Sunday, December 6, 2015

Alkisah MJM 2015


Walaupun lagi 3 minggu final exam akan start, maksudnya dah nak habis sem 3 la kan, aku tetap nak update pasal MJM haritu! HAHA! Tak kira! nak update gak!!!!




Untuk MJM haritu, aku dibawah unit Keselamatan! Alhamdulillah, sepanjang 3 hari MJM takdak la apa-apa yang tak dingini berlaku.

Hari pertama,
Pendaftaran start pukul 9.00am. Tapi biasa lah, parents yang nak cepat memang smpai awal. Tapi nasib baik, kami dah siap sedia kat tempat letak keta. Untuk sesi pendataran ni unit keselamatan, kenderaan dan runner bergabung. Kami ada 3 checkpoit yang kena jaga. So, oklah. Cumanya bila kenderaan x boleh bawak masuk ke dlam hostel, parents mulalah mengeluh. Sebab nak tunggu bas or van yang mengangkut tu lambat. Lambat bukan pasai pa, dari checkpoint yang aku jaga tu,(cp A) kena lalu kawasan yang paling sibuk dalam UMT ni, kawasan utama lah katakan. Tu yang jem sikit.

Student pulak terpaksa berdiri ikut giliran bawah panas matahari yang memang terik! Perghhh!!lagi la membahan parents ni. Bukan kami tak mau bagi duduk bawah khemah, tapi tak cukup tempat. Tak cukup Khemah yang disediakan. Terpaksa berbahagi, Sama ada parents yang duduk bawah khemah, or student. Pilih lah yang mana! Haha.

Tapi lepas dah tak ramai sangat tu, kami bawak la student duduk bawah khemah. Tapi parents pun terpaksa lah berkorban sikit, kena bagi ruang buat anak-anak. Dan alhamdulillah semuanya ok! TQ geng! You guys memang osem!!

Hari kedua dan ketiga,
Aktiviti dijalankan. macam biasa lah. Fasi kan.. Tidoq lambat bangun awai.. Tambah-tambah budak keselamatan. Sebelum student nak pi mana-mana, kami dulu kena berbaris sepenjang perjalanan. Sebelum student nak balik asrama, Kami jugak yang berbaris dulu nak sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, dapat kmpulan yang sangat bertolenrasi. Gilir-gilir kami pi makan, solat dan sebagainya. Bagi fasi part paling best part dok dalam dewan. Memang heaven la.. sebab kami da tak ada kerja nak buat dan masanya untuk TIDOQ!!

Bila sesi LDK, memang ang kena pandai tackle student la. Aq pun bagi la no. telefon, in case kalau depa ni ada emergency kan? Dan sammpai sekarang masih ada lagi yang wassap aku semata-mata nak tanya macam mana nak buat lab report! Hadoi sayang! hakak dulu pun balajo sendiri haha.. Pandailah ko nak hidup dek oi!! Aq tolong mana yang mampu ja lah. sebabnya silibus depa ni dah lain dengan kitorang. So, takut nanti salah bagi information, nama aku dak yang naik kan?

Habis 3 hari MJM, Alhamdulillah! Sebab dapat tiduq dengan nyenyaknya! haha.. penat memang penat, tapi pengalaman tu penting, xkan dapat kat-mana-mana!

::jarijemarimenari::nak apply jadi fasi lagi boleh??

Friday, December 4, 2015

Dah habis sem 3

Assalamualaikum...

Since dah berkurun aku tak begitu aktif kat blog ni, aku pun da tak dak banyak idea untuk tulis. 

Sem ni merupakan sem yang buat aku takdak life r. Seriously! Nak mengeluh pun, dah nak habis sem aku lalui. So, dah selamat!

YEEAAAYYY!!

Sem ni memang kaw-kaw punya KIMIA ANALISIS DAN PERSEKITARAN nya tu. Kalau kat sekolah ka, kat matrik tu, tau kata ada satu jenis kimia ja. But, bila da masuk uni, ni, baru lah terbeliak bijik mata! Baru tau berapa banyak kimia yang ada sebenarnya.

Antara subjek yang aq blajaq sem ni,
  • Kimia tak organik
  • Mekanisme dalam kimia organik
  • Kimia fizik
  • Statistik untuk kimia
  • Teknik spektroskopi dalam kimia analisis
  • Teknik pemisah dalam kimia analisis
  • Kimia alam sekitar
  • Tamadun asia dan tamadun islam
  • 3 lab!
Ni salah satu sebab pasaipa aq sesangat lah jarangnya bukak blog and update. Tak dak life weyh!

So, salah satu cara untuk aq hilangkan stress adalah join the club!
Just A CLUB actually!

Nak join banyak-banyak club tak terbawak pula nanti.

So, aq harap pada hampa semua yang baca blog ni (kalau lah ada, kan???), silalah memaafkan diri aku sebab tak selalu update blog. 

tapi aku rasa being super duper buzy is normal to someone who become a student, right?

kalau tak buzy karang cakap tak study pulak kan?

So, my final exam just around the corner. So, apa tunggu lagi!!! STUDY LAH WEYH!!!!

::jarijemarimenari:: best gila tengok senior-senior da grad! AQ PUN NAK GRAD!!!

Thursday, August 13, 2015

Setahun lalu...



Hai everyone!

Tak sangka, da setahun aku belajaq kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Banyak kenangan? Memang banyak walaupun baru 2sem. Lagi 2 minggu pula aku nak balik UMT. Kembali berkhidmat.. haha ayat.. kennot go sangat.

Dengan rela hati aku jadi fasi, tapi yang tak tahannya, interview dia dalam bahasa inggeris. INI SEMUA POYO!!! dan Alhamdulillah, aku dapat jadi fasi. ok lah tu, pengalaman baru.

Bila budak-budak baru masuk semua like page freshie n tanya macam2, tertiba aq teringat aku dulu.. Aku dulu pun 24 jam bukak page tu sebab aq ni jenis pemalas nak ulang2 benda yang sama. Takut senior2 tu boring kan.. asyik tanya soalan yang sama ja. so, kalau aku ada soalan, aku scroll smpai bawah or smpai kat mana-mana yang aku larat untuk tengok soalan yang aq nak tya tu ada tak lagi orang tya..  

Sesapa yang dok risau gila pasai orentasi tu, xyah lah dok pikiaq teruk2.Bukan ada apa pun. Kalau kat UMT setahun lepas, Minggu jalinan Mesra(MJM) memang betul2 jalinan mesra. Memang setakat nak memperkenalkan uni kat budak-budak baru (aq le tewww). Tapi sebenarnya, aku rasa boring sikit la sebab kitorang duduk je dalam dewan tu tak ada apa-apa aktiviti. Dengar je ceramah yang ada.

Aku harap modul/aktiviti tahun ni untuk MJM lain sikit. Jangan la boring sangat macam tahun lepas.

Bila orang tanya apa yang ang tau pasal UMT bila dah setahun belajaq ni, jawapan aq, cuba detail kan sikit. Nak tanya pasai apa ? Makan ka? Tidoq ka? Tapi selalu jawapan aku akan neutral. Ayat first mesti aku ankan kata, ''tengok orang la, tapi kalau aku, aku ok ja."

Sebab bagi aku manusia tu beza2 rasa dan unik. so, xda jwapan yang spesifik untuk setiap soalan.

So, kepada sesapa yang berjaya ke universiti, tak kesah lah kat mana2 pun, TAHNIAH!!!!

::jarijrmarimenari:: Sem 3 akan bermula, perjuang harus diteruskan!!!! Keep fighting!!!

Thursday, June 18, 2015

DINNER AECC

Assalamualaikum..

Dah habis semua kuliah, aq pun tinggal lagi 3 paper sebelum balik rumah. So, kengan sepanjang setahun ni memang berbekas la. Ada manis, ada pahit. Aq terima dengan hati yang terbuka. Dah kalau manis je memanjang, diabetis pula. KAN??

So, course aku dah pun buat dinner yang diterajui oleh senior tahun 2!

with the 3rd year senior. GEMERSIK senior as well. 
siap dapat KING OF THE NIGHT ! Tang mana kingnya?? haha!


Jejaka2 pupus course aq. Sedih! Yang mana satu berkenan boleh pilih.. haha


Feeling Princess sebentar.. Siapakah Prince nye??? Jeng3!!

with the gorgeous princess ever

pentas yang simple! Just nice!

Inilah senior2 yang bakal bersara lagi seminggu! haha! tahniah semua n insha-allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi k!

menu of the night!

Dinner kami malam tu dekat Duyung Marina Resort!

::jarijemarimenari:: Lama x makan kat hotel! huhu!!

Happy BornDay to Me

ASSALAMUALIAKUM.....

Memang da lama gila aq x update blog, n tertiba je update pasai bday aq kan. XMALUUU!! haha!

Tolong Ampunkan Hamba wahai tuan hamba sekalian. Bukan xnak, tapi x teringat! Hehe, alasan, x munasabah langsung. Dah tutup cita!

Pepagi buta, (dlm koi 12 tgah malam cam tu adik aq mcj) hb katanya. Aq pun, owh puasa! haha! Sbb waktu tu tgah layan youtube, so xsdar. Ada la my little sweetie ni buat voive note kat aq, soh aq jadi shopping patner dy forever. LIKE SERIOUSLY??? Haha.. aq pun x suka shopping, lagi nak g teman. 

Then, next activiti, bukak FB. Biasalah, kalau dah bday ni, memang ramai la yg nak wish. Wish je pun.. haha! (ramai ke? 7 pun x sampai.. haha..) sbb aq memang jenis pemalas nak wish kat orang. Bukan x ingat. Alam maya kan.. Kalau face to face aq wish je.. haha!!


yg atas tu xtahan, hello, kalau aq tua ang pun sama la.. beza 6 hari ja kot.. xyah nak poyo sangat..

yg bawah tu, aq x paham, memang x ingat ke, sengaja nak rahsiakan ke buat2 lupa umoq aq?? Confuse + curious..

BTW Terima kasih banyak2 kepada anda2 semua yg wish my bday. 
Selamat berpuasa juga kepada semua!  bye!!

Saturday, April 18, 2015

Misi Kasih Pusat Islam Ke Indonesia


Alhamdulillah, cuti midsem ni aq diberi peluang oleh Pusat Islam UMT utk ke Sumatera Barat, Indonesia. Bukan selalu kan nak pi negara orang. Jadi bila aku dapat je tawaran tu tanpa membuang masa walau sesaat, aq trus telefon abah kesayangan nak mintak restu dan persetujuan beliau untuk ke Indon. Setelah dipujuk rayu oleh aq n di soal siasat oleh abah, akhirnya abah pun bagi la anak dy g Indon! SAYANG ABAH!! HEHE!!

Bila dah dapat restu tu boleh la bagi tau mak pula. Mak pun apa lagi dengan penuh excitednya kirim barang macam2! Ok! Part ni aku lemah. Paling lemah sekali! Taste aq n taste mak memang berbeza. Tapi selalu bila mak pilih baju, aku ikutkan aja, malas nak bising. Ni yang aku takut ni. Tak tahu taste macam mana. Tapi sebagai anak, aku cuba untuk memahami taste mak aku. Mak pun apa lagi, terus wassap aku gambaq baju yang dy nak n warnanya sekali. So, berbekalkan gambaq yang ada aku ke Indon dengan misi Mencari Kain Pasang Buat Ibuku! Tapi sebelum tu aq dah warning dulu dah, kalau tak berkenan nanti, jangan marah!! Hehe!! Nampak tak taktiknya disitu???

Disebabkan aku memang tak pernah gi oversea sebelum ni (kecuali Penang), aku dengan pantasnya g buat passport. Harga 2015 (latest) hanya ada untuk 5 tahun terus. Harganya RM200.




Aq g Indon naik AirAsia. Kitorang semua naik kat KLIA2. Flight pukul 1300 10/4/15. Jadi pukul 2300 9/4/15 tu kitorang pun bergerak ke KL.







Sampai je kat airport Minangkabau, Padang, kitorang terus dibawa makan. Tentunya makan Nasi Padang!!!




Perjalanan ke rumah family angkat pula memakan masa lebih kurang 3 jam. Memang jawabnya tidur la. Sampai kat rumah family ngkat pun dah malam, dalam pukul 2100 waktu tempatan. So, dalam pukul 2200 waktu Malaysia.


Sampai je kat rumah tu, Ibu Yanti, Pak Eddy n Kak Lilis je yang ada kat rumah. Ibu ada 4 orang anak, Kak Lilis, n 3 orang adik lelaki. Tapi yang ada kat rumah cuma Kak Lilis n yang bongsu ja. Sebb yang lain dah masuk universiti. Kak Lilis pun ada kat rumah sebb cuti sem. Kak Lilis baru umuq 22 tahun, tapi dy dah tengah buat Master sekarang !!! Serious aq jeles!!

Inilah penginapan kitorang!Rumah Ibu Yanti! Cerita malam tu xde apa sangat sebb memasing dah mengantuk + penat. So, kitorang tidur je!!

Inilah sarapan pertama kitorang! Sangat comel!! Ibu Yanti ni cikgu. Tapi dy memang pandai masak. Dy pernah ke Malaysia untuk pertandingan memasak. Sekarang Kak Lilis pula ikut jejak langkah dy.

Ni Puding Kek yang Kak Lilis buat! Memang yummmmmyyyy gila!!!


ni antara pemandangan yang cantik masa nak g rumah family angkat.


Ni pula Istana. Pernah terbakar sebb disambar kilat. Dan dibuat semula mengkut bentuk asal dan dibuka kepada umum pada 2008 (kalau tak salah la)

ni pula kuih Neraka! Tapi rasanya macam lempeng kelapa n lempeng pisang. 








 Nampak tak kitorang punya semangat makan  bila ada masakan ibu. Memang superb!!!



 
ni waktu kitorang pergi ke Sekolak Anak-anak Luar Biasa.

Ni pula parabola, fungsinya cari signal tv!



yang kat atas ni kitorang ke Muzium Terowong Arang Batu

Ni pula kat Muzium Kereta api


Ni telur goreng! Dasyat kn? Tapi sorry la xde vdio nak tunjuk kat korang.



ni pula Terowong Jepun




baju2 kat sana memang cantik2. Suteranya pun cantik2 dan mahal2.
Ni  sedikit cenderahati dari kitorang untuk ibu


Ni tengah tunggu bagasi .. Kat KLIA2



Ni pula Ulya. Anak ustaz Mus. Budak manja sorang ni asyik cari ummi dy je..



 
antara pemandangan indah kat sana!!



ni antara hadiah utk family n friends.. untuk korang, tengok gambaq je lah..