Monday, March 11, 2013

New Entry In New Life

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Wah!!! Kemain beso salam aku.. hehe.. baru hari ni aku berpeluang nak update blog yang semakin berhabuk hari demi hari ni.. *ayat rindu cikgu bm ni. Ok aku admit memang dah TTTTEEEEERRRRRLALU LLLLAAAMMMAAAA aku tak update blog. kalau dulu alasannya nak study.. SPM dah dekat kan? Sekarang? Ada alasan lagi?? Hm.. kadang-kadang kita bukan mencipta alasan, tapi alasan tu datang sendiri.. hmm? boleh percaya ke? Betul, tak tipu.. Tak caya?? Ok!
 
Contohnya lahkan..
 
Korang bangun pagi.. lepas solat subuh, korang pergi jogging.Balik rumah dalam pukul 7.45. Lepas makan, mandi korang pun nak update status kat fb ke, nak tweet ke, upload gmbar kat instagram ke, apa-apa jelah janji memerlukan anda menggunakan internet. Bukak je internet, sekali dia tulis tak de network. Apa korang rasa?
 
Kalau yang sopan dia akan cakap 'apahal plak ni?'(sambil garu-garu kepala)
Tapi kalau jenis yang memang kurang sopan sikit, memang terkeluarlah segala perkataan yang kurang enak didengari. Hm..
 
Korang mesti fikir, ni mesti tak bayar duit internet ni. Hm.. kalau korang punya tugas memang itu, memang patut start motor pergi bayarlah. Tapi kalau tu tugas ayah korang. Boleh ke start motor pergi bayar? Memang boleh, tapi fulusnya nak cekau mana? 
 
Apa yang paling penting, kenalah terima keadaan kita sebaik-baiknya. Aku ni memandai je menulis, sekali kena batang hidung, meraung tak berlagu lah. Aku pernah dengar ada seorang ustazah ni kata sekarang ni memang ramai orang yang pandai bercakap. Tapi nak cari orang yang melakukan perbuatan yang diucapkannya itu terlalu sukar.
 
Maksudnya, kalaulah orang tu dia kata kepada rakannya yang bermana A supaya sabar kerana si A ni telah pun kehilangan ibunya.
 
"Sabarlah A, Allah lebih menyayangi ibumu." kata B.
"Kau tak tahu macam mana rasanya bila kehilangan ibu B. Kau masih ada ibu. Kau tak faham."ujar si A
"Sabar A, Sabar! Kau kena reda dengan pemergiannya"kata B lagi. Setelah dipujuk oleh B, Apun redha dengan kematian ibunya.
 
Suatu hari, Si B kehilangan adiknya akkibat kemalangan jalan raya.
 
Si B sudah pun meraung. B terus memeluk rakannya itu dan menenangkannya.
"Sabarlah B, Allah lebih menyayangi adikmu"ujar si A
"Sabar, sabar! Aku ada adik seorang je tau. Sekarang dia dah takda. Kau nak suruh aku sabar lagi? Aku tak boleh sabar tau. Dia adik aku, satu-satunya adik aku.!!!"jerit Si B
"B, dulu kau ingat tak? kau pernah tenangkan aku masa ibuku meninggal dunia. Kini tibalah giliranku untuk menenangkan dirimu. Semoga kau juga reda dengan pemergian adikmu."ujar A
 
So, moral of storynya, kita senang je cakap sabarlah, redhalah, ini mungkin takdirnya. Tapi, bila musibah itu datang sendiri pada kita, kita sukar mempraktikkannya. Tapi apa-apa pun cubalah yang terbaik untuk praktikkan apa yang kita cakap. Bak kata omputih, practice what you speech.
 
jarijemarimenari::ntah bila lagi boleh update... 

No comments: