Tuesday, July 9, 2013

Selamat Berpuasa & Atuk.

Assalamulaikum..
 
Selamat menyambut Ramadha al-Mubarak yang akan tiba esok. So, malam ni jangan lupa tarawih. Jangan ada yang buat2 lupa ye.. Tarawih dah start. Ni first time aku sambut puasa berjauhan dari keluarga. Aku kat Johor, parent aku kat kedah. Rasa pelik jugak la kan. tapi insha-Allah ok je kot. Tak da masalah untuk bangn sahur. Sebab aku memang jenis bangun awal. Paling lewat pun pukul 5 mesti bangun. Student lah katakan. orang kata awal pagi bagus sebab suasana senyap. So, apa yang kita baca or study cepat diserap.
 
 
Untuk entry pertama aku di Johor Darul Takzim ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Semoga Ramadhan kali ini membuatkan aku lebih tabah menghadapi cabaran, dugaan dan halangan-halangan hidup.
 
Pada masa yang sama aku sedih jugak. Atuk aku, dah meninggalkan kitorang untuk selama-lamanya pada 8 Julai 2013, jam 7.45 pagi. tapi aku dapat berita sedih ni pukul 11.28 malam. Kalau tak sedih bohonglah. Last aku jumpa atuk sebelum Allahyarham pergi Makkah kali kedua untuk buat umrah. Kira-kira sebulan lepas. Balik umrah tu Atuk ada masalah paru-paru berair. Pakcik cakap Atu nak buat operation lepastu nak pi rumah aku sebab nak masuk merto kat situ. Tapi tak sempat.
 
Aku telefon opah tadi tanya macamana. Opah cakap dia sihat tapi hati je xberapa sihat. Hm.. memanglah kan. Dah 55 tahun hidup bersama. Maunya xsedih. Tapi ajal maut di tangan tuhan kan?
 
Aku pernah berangan nanti kalau aku nak kahwin, aku nak atok interview future husband aku. Aku nak atok yang nikahkan aku nanti sebab aku cucu perempuan pertamanya. Malangnya, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan kan?
 
jarijemarimenari::Al-Fatihah untuk Atok. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan menjadi penghuni Jannah Mu.

No comments: