah (PSK). Bayangkan, dari pukul 9.00 pagi kitorang dekat situ sampai ke pukul 2.00 petang.

Sebelum nak sampai ke PSK tu bas parking dekat Kampung Kraftangan.
Sepatutnya Kampung Kraftangan tu buka, tapi disebabkan kami pergi salah hari (Jumaat) maka, Kg. Kraftangan tu pun tutup. So, kami yang girl ni duduk la kat wakaf, tempat duduk yang di sediakan,  sementara menanti the boys habis solat Jumaat.

 The Boys at Kg. Kraftangan


The Girls at Kg. Kraftangan

Bila dah taktau nak buat apa.



PASAR SITI KHADIJAH

Aras 1:  pasar, (ikan, sayur dll)

Aras 2 : jual makanan kering (keropok kering, serunding dll) + kedai makan
Aras 3 : pakaian + tudung.

Sesampai je kitorang kat PSK tu, AKU + EKAH + ANIS + SYIFA..kengkawan aku yang shoppingholics tu memulakan pencarian. Memang penat + lenguh kaki. Masuk je dalam PSK tu kitorang terus menuju ke aras 2.

Cari barang makanan. Kalau ke Kelantan tak beli keropok ikan, tak sah la kan?
Anis :- keropok ikan original + budu + serunding
Syifa:- keropok ikan original + budu + serunding
Ekah:- Budu + serunding
Aku:- Serunding jerr

Niat asalnyer Anis & Syifa nak beli budu. Jumpalah satu kedai ni. Aunty Yam nama dia. Glamor you!!
Dia tunjukkanlah kat kitorang budu tersedap abad ini. Then dia tanya kami dari mana.Citer punya citer rupanya hari tu besday dia. Kitorang pun nyanyilah lagu besday tu untuk dia. Konsert free for you Aunty Yam. Memang syok. Orang disekeliling hanya mampu memandang dengan muka yang penuh dengan kebluran. Dah penat round kat situ, kitorang meneruskan perjuangan mencari barang (aku dipaksa ikut ekspidisi yang memenatkan ini yerr). =,=!!!

Sampai Aras 3, ada satu cerita lah satu cerita lagi

Kakak penjual: Adik ni dari mana? USM ke?
Aku: Hah! USM? (senyum sambil menyapu tapak tangan ke muka). Amin.. kami SPM pun tak lepas lagi.
Kakak penjual: La.. yeke? Baru Form 5 la ni?
Anis: Ye kak.
KP: Eh, cantik la adik ni pakai selendang. (Anis la tuu..)
Anis : Eh, bukan slendang la, tudung bawal biasa je.
             Dan tutorial selendang pun bermula.
KP: terima kasih la dik yer.
Anis: sesame kak.
KP: Akak doakan semoga korang semua berjayalah dalam SPM nanti yer?
Aku, Ekah, Syifa, Anis : Amin...

Kat bawah PSK tu ada abang ni. Dia jual kuih Apam manja. Very small + cute.
Lepas kitorang habis tawaf  PSK, kami ke...

~ Shopping mall. Ni semua Ekah punya pasal. Dia ni memang hantu kasut. Kebetulan ada sale kat mall tu, terus dia tarik tangan aku yang dah tak larat ni masuk mall.

~ Kedai /butik Peace pun kitorang masuk juga sebab nak habiskan masa. Yela, dah tak tahu nak buat apa kan? Masuk je lah mana-mana kedai yang berdekatan.

~ Patah balik ke Kg. Kraftangan. (Huh! akhirnya)

~ Petang tu kitorang ke pantai menghilangkan penat..

~ Malam tu bila cikgu cakap nak keluar aku dah surrander awal-awal. Dah tak larat gila. Tapi cikgu cakap keluar kejap je sebab nak pergi makan. So, suka, tak suka keluar juga la. Tertiba emergency announcement. Bas rosak. Tengah perbaiki. Agak bebai la juga, tapi kitorang semua pergi makan dekat stall yang berhampiran.

-Kami dah masuk satu stall ni, Nina siap gabung-gabung meja lagi. Tiba-tiba pak cik tu mai dan kata "Sorry dik, makanan takda lagi, pukul 9 baru sampai".

Hadoi... malu bukan kepalang.. semangat je susun-susun meja. Lastly makanan tak de...
Tapi kitorang semua dapat makan juga dekat satu stall ni.

We are the girls!! ^_^

Saje aku nak tunjuk cabai je kat korang..


jarijemarimenari: Nantikan episode terakhir Kelantan Part 3.


uPDaTeD BLoG

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama, barulah ada rasa nak update blog.
Hehe.. : )
Ayah aku selalu jer bising bila aku baru nak on lappy ni.
Diulang yerr, baru nak on..
Biasalah kita budak SPM, KAN?
Lately aku sibuk dengan kawad kaki.
Sekolah aku akan adakan Hari Jualan dan Pertandingan Kawad Kaki ada 14 JULAI 2012.
Hari Anugerah Kokurikulum pula diadakan pada 15 Julai 2012.

Tu yang semua pakat sibok nak berkawad tu.
Nak kena ingat step.
Aku pun dok berkawad dalam rumah.
hehee : )

Ntah menang ntah tidak.
Tapi doakan jelah yang terbaik yerr.

jarijemarimenari: SPM hanya tinggal 116 hari lagi jerr...

Sunday, July 8, 2012

KeLaNTaN (paRt 1)

Assalamualaikum...


RELAX 3!!! bagi sesiapa yang rasa nak penampor atau segala pe lagi kat aku..
Bukannya sengaja aku tak update..
Kesibukan sekolah..(bajet jadi menteri!!) + keyboard lappy yang rosak memaksa aku untuk tak update..


So, untuk entry kali ni aku nak citer lah sikit pasal percutian aku dan teman-teman ke Kelantan..
Hehe..Bajet jer lebih.. Rombongan sekolah la..


HARI PERTAMA.

~Pagi pergi sekolah macam biasa =,=!!!

~Pukul 10 pg. baru bertolak ke Kelantan.

~Bila dah masuk Zohor, berhenti kat puncak (kot! aku xtau nama tempat tu..) solat zohor+ asar [(jamak+qasar sekali) + tangkap gambar]


Ekah + Anis

aku sorang-sorang

dari kiri: Ekah, miss xtau nama(budak form 4), Najla, Hanis, Anis, Syifaa 


Dari kiri: Islam, Syafiq, Mad, Hisyam, Asyraf


~ Sambung perjalanan ke Kelantan. Tadi tak tidur sebab excited nak pi Kelantan, tapi kali ni tidur sebab penat possing...(Air paip kat sini sejuk gila.)

~Sampai pun kat Kelantan..Penat gila soit!! Cheak in kat SABA INN.

~Pukul 8.00 mlm keluar lagi.. Kami pergi Pntai Cahaya Bulan (PCB) + Wakaf Che Yeh (sangat sakit kaki berjalan..)

 Makan3!!

Bayar3!! 

Anis



Lihatlah wajahku yang segar bugar selepas makan..




Kat restoren ni la kitorang makan..
Promosi pulekkk

~ Kitorang makan hidang kat sini.
Nasi + telur dadar + kailan ikan masin + tomyam = RM 70.
kitorang ada 7 orang..So, korang pandai2lah kira yerrr!!

~Habis je makan kitorang terus ke Wakaf Che Yeh(WCY).WCY ni kera macam pasar malam @ uptown la. Banyak kain nak buat baju + t-shirt + tudung.. 
 * kalau nak beli tudung arini tu better beli kat sini berbanding Pasar Siti Khadijah. Sebab kat sini lagi banyak pilihan.*
  *kalau nak beli tudung bawal better beli kat PSK sebab banyak pilihan + murah korang boleh tawar sampai ianya jadi sangat-sangat-sangat murah. tapi kena pandai tawar la..*

 Budak lelaki di WCY

                                                                  Sementara tunggu bas..
  *dekat WCY aku beli keychain (RM18) sekolak. Dalam dia ada 12 biji. Tapi kat PSK lagi murah. RM10 sekotak.
* t-shirt grey kat adik Form 1 tu.
*blaus purple kat aku.

~ Balik jer dari WCY aku terus tidur.. Sangat-sangat letih + penat + mulut aku ada ulser.. Sangat tak suka.. Nak makan pun susah.