Saturday, March 23, 2013

Outing with Friends..

ASSALAMUALAIKUM....

Hm, badan penat tapi demi blog TERRRsayang ni aku jegilkan mata untuk update. Aku baru je lepas menonton wayang dengan Bella, Tiqa, Ira & Balqis di Amanjaya Mall. Sampai je kat depan C-Mart tu terus naik atas. Pergi beli tiket wayang. Show pukul 4.10pm kitorang sampai dalam 2.20pm. Memandangkan masing-masing belum lunch, kami lunch dulu.

Aku: Kebab mix
Bella: Nasi + kuah sizzling + milo ice
Ira: Sizzling + milo ice
Tiqa: Kebab ayam + milo ice
Balqis: Nugget + milo ice

Abis je makan teros gi jalan-jalan sebab kitorang ada lagi sejam sebelum show.

Dalam pukul 4.00pm, kitorang pergi kaunter untuk beli popcorn + drinks.

Bagi aku movie ni ok. Tapi aku geli bila tengok Kris dok menghidu-hidu tu. Naik bulu roma aku. Comey tengok Afiq ikat rambut satu..Haha. Time J & Subra nak kena tumbuk tu dah boleh baca, mesti kalah punya. Time  J bagi ceramah free kat Haikal tu,  memang lawak walaupun cara dy sampaikan begitu serius. Macam over acting pun ada gak. Sampai aku rasa lawak dan bukannya serius. Seraca keseluruhan memang best. Aku bagi 8 setengah bintang per 10

lepas je kluar dri panggung wayang tu aku ngan bella teros pg ke TANDEEHH..tak tahan tuuu..hehehe..after that..aku and de gang go to bowling centre..apaaa lagi mau tunggu..bowling time la..main punye main..at last tu cikkbebe a.k.a bella la yang menang game tu..die memang teroorr gitu..no people can lawan dia..hahaha..itu memang diakui oleh jabatan yang paling berkuase di dunie..okeyh..dapat??? *aku tak main pun tukang tengok je.

afterr that lagi..we all semue ni turon la bawah untok balik..hahaha.. Sebelum tu sempat algi Aunty Bel ni gi beli roti kat Just Bread untuk dinner. Aku beli wafle je.. Oklah tu kan. Sebab dah kenyang. Malam ni Bel buat nasi goreng yang gila pedas. Aku memang da tak makan la. So, Bye.. Jumpa lagi di entry seterusnya.

jarijemarimenari::Entah bila lagi nak keluar macam ni.

Gendang Gendut Tali Kecapi..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sekali lagi perut ku sudah terisi. Bagi aku yang tak pandai rasa ni, semuanya sedap. Kan?

Semalam, abah bawak Bella, Ira & satu family gi makan di Leboss.

Ada lah juga 2-3 orang kawan aku yang kej situ. Adoi, segannya. Bukan apa. Selalu kawan. Tertiba jadi waitress plak. Adalah sedikit kejanggalan berlaku.

So, apa-apa pun segalanya sudah pun selamat dikunyah dan ditelan dengan jayanya. takda lagi yang tersekat di oesophagus kerana peristalsys tak dapat disempunakan. *ceh, bajet terror.
Adik aku yang paling semangat. Adoi, sabar je lah. Butang sampai ke atas!

Selalunya aku rajin nak membelit, tapi semalam, horman pemalas aku datang. So, tudung bawal yang dah siap di iron je aku rembat. Tu pun kebetulan pakai baju kaler hijau sama dengan tudung tu.

Masa masuk dlam tu, otak aku tengah terfikir. Apa aku nak makan ni. Cari punya cari, tampat takda kosong da..
Luckly, ada tempat kosong setelah beberapa minit kitorang tunggu. Menu pun sampai, Wah!!! Amek kau. Boleh tahan juga harga kat sini. Kalau aku yang kena keluarkan duit, mau menggigil aku. Walaupun untuk aku seorang. Ni time aku tak keja ok! Kalau dah keja tu, ok lah. Tak la nak ledekut sangat.

Setelah belek punya belek, keputusan dicapai.
Abah = Nasi kosong + tomyam (memang perut melayu)
Uwais = Chiken chop + black paper sause + salad + Fried chip + pepermint tea (order satu, serve dua)
Aku = Chiken bolognese
Bella = Macaroni & cheese
Ira = Macaraoni & cheese (tapi tak sampai)
Aina = Chiken chop +mushroom sause +  potato mash + garlic bread.
Mak & Khalis tak oder apa-apa pun.
Minuman = 1 jag lobak merah.

Memang kenyang GILA! Lepas tu ayah aku minta menu lagi. Yang aku dah garu kepala. Nak makan lagi ke? Aku dah full ni. Aku habis je makan chiken bolognese aku, Bella sua da punya macaroni. Walau pun diia punya sampai dulu, tapi dia punya yang last habis. Memang banyak la dia punya makanan. Memang layak la dia letak harga yang sebegitu. Dia punya sideline pun banyak. Aku rasa kalau aku makan sideline dia aja pun dah cukup. yang kali kedua, abah order mocha ice. Uwais pula order cappucino hazelnut ice blended. Khalis ambil aiskrim biasa, dekna ambil banana split. Aku hanya rasa serba sedikit. Semua satu sudu satu sudu.

Balik tu terus bukak tv. Tengok Cinta Kau & Aku. Novel Siti Rosmiza tu. Walaupun aku dah baca novel tu tapi aku still terpacak depan tv bila pukul sepuluh.

jarijemarimenari::Syukur atas segala nikmatMU. Kenyang perut senang hati.

Thursday, March 21, 2013

Ku Bersyukur Diatas Segala Nikmat Dari-MU

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa hari ini aku mula kan entry  aku dengan maksud dari bacaan Basmallah. Sebab bagi aku yang tak belajar bahasa arab ni, kita kadang-kala tertanya-tanya. Apakah masud setiap bacaan yang kita baca. Tak kisahlah yang simple ke, yang complex ke, mesti ada sesekali dalam hati kecil ni wujud pertayaan yang sebegitu bukan. Jadi, hari ini sengaja aku mulakan entry aku dengan maksud ayat Basmallah ini sebagai renungan bersama. Aku pun bukanlah manusia yang tahu segala-galanya. Sekadar berkongsi motivasi diri dan penghayatan yang indah tentang Islam setahu aku.

Apa yang difahamkan dengan maksud Basmallah yang telah aku terjemahkan. "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Sudah semestinya ALLAH itu SANGAT PEMURAH & SANGAT PENGASIH. Dan andai kata permintaan kita tidak ditunaikan oleh Allah, kita terus salahkanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Eleh Aty, ko kata senangla. Aku dah usaha tau, tapi tak dapat juga. Aku dah buat yang terbaik, tapi takda apa-apa pun. Hikmah apa yang aku dapat?' Pernah tak pertanyaan-pertanyaan keji ini menganggu fikiran. Aku yakin ianya pasti muncul dalam hidup korang walaupun sekali.

Aku mengaku, aku juga pernah melaluinya. Kadangkala, rasa putus harapan. Rasa dengki dengan orang. Rasa..semuanya salah orang. Aku dah buat yang terbaik, tetapi kenapa ianya bukan milik aku?

Setelah ketenangan yang dicari muncul barulah aku sedar, di setiap kali aku jatuh, akan ada insan yang sudi menghulurkan tangannya. Disetiap kali aku menangis pasti ada insan yang bekalkan tisunya. Mungkin insan yang datang dan pergi itu berbeza. Tapi apa yang aku boleh simpulkan. Disebalik apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. walaupun kita tidakmenyedari bahawa kita sedang menikmati hikmah itu.

Dulu aku ada rasa tak puas hati bila ada kawan aku ni dapat masuk mrsm. Padahal kalau ikutkan result, aku lagi tinggi pada dia. Setelah sekian lama aku berada di sekolah lama aku, dengan segala pencapaian ku. Mungkin ini lebih baik buat diriku. Mungkin inilah sudah ditetapkan buat diriku. Aku sendiri rasa, banyak yang dah berubah dengan diri aku. Menjadi seseorang yang lebih matang dalam menguruskan segala hal. Walaupun kadang-kala aku tersalah langkah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Jadi, kepada semua penunggu SPM setelah sekian lama. Syukurlah dengan apa yang telah anda kecapi. Sekurang-kurangnya itu hasil usaha sendiri. Apa guna straight A tapi semuanya meniru.Mungkin sekarang anda bernasib baik. tapi tidak untuk yang seterusnya. Jika ianya seperti yang anda harapkan, TAHNIAH dari aku. Andai sebaliknya, ini bukan pengakhiran buat dirimu. Masih banyak jalan yang harus dilalui. Jadi, laluilah ia nanti dengan kesungguhan yang lebih luar biasa.

Hm.. rasa puas sangat bila dah abis membebel. sori lah ye kalau korang rasa enrty kali ni tak ada apa-apa yang menarik. Aku pun tak bajet nak tulis panjang-panjang ni. tertiba je idea mencurah-curah. Sampai tak tertahan.

jarijemarimenari::Usaha LUAR BIASA, hasil LUAR BIASA.

Monday, March 18, 2013

Thanks EMMA

ASSALAMUALAIKUM...

Ini merupakan entry kedua aku untuk hari ini. Nampak sangat aku tak da keja lain. Haha. Lantaklah!!
Kali ni aku nak kongsi tentang kek. Ada lah sorang kawan aku yang sangat bersopan-santun ni, dia ni keje kat kedai kek! Eh! lupa nak cakap. Nama dia Emma. Dah macam Emma Watson, heroin filem Harry Potter kegilaan aku tu. *takda kena-mengena.

Once upon the time... aku mesej dy. Cakap nak beli kek melalui dy. Murah lah sikit. Nampak tak aku telah mengambil kesempatan di atas ke atas kawan aku?? Sila jangan ikut!! pastu dy tanya la, nak kek apa. Setelah kedua-dua belah pihak setuju dengan jenis kek yang dipesan, petang tu dia mai hantar kat aku. *ayat macam tandatangan perjanjian. Hiperbola sungguh. Tapi time aku nak bayar, dia boleh pula cakap tak payah. Nia nak marah ni. *ye ke?
Nak tengok kek apa? Betul nak tengok ni? Betul ni? Nah lah!! Tengoklah sampai terjojol biji mata korang!!

Nampak macam menyelerakan tak?
So, thanks girl for a slice of cake.

jarijemarimenari:: menaip sambil dengar Pakai Buang by Stacy

Demam, Kecut Perut, Takda Selera Makan..

ASSALAMUALAIKUM..

Aku comfirm, apabila korang terbaca je tajuk entry aku ni mesti korang fikir, sakit apa lah pula makcik sorang ni kan?? Sebenarnya inilah gejala yang dihadapi oleh STPM & SPM candidate. Result STPM sudah pun keluar pada hari ini. So, aku ucapkan TAHNIAH kepada mereka yang berjaya dan CUBA LAGI kepada mereka yang kurang berpuas hati dengan result masing-masing. *apelah cuba lagi, kau ingat ni gme ke boleh try again?

So, 21 March ni, giliran aku untuk menempuh hari bersejarah dalam hidup aku. Ini antara SEKARANG @ MASA DEPAN!!! Wah, sungguh dasyat ye. HUH! Maunya tak dasyat. Buat result ntah apa-apa, pengsan aku kat situ.

Tapi apa nak buat, dah jawab, jawab dah, sekarang tawakal je lah. Tapi bila dah dapat result nanti aku harap aku boleh lah terima kenyataan, walaupun kenyataan tu pahit. *ayat macam dah tahu je result aku berapa. Tak payah lah nak meraung sampai kena tutup telinga bagai. Kan?

Tak sangka aku, dah habis aku sekolah. Orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling best. Kiranya, zaman best aku dah habis lah!! Hm.. Patutkah aku bersedih???
Tepuk dada tanya selera.

jarijemarimenari::Selamat kembali kepada budak-budak PLKN Siri Satu!

Monday, March 11, 2013

New Entry In New Life

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
Wah!!! Kemain beso salam aku.. hehe.. baru hari ni aku berpeluang nak update blog yang semakin berhabuk hari demi hari ni.. *ayat rindu cikgu bm ni. Ok aku admit memang dah TTTTEEEEERRRRRLALU LLLLAAAMMMAAAA aku tak update blog. kalau dulu alasannya nak study.. SPM dah dekat kan? Sekarang? Ada alasan lagi?? Hm.. kadang-kadang kita bukan mencipta alasan, tapi alasan tu datang sendiri.. hmm? boleh percaya ke? Betul, tak tipu.. Tak caya?? Ok!
 
Contohnya lahkan..
 
Korang bangun pagi.. lepas solat subuh, korang pergi jogging.Balik rumah dalam pukul 7.45. Lepas makan, mandi korang pun nak update status kat fb ke, nak tweet ke, upload gmbar kat instagram ke, apa-apa jelah janji memerlukan anda menggunakan internet. Bukak je internet, sekali dia tulis tak de network. Apa korang rasa?
 
Kalau yang sopan dia akan cakap 'apahal plak ni?'(sambil garu-garu kepala)
Tapi kalau jenis yang memang kurang sopan sikit, memang terkeluarlah segala perkataan yang kurang enak didengari. Hm..
 
Korang mesti fikir, ni mesti tak bayar duit internet ni. Hm.. kalau korang punya tugas memang itu, memang patut start motor pergi bayarlah. Tapi kalau tu tugas ayah korang. Boleh ke start motor pergi bayar? Memang boleh, tapi fulusnya nak cekau mana? 
 
Apa yang paling penting, kenalah terima keadaan kita sebaik-baiknya. Aku ni memandai je menulis, sekali kena batang hidung, meraung tak berlagu lah. Aku pernah dengar ada seorang ustazah ni kata sekarang ni memang ramai orang yang pandai bercakap. Tapi nak cari orang yang melakukan perbuatan yang diucapkannya itu terlalu sukar.
 
Maksudnya, kalaulah orang tu dia kata kepada rakannya yang bermana A supaya sabar kerana si A ni telah pun kehilangan ibunya.
 
"Sabarlah A, Allah lebih menyayangi ibumu." kata B.
"Kau tak tahu macam mana rasanya bila kehilangan ibu B. Kau masih ada ibu. Kau tak faham."ujar si A
"Sabar A, Sabar! Kau kena reda dengan pemergiannya"kata B lagi. Setelah dipujuk oleh B, Apun redha dengan kematian ibunya.
 
Suatu hari, Si B kehilangan adiknya akkibat kemalangan jalan raya.
 
Si B sudah pun meraung. B terus memeluk rakannya itu dan menenangkannya.
"Sabarlah B, Allah lebih menyayangi adikmu"ujar si A
"Sabar, sabar! Aku ada adik seorang je tau. Sekarang dia dah takda. Kau nak suruh aku sabar lagi? Aku tak boleh sabar tau. Dia adik aku, satu-satunya adik aku.!!!"jerit Si B
"B, dulu kau ingat tak? kau pernah tenangkan aku masa ibuku meninggal dunia. Kini tibalah giliranku untuk menenangkan dirimu. Semoga kau juga reda dengan pemergian adikmu."ujar A
 
So, moral of storynya, kita senang je cakap sabarlah, redhalah, ini mungkin takdirnya. Tapi, bila musibah itu datang sendiri pada kita, kita sukar mempraktikkannya. Tapi apa-apa pun cubalah yang terbaik untuk praktikkan apa yang kita cakap. Bak kata omputih, practice what you speech.
 
jarijemarimenari::ntah bila lagi boleh update...