Sunday, October 19, 2014

DuSTA berKaLaNg

Dusta Berkalang live

Semua yang nista
semua yang dusta
Tidakkan tertahan
tidakkan tersimpan

Jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa

jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Ranumnya sang bulan
manisnya sri bayu
hanyalah puraan
di alam khayalan


jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya


Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa


Ya...

Dalam ombak hidup
kita yang layari
jangan kau tengelam
di arusmasa
harus kau kemudi
pulang ke hakiki

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa
jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa

jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya
jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Pre: Pulau Bidong vs Cuti sem.

Assalamualaikum...

Hmmm... penat naik bot discovery tak habis lagi ni. Memang aku betul2 baru sampai. beberapa jam lepas. terus ada semangat nak update blog. Aq cuti midsem 17-26/10. Tapi cuti aq ah burn beberapa hari. Sebab ada kelas scuba. Kelas ni hanya 40 orang ja yang ikut. Yang lain nanti akan ke Marang untuk aktiviti surface. Kiranya dyorag ni blajaq pasal atas kapal la. Macam best kan?Aq pun rasa macam best. Aq pi Pula Bidong 17 pagi sampai lah hari ni, 19/10. Malam ni baru nak bertolak balik SP. Kat Umt ni dah sunyi dah sebabnya budak dip. suma dah cuti. Budak degree pun dah balik. Tinggal beberapa orang ja yang tak balik. Sadis.. Nasib baik banyak ja kedai2 makan yang bukak. tak de lah gangguan makanan kat sini kan.

Panjang berjela aku cerita ni, tak dak satu pun cerita pasai Pulau Bidong. Bukan taknak cita tapi gambaqnya belum ada kat tangan aq. Aq pi sana tak bawak sebarang gadjet. Malas nak jaga. lagipun kat sana bukannya ada network sangat. So nnti aq update balik k. letak gambo2 yang bez skit.. N cerita kat korang apa yang aq buat kat sana. K... jangan marah rr.. Nanti kena jual..

jarijemarimenari::Tak sabaq nak nak balik SP. 

Monday, October 6, 2014

#THROWBACK: JALAN-JALAN TERENGGANU

Assalamualaikum..

Malam ni tertiba rajin nak mengupdate entry walaupun mata nie dah mengantuk. Tak pe kalau mengantuk sangat, esok kita sambung la. Bukan nak lari pun kan?

Kes yang rajin nak update sebab aku dah upload photoscape. Aq pun bukannya rajin sangat nak edit2 ni. Bila tiba waktunya ja yang aq rajin. Waktu-waktu lain jangan haraplah. Tapi satu hal@ benda yang memang aku buat sebelum aq masukan gambao dalam blog, tag dulu. Walaupun korang boleh crop n buang benda/ tag tu tapi tak yah lah buat. Sian kat orang yang tangkap gambo tu. Penat cari idea nak edit+tangkap gambar. Kan? Panjang pulak aq bebel ni. Hehehe.. MIAN(SORRY)

Aq daftar kat UMT 2/9/14. tapi 30/8/14 aq dah bertolak ke Terengganu.Nampak tak semangat dy tu? Haha.. Misi utama ialah berjalan-jalan cari makan kat Terengganu ni dulu sebelum aq masuk UMT. Kiranya 2 in 1 la ni.

Kereta 1 (dr SP): Mak+abah+aq+dekna+khalis
Kereta 2 (dr Perak):ngah+opah+p.long+m.long+arif
Kereta 3 (dr Pahang): P.su n his family.

Memang meriah lah kan.

Ni lah homestay yang aq n family duduk.
Tengok aq siap promote lagi homestay ni. Kawasan perumahan dy agak baru. Tapi rumah dy rumah conner lot. Ni je yang aku mampu kongsi dengan korangpasal homestay ni. Nak tau lebih2 kenalah call sendiri. Lebih puas hati gitu. Aq sempat la juga jalan-jalan kat kawasan sekitarnya.

 Nie salah satu tempat yang aq singgah. Lorong Cina. Lorong cina ni memang mesteri sikit. Korang kena alert n sensitif. Baru korang boleh jumpa dengan lorong ni. Lorong sempit je. Keta memang xmuat nak lalu. Jalan ni juga sesak sebab jalan raya dy pun sempit. Bila kereta dah mula parking kiri kanan, memang tak berapa muat la kereta lain nak lalu. Kesabaran yang sangat tinggi diperlukan di sini.

Lorong kasut


Lorong mangga cinta. 
Hah! Cakap pasal lorong mangga cinta ni. Bagi sesiapa yang nak sangat or teringin sangat nak try macam kat Korea tu. Tapi tak berapa nak mampu la kan. Takkan nak pegi Korea semata-mata nak membuktikan cinta korang tu kan? Datang je sini, Walaupun x seagung n semeriah kat Korea, tapi boleh la untuk permulaan. Tapi aku xgalakan lah untuk yang muslim. Ini hanyalah info sahaja!!!




Kat tepi tu ada telefon buruk. Tapi gambo yang akutangkaptu tak menarik perhatian untuk tontonan umum. So, aku x letak lah.

Lepas tu kitorang jalan-jalan kat Pasar Payang. Perghhh, ramai gila orang. Nasib aku tak penah pergi tempat ni. Kalau aq selalu pergi, kompom aku balik je dulu. Esok baru datang balik. Aku ni bukannya suka sangat bersesak-sesak dengan orang ramai. *nilah perangai buruk aq*


Dalam kesesakan Pasar Payang tu, aku jumpa sorang budak kecik ni. Comel nor beliau dengan gaun bendera. Sebabnya hari yang aku keluar tu memang Hari Kemerdekaan. Bagus betul bapa dy ni kan? Korang penah ke rasa pakai baju bendera ni?



Part ni paling best. Semua junk food murah-murah. Walaupun kurang baik untuk kesihatan, aq pejamkan mata demi ikutkan nafsu yang membuak-buak nakkan junk food yang segala bagai tu. Hehehe.. Sekali sekala! Tak pa kan?


::jarijemarimenari: Sorry lah kalau da tak menarik blog ni. Rasa macam kena mula dari awal balik. Belajar step by step. Tapi kekangan masa. Insha-Allah! doakan yang terbaik untuk aku k!!!! Hwaiting.

Saturday, October 4, 2014

Tempat BARU, Teman BARU, Suasana BARU, Semangat BARU.

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang tertulis ditajuk. Aq memang dah sambung belajar selepas beberapa bulan memengang jawatan penganggur. Tapi xdelah mengganggur sangat. Sebabnya aq kerja. 

Kalau dulu aq study kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), kali ni aq dapat sambung belajar kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jauh x?

Jauh tak jauh 8 jam jugak la aq kat dalam keta tu. Memang bosan la duduk ja kan dalam keta tu. Dari KEDAH ke TERENGGANU kot. Nak buat macam mana rezeki aq semuanya jauh2. 

Aq dapat kursus KIMIA ANALISIS & PERSEKITARAN. MACAM MANA kursus tu? Aq pun tak tau nak jawab macam mana sebabnya aku pun baru sem satu. Dan apa yang aq belajar tu memang basic lagi.
-Organic chemistry
-inorganic chemistry
-analytical chemistry
-chemical safety & security
-physical chem.

Selama ni aq pun hanya tahu chemistry je kan. Tertiba masuk sini, hamek kau. Ada lagi pecahannya tu. Tapi Alhamdulillah. semuanya yang kita pernah belajar dulu kat matrik or STPM. Memang aq pun buat ulangkaji pakai nota matrik dulu. sebab lagi mudah nak faham. Cumanya ada lah sikit2 yang nak kena add up. 

Kat UMT dah tak panggil fakulti lagi. Panggil Pusat Pengajian. Jadi kursus yang aq ambil tu bawah Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitar (PPSMS). Kat dalam PPSMS ada 4 kursus:
-KIMIA ANALISIS & PERSEKITARAN (KAP)
-BIODIVERSITY (BIO-D)
-BIOMARINE (BIO-M)
-SAINS SAMUDERA 

Untuk 4 kursus ni, kitorang ada kursusu sepunya. Untuk sem ni:
-KAP & SAMUDERA (Sains Selaman Skuba dan Kelesamatan Air)
-KAP & BIO-D (Chemical safety & security)

Yang ni je lah yang mampu aku cerita kat korang. Sebab aq ambil kursus ni. Kalau yang lain aku tak berapa tau sangat la.

::jarijemarimenari: Lama tak menaip, agak kaku dan lambat gitu.