Saturday, August 27, 2011

Nak bALik Kg LahH

assalamualaikum,...

 Aq dah nak balik kampung ni. Tapi sebeluum tu aq nak gi cari seluar jeans dlu kat adik aku sorang neyh.. then baru la balik kg.. hmm.. tak taw la rasa apa..nak eppy tengok ayah aku cam moody jerrr.. nak sedih x syok la kan? coz nak raya n alik kg. so, aku sndiri pon tak taw apa yg aku rasa.

adik aku menyanyi lagiu tadika dy.

CeriTa Untuk KorAnG 2

Dahulukau mencintaiku
Dahulu kau meninginkanku
Meslipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku...

"Hmm.. sedapnya suara kawan aku ni. Tapi kalau tak menyanyi, lagila sedap. Aku kat luar ni dah berpelluh-peluh dengar kau nyanyi. Tula, aku suruh kau masuk AF dulu kau taknak. Kata nak sambung studyla, apala. Tapi hari-hari aku dengar kau melalak dalam toilet tu." bebel Suzi seorang diri. Ed pula dalam biliknya. Apa dia buat? Biarlah rahsia..hehehehe..

"Weyh, cepatla nanti tertinggal bas lagi la. Lagipun makanan dah siap la. Cepat la wei. Kang sejuk Tak sedap la." kata Suzi lagi.

"Yalah, aku datang ni. Chill man eh silap girl . Hehe.." balas Ed.

"Hm..sedap bau kau beli ke buat. Tak dengar kau berperangdekat dapur pun. Kalau tak macam perang dunia kedua. Er, selamat ke karipap kau ni? Kau tak adaletak benda pelik-pelik kan?" tanya Ed sambil tersengih.
Muka Suzi berkerut. Masam mencuka. Bukannya Ed tidak mahu memuji masakan Suzi secara terag-terangan cuma pernah sekali dia memuji masakan Suzi tetapi keesokan harinya Suzi memasak masakan yang sama tapi rasanya macam er.. tak tahu macam mana hendak tulis.Memang tak sedap la!!



                                                                             *

" Ok class, where my homework? Come on class. I just give you 5 minutes more. Then you'll rewrite it again."  kata Prof. Lili.

"Ed cepat la. Nanti kena rewrite." kata Suzi mengajuk gaya profnya bercakap.Sampai herot-berot mulutnya itu.

"Ok class. See you next class." kata Prof Lili sambil keluar dari dewan kuliah yang mampu memuatkan lebih 2000 orang dalam satu-satu masa.

"Huh! Siap juga akhirnya. Ed, jom makan. Aku ingat balik nanti malasla nak masak. Lagipun banyak benda nak buat." ajak Suzi. Ed ni jenis yang malas tak suka makan dekat luar walaupun dekatt kafe universiti diorang tapi masalahnya, Suzilahyang jadi tukang masak tak bergaji si Ed ni.

Lepas membeli makanan, diorang pun mengambil tempat duduk paling syok sekali. Suzi pula hanya membontoti Ed. Budak ni memang suka ikut bontot orang. Hahaha... gurau ja.

"Assalamualaikum, may I join both of you?" tanya satu suara. Ed yang tengah khusyuk makan mendongakan kepalanya.' Ceh, mamat ni ke.'

"Hm.. Kau nak apa?' tanya Ed kasar. Ish, ish, ish...takbagus buat macam tu ye adik-adik sekaliian. kita kenalah menghormati tetamu walaupun tidak diundang. Ok?

" Nak join korang boleh?" tanya Azri.

"Kalau aku cakap tak boleh?" Tanya Ed lagi.

"Saya nak duduk juga. Hm.. thanks." ujar Azri sambil duduk menghadap Ed dengan selambanya. Muka Ed sudah berubah tapi kata orang tua-tua. Jangan bergaduh atau bertikan lidah dihadapan rezeki. Tak baik.Oleh itu dipendamkan saja rasa kurang senangnya itu.

'Manusia macam ni pun ada ke kat dunia ni?' getus hati Ed.

Friday, August 26, 2011

sELokA 4SN1

Salam disembah pembuka kata,
Cerita dogeng benar pun iya,
Inilah dia 4sn 1 empunya cerita,
Kelas 'glamor' dan gila-gila.

22 hulubalang tonggak perjuangan,
 17 srikandi penyeri nanungan,
Pengurusan tebaik dalam genggaman,
Biarpun semua mereng dan sawan.

En. Husni 'daddy' kami,
Subjek Fizik pilihan hati,
Kamera Fuji selalu disisi,
Sebab cikgu 'photografer' sekolah ni.

Tubunhya tinggi Kylle namanya,
 Orangya tampan bolehlah tahan,
Monitor sempoi buat kami semua,
Kelas bising dia buat tak heran.

Zakirah Fatimah Assistant kami,
Orangnya cantik putih berseri,
Dalam kelas rajin sekali,
Datang sekolah naik bas Mami.

Pabila tiba awal bulan,
Dari meja ke meja dia berjalan,
Kutip hutang dari belakang hingga depan,
Itulah Anis Amira punya gerangan.

Kalau berbirak merekalah juara,
Tak boleh 'stop' bila ketawa,
Ntah apa yang mereka kata,
Itulah Fatin, Bee, Hanis dan Nina.

Kurus kering itulah Elfi,
Anak kepada Cikgu Wan Sukeri,
Setiausaha Majalah sekolah ini,
Azim ditepi pendiam sekali.

Bab merapu serah padanya,
Menyusik orang itu kerjanya,
kerja sekolah selaluu tak ada,
Faiz Yaakop punya cerita.

Inilah dia chef kami,
Nama penuhnya Muhd. Wafiy,
Kavienesh pula disebelah kiri,
'Baby' 'nickname'nya kami bagi.

Belum cerita dah ketawa,
Bila ketawa merahlah muka,
Gelaran 'Queen Water Eye' ada padanya,
Najla Anati punya cerita.

'Member' kamceng kelas sebelah,
Berkaca mata budak sorang ni,
Nama penuhnya Nur Atiqah,
'Nickname' da Aty!

Inilah dia Kak Long kami,
Memang sibuk kalah Menteri,
Tapi sempat lagi 'dating'
Itulah Aimi Dzakirah nama diberi
Sebiji macam H.Potter muka budak ni,
Tapi yang ini versi perempuan,
Dengan Uh Wei Wei kesana kemari,
Lee Ching Yee pula kuat ingatan.

Empat minachi kelas kami,
Valar, Deepiga, Lashu dan Abi,
Taufiq dan Nazreen dibelakang sekali,
Hajat dihati nak masuk universiti.

Jejaka 'macho' idaman Malaya,
Islam dan Hisyam itu namanya,
Dalam kelas selalu berahsia,
Ada makwe tak nak cerita.

Si gigi besi kurus melidi,
Bermata empat kecil sekali,
Selalu 'dating' sambil berdiri,
Itulah dia Muhd. Faez Azmi.

Nurul A'tikah nama diberi,
Hantu K-Pop minah sorang ni,
Suaranya pula lebut sekali,
Ikah pula 'nickname' dia ni.

Fanatik Justin Bieber depa dua ni,
Itulah Asyraf Ali dan Diana Iziany,
Tiket wayang boleh pula beli,
Suruh bayar duit kelas selalu lari.

Inilah dia apek kelas kami,
C.Fong, H.Guan, J.Hern nama depa ni,
Budak tak berapa 'nerd'dalam kelas ni,
Tapi gempak juga 'result' depa ni,

Syafiq dan Hafiz suka bersembang,
Dalam kelas tak pernah diam,
Mad juga turut menumpang,
Sampai ustazah Norma naik geram.

Perasan bintang 'Bollywood' budak sorang ni,
Dari Penang datang ke mari,
Nama Fazrul mak dia bagi,
Mata bulat besar sekali.

Logan, Shanon dan Hazreen lelaki sejati,
Selalu tolong Cikgu Noraini,
Kekadang bising Kekadang sepi,
Sampai kami dah naik lali.

Bohong sudah mengata pun sudah,
Biarlah kami mengundur diri,
Kami harap hampa tak marah,
 Andai ada yang terasa sendiri.

Biar kelas hangat lagi sensasi,
Kepuncak menara gading impian hati,
Doa dan usaha kami sertai,
Biarpun SPM setahun lagi.

p/s: kalu da sesiapa yang berkaitan dengan 4sn1 terbaca mintak ampun maaf yer...





Siti Nurhaliza Airmata Syawal

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

( ulang 2, 3, 4 )
( ulang 1 )
p/s: serius bile dengar lagu ni aq rase tersentuh gile, terharu, semua ada. Lirik dia memang menyentuh hati.

LaGU rAYa

SEMINGGU BERHARI RAYA(SENARIO)

Raya pertama dengan keluarga
Ayah bonda maaf dipinta
Adik-adik senyum selamba
Sarung ada duit tak ada

Raya kedua dengan saudara
Mak Long Mak Ngah Fatimah Uda
Yang tua bersembang kisah lama
Yang muda mengadap TV aje

Raya ketiga ke rumah kawan
Bekas murid satu tingkatan
Terhibur hati tak dapat bayangkan
Riuh macam pasar ikan

( korus )
Seminggu berhari raya
Kunjung mengunjung rumah terbuka
Jalinkan kasih sesama kita
Lupakan saja sengketa lama

Raya keempat yang istimewa
Ke rumah intan pujaan teruna
Tiba di halaman hatiku hampa
Kasut capal penuh di tangga

Raya kelima diajak teman
Jalan-jalan sampai ke pekan
Tengok wayang filem hindustan
Ayoyo duit habis belanja teman

Raya keenam rumah tok ketua
Harapan nak duit raya
Dihulur pula tabung derma
Balai yang baru nak dibina
Di mana!

( ulang korus )

Raya ketujuh berihat saja
Esok puasa enam pula
Habis puasa sambung beraya
Selagi syawal masih ada

( ulang korus )

sELamAt hAri RaYA.

Assalamualaikum..
tengok lah yerr...hayatilah kata2nya satu persatu..





Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam seluruh dunia.Raya maybe dalam 2,3 or 4  hari lagi. Aku pun dah nak balik kampunng esok(Sabtu). Jadi sekarang ni tengah kemas beg nak balik kampung. Tapi kerje sekolah tetap bertimbun. Adoi teachers kasi la chance, baru je malas nak buat keja kolah waktu cuti ni, tapi,hmm..harapan tinggal harapan je la..tak mungkin ckgu nak lepas kitorang raya tanpa homeworknyerr. Apa boleh buat, selagi diri digelar pelajar secara formal pasti ada homeworknya sabar je la.

Thursday, August 25, 2011

CiKgU-CiKgU kU tErSayAnG

assalamualaikum..

(ni la cikgu praktikal kami..cun kan??)

hehe hari ni update awl sikit coz.. ntah!! =)  xtahu apa perasaan aku dikala hujan turun ini..(tertibe terjiwang la plak). hari ni hari terakhir para guru-gru praktikal sekolah aku. Ngee sedihnye. Tapi bak kata Miss Sya Za setiap yang bertemu pasti berpisah. Kata-kata tu tak mungkin aku sangkal sebab sememangnya betul belaka. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak mampu/ tak kuat untuk menghadapinya. Terutama dengan insan yang kita sayang. But life must be go on. Kadang-kadang aku akui sebagai manusia aku lemah sangat. Aku mencari dimana kesilapan aku. Dan kadang-kadang aku temui apa yang aku cari tapi, tak semua soalanku, masalahku ada penyelesaiannya. Insya-allaha kan ku teruskan hidup demi mencari jawapan yang aku harapkan selama ini.

Miz Sya Za merupakan cikgu Bio kami. Mula-mula dapat tahu yang kami akan ada cikgu praktikal, satu kelas happy tapi nervous pun ada juga. Macam-macam dalam kepala kami. Cikgu baru ni macam cikgu lama ke? Lelaki ke perempuan? Baik ke garang? Comel ke tak? Cantik ke tidak? Kurus ke sederhana ke gemuk?Aku rasa semua pun macam tu bila dengar ada cikgu baru nak ganti cikgu lama. Perasaan tu bercampur-baur.Kalau diberi pilihan semestinya kami akan memilih cikgu yang pandai mengajar dan tak akan bagi homework tapi ada ke cikgu macam tu? Pertama kali bersua muka dengan Miz Sya Za kami terkesima. Mana tidaknya, wajahnya hampir serupa dengan wajah kawanku. Kalau dikatakan mereka adik dan kakak pun orang percaya, namun hakikatnya bukan begitu. Mereka tidak langsung mempunyai ikatan darah. Hanya saudara seIslam sahaja. Selasa lalu, merupakan hari terakhir kita orang bersamanya. Dalam ucapan tidak rasminya, beliu berkata:"Siapapun guru kamu, sejahat mana pun dia, seburuk mana pun dia, setak best mana pun dia mengajar. Jangan pernah melawan cakapnya, hormati dia sebagai guru kamu," Seriously dadaku sebak, dan ketika aku menulis sekarang pun aku masih lagi berperasaan sebegitu. Terasa betapa berdosanya kami terhadap Pn. Z. Aku akui, mungkin beliau berpengalaman dalam pendidikan, namun cara beliau mengajar tidak memuaskan hati kami. Ampunkan kami cikgu, rasa ini perlu diluahkan walaupun caranya salah. Mungkin begitu cara beliau mengajar. Namun , kami tidak dapat menangkap. Alhamdulillah, sepanjang kami bersama Miz Sya Za, keputusn testku meningkat. Beliau juga mengajar kami tentang sebuah keluarga. WE'RE HAPPY FAMILY. TERIMA KASIH CIKGU ATAS DIDIKANMU!!

Miz Qaseh Shu (QS) pula mengajar kami sivik. Sememangnya ku akui,pada waktu pengajaran beliau, kami sangat bising. Maklumlah dapat cikgu praktikal, kami bulilah cukup-cukup. Namun beliau tidak pernah marah pada kami, walaupun sebenarnya wajahnya sedikit serius. Betulah kata orang 'Tak kenal maka tak cinta'. Pada pertama kali aku bertemunya(secara tidak formal) aku berkata beliau seorang yang sombong dan garang.Tapi hakikatnya tidak!

Miz Carrot Susu(CS) pula megajar kami subjek sej. Beliau memang baik, namun pernah sekali gunung berapinya memuntahkan lava. Cikgu mana yang tak naik angin apabila muridnya lambat kekelas, pintu klas pula terkunci, kerja sekolah tak pernah hantar, nota tak pernah siap, dalam kelas bising dan kadang-kadang kurang menghormati guru didepan. Aku akui, kadang-kadang aku juga begitu.

So, pada kesempatan ini aku ingin memohon maaf padamu wahai cikgu2 ku..ampunkan kesalahan kami yang pernah kami buat sama ada sedar atau tidak. Ampunkan kami cikgu dikala kami terkurang ajar padamu, tidak bersopan, melawan kata-katamu dan seumpamanya.

hanya doa darimu kami memohon untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Salam buat guru.

Salam bahagia
buatmu yang teristimewa
kerana budi dan jasa
mendidik kami dengan penuh bererti

Tanda penghargaan
pimpinan dan tulus pengorbanan
azam dari kami
menjadi hamba yang berbakti

Berarak mendung hitam
selautan ombak yang ke mari
tak gentar ikrar kami
tetap disini

Pesanmu buat kami
kasih sayangmu bekal diri
doamu diharapkan
temani kami

Sudah sunnah kehidupan
perlu ditempuh cabaran dugaan
mengharap sinarr suluh hati
iman dan takwa cita kami

Padamu dipohonkan
ampun dan maaf
atas kelemahan diri kami
mohon direstui

Ya Allah hu Ya Allah
Rahmati guru kami
Ya Allah..
Rahmati kami

Moga bersama diakhirat nanti.


khas untuk semua

kAwAn ku yg CedEra

Assalamualaikumm..

tadi petang aku smpat la pergi melawat kawan aq sorang ni accident..memang la sedih.. dah la nak raya kata mak aku. tapi alhamdulillah dia dah boleh keluar esok. hm.. tapi yang best ramai gila kawan-kawan dia gi melawat, syoknya. untungkan ada ramai kawan?? tapi selalu orang cakap kawan senang tu ramai tapi kalau kawan susah tu sikit ja. kadang-kadang aku rasakenyataan tu betul la jugak. timekita perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan tak ada seorang pun sanggup meminjamkan telinganya. tapi kadang-kadang yang sanggup menolong itu kawan yang paling kita buat tak endah padanya. disaat itu barulah terbit rasa malu yang tidak terhingga. so, moral of story janganla ignore sangat kawan yang lain, jalinkan persahabatan dengan semua orang (macam la ku ni ramai sangat kawan).

disaat aku lemah, kau ada disisi untuk menguatkan ku
disaatku terjatuh, kau ada untuk bangunkan aku
disaat aku sakit, kau membantuku untuk pulih
disaat semangatku hampir layu, kau suburkan kembali
disetiap masa dan ketika, kau sentiasa berada disisiku..
namaun aku? aku tidak pernah menghargaimu
seprti engkau menghargai aku..
ya Allah pertemukanlah aku dengan seorang insan yang digelar sahabat sejati dunia dan akhirat.