Saturday, April 28, 2012

Mama dan Papa...



 "Assalamualaikum mama, oo..mama." aku memberi salam.
'Mana mama ni?' bisik hati kecilku.

  "Myra, mama kat belakang ni." akhirnya mama menyahut panggilan aku. Aku berlari kebelakang rumah untuk menyalami mama.

  "Mama, mama masak apa hari ni?" tanyaku sambil membuat suara manja. Maklumlah hari ini aku lewat pulang ke rumah kerana ada aktiviti kokurukilum di sekolahku.

  "Kamu pergi tukar baju dulu, solat, lepas tu keluar makan." ujar mama. Aku hanya mengajuk percakapan mama. Mana tidaknya, setiap hari aku pulang ke rumah, pasti ayat itu menjadi halwa elinga aku dan adik-adikku. Sambil melewati meja makan, aku membuka tudung saji. Ku lihat ayam masak merah kegemaranku. Selain itu, ada juga udang masak kunyit. Memang lazat.

  "Myra! Jangan kamu nak meratah udang tu ye." jerit mama dari luar. Hush! Tersentap jantung!
Mama memang tahu je apa yang dibuat aku dan adik-adik. Aku pernah bertanya kepada mama kenapa nalurinya selalu betul.

  Jawab mama, " Itulah yang namanya mama. Pasti tahu apa yang ada di hati anaknya.". Sememangnya aku kagum dengan mama.

  "Mama, papa balik tak malam ni?" aku bertanya. Mama mengankat bahu lalu berkata, "Kamu telefon la papa kamu"

Usai makan aku menelefon papa. Aku bertanya adakah papa akan pulang ke rumah malam ini, namun jawab papa
" Tak sayang, esok baru papa balik. Ada apa-apa ke?"
"Owh, tak ada apa-apa pun saja je Sya tanya."
"Hm..oklah sayang, papa kena letak ni. Papa ada kerja lagi. Papa kena siapkan cepat. Nanti kitacakap lagi ye? Kirim salam pada semua." usai melafazkan kat-kata itu, papa terus mematikan talian.
'Papa memang sibuk' kata hatiku.

  Kami sekeluarga sudah biasa ditinggalkan papa untuk beberapa hari kerana papa sentiasa sibuk dengan persatuannya. Maklumlah, papa kan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi persatuan itu. Aku tidak pernah khuatir kerana papa seorang papa yang sangat bertanggungjawab. Tetapi pada pengamatan aku, papa seorang yang workholic. Namun, kali ini terasa lama papa pergi meninggalkan kami. Kalau tidak salah, sudah empat hari papa tidak pulang ke rumah.

*
Beberapa bulan kemudian...

  Suatu malam, tekakku terasa amat kering. Diminta dibasahi segelas air kosong. Aku keluar dari kamarku lalu melewati kamar papa dan mama untuk ke dapur.

  "Abang memang pentingkan kerja abang berbanding saya dan anak-anak dalam rumah ni kan?" suara mama yang sedang manahan tangisan. Tiada suara balas dari papa. Hanya tangisan mama masih lagi kedengaran. Aku berlalu pantas ke dapur untuk meneguk segelas air. Air yang ku teguk terasa pahit.

  Dalam bilik, aku masih juga tidak dapat memejamkan mataku. Kejadian beberapa minit lalu, masih segar dalam ingatanku. Di tubir mata, aku terbanyangkan adik-adikku. Allef Aiman, Anies Amani dan Atief Azman.

*

 Mama cakap petang ini kitaorang akan ke suatu tempat. Mama menyuruhku memakai baju kurung. Aku fikir mungkin kami akan ke majlis kenduri.

  Setelah aku bersiap, aku menunggu mama dan adik-adikku di ruang tamu rumahku. Sememangnya rumah ini memang luas buat kami sekeluarga. Dulu kami berenam, namun sekarang hanya tinggal berlima setelah Allef dapat masuk asrama penuh. Tetapi hari ini, rumah ini hanya menampung empat oranng sahaja.

  "Mama, bila papa nak ambil kia ni. Dahh pukul 2 petang. Kenduri pun dah nak tutup khemah." tanyaku kepada mama. Mama tiidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum.

  Seketika kemudian terdengar bunyi enjin kenderaan. Adikku, Atief berlari keluar samil menjerit " Papa! Papa! Papa dah sampai." Aku, mama dan Anies hanya mengekori dari belakang.

  Sebaik sahaja keluar, aku tidak nampak kereta papa. Hanya teksi sahaja yang ada di hadapan mataku kini. 'Mana papa?' tanyaku sendiri.

  "Myra, marii naik teksi ni. nanti kita lambat pula." tegur mama lembut. Hari ini ku liht mama berlainan sekali. matanya sentiada berair, bibir dan hidungnya merah semerah biji saga. Namun mama sentiasa tersenyum. Tetapi senyuman mama begitu berbeza berbanding hari-hari sebelumnya.

  Akhirnya, teksi ang kami naiki berhenti di hadapan sebuah bangunan yang tersegam indah. Bangunan mahkamah syariah. Ku lihat papa sedang berbicara sesuatu hal yang penting dengan lelaki berbaju kaporat dihadapannya. Pintu teksi ini pula dibukia oleh seorang wanita bertudung litup yang juga berbaju kaporat. Dia memperkenalkan dirinya sebagai peguam mama yang bernama Marissa.

  Di suatuu tempat, papa mengungkapkan kata perlpasan buat mama. Ku lihat ada air jernih di tubir mata mama. Namun mama masih tenang mendengar perucapan papa. Suara papa ketika mengucapkan perucapan iu juga sedikit bergetar menahan perasaan.

  "Alleesya Amyra, awak nak tinggal denga siapa? Mama atau papa?" tanya peguam mama, Marissa. Aku memandang mama. Ku lihat wajah mama bercahaya dan aku tahu mama ingin aku tinggal bersamanya. Kemudian ku pandang wajah papa. Papa hanya tengan sambil tersemyyum manis buatku. Namun, seperti senyuman mama, seyuman itu tidak pernakh aku lihat. Sangat janggal.

  Aku menari nafas sedlam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

"Sya nak tinggal dengan papa." Akhirnya, itulah keputusanku.

*
  Sudah dua hari mama bersikap dingin denganku. Segala pertanyaan ku dibiarkan sepi. Papa akan datang mengambilku sebentar lagi. Tetpi  mama sedikitpun tidak menghiraukan aku yang sedang sibuk mengemas pakaian ku. Akhirnya aku menulis satu nota buat mama. 'Ma, Myra minta maaf. Myra tak berniat nak mengguris hati mama. You're the best mum that i have. i will never forget you.'

*

"Sayang, ni la rumah papa. Sory lah papa tak sempat nak hias elok-elok lagi. Bilik Sya pun papa tak sempat nak beli apa-apa. Sya tidur la dulu atas tilam lama ni ye? Esok kita keluar sama-sama. Kita beli dan hiaskan rumah ni." kata papa. Aku hanya menggangguk. Penat di badan masih terrasa. Setepas menyalami papa aku terus ke kamarku untuk tidur.

*

  Setiap kali hujunng minggu papa tidak pernah lupa untuk menghantar aku ke rumah mama. Namun setiap kali aku pulang, mama masih juga acuh-tak acuh denganku. Namun aku tidak pernah lupa untuk memohon maaf dengannya melalui nota-nota yang ku letak di pintu peti sejuk. Aku yakin mama pernah menyentuh nota-nota dariku. Kerana setiap kali aku pulang ke rumah mama, nota-nota lamaku sudah tiada. Biarlah kalau mama yang buang. Janji mama menyentuh nota-nota dariku itu.

*

  "Zul, kau tak nak kawin lagi ke?" tanya Fahmi. Rakan baik papa.

"Kenapa kau cakap macam tu?"tanya papakembali.

" Yela. Sekarang ni kan Sya duduk dengan kau. Kau tak kesian ke tengok dia sorang -sorang kat rumah. Kalau kau ada bini, boleh buat kawan dengan anak kau tu. Anak kau tu perempuan Zul."nasihat Fahmi.

''Hm.. tengoklah. Nanti aku bincang dengan Sya." papa membalas.

*

  "Sya, papa ada hal sikit nak bincang dengan Sya ni. Jom kita ke taman."kata papa sebaik sahaja tiba di rumah.

  "Boleh je pa. Tapi papa masuklah mandi, solat. Sya boleh buatkan papa minum petang. Sya tunggu papa kat taman." uslku kemudian. Papa hanya mengganguk.

  Aku siapkan papa air teh o panas yang dicampur dengan lemon untuk rasa yang lebih segar. Kemudian aku potongkan kek keju yang telah aku buat. Kek keju buatanku memang menjadi kegemaran papa. Papa cakap mama pun kalah dengan aku bila aku membuat kek keju ini. Sepuluh minit kemuadian papa turun dengan pakaian yang lebih santai, t-shirt dan seluar track.

  "Patutlah papa balik awal je hari ni. Ada benda yang papa nak bincang dengan Sya rupanya." gurauku. Papa hanya tersenyum. Kelat sekali senyuman itu. Papa menarik kerusi di sebelahku lalu duduk.

  "Ada apa pa?" tanyaku tidak sabar.

  "Kenapa kamu pillih untuk tinggal dengan papa dan bukannya mama?" tanya papa berterus terang.

  "Sebab Sya tak nak menyusahkan mama. Mama tak kerja pa. Susah mama nak dapatkan duit. Banyak yang perlu mama tanggung. Sekurang-kurangnya bila Sya tak ada kat rumah tu, beban mama berkurang. Sya tahu pa, mama tak pernah berkira dengan anak-anaknya. Mama tak kisah kalau dia tak makan. Janji anak-anaknya makan. Tapi Sya kesiankan mama. Sebab tu Sya pilih untuk tinggal dengan papa. Papa dah ada kerjaya yang stabil. Tak pe kan kalau Sya menyusahkan papa pula?" Tanyaku pada papa. Papa tersenyum. Lalu kepalaku diusap seraya papa berkata

  "Tak apa sayang. Papa tak kisah. Papa bangga dengan Sya. Sya pertimbangkan pro dan kontranya sebelum membuat keputusan. Papa hanya Sya tak meyesal dengan keputusan Sya sendiri. Macam ini lah anak papa. Tapi Sya, papa tahu mama marahkan kamu. Kamu tak kisah?"

  "Sya tak kisah pa. Sya yakin satu hari nanti pasti mama faham apa yang cuba Sya lakukan ni."kataku sambil tersenyum. Sememangnya siapa yang tidak sedih jika ibu sendiri tidak mempedulikan kita. Tapi aku harus kuat untuk menempuh dugaan ini.

 " Sya, ini lagi satu pertanyaan buat kamu... " Kata papa.

" Ada apa lagi pa?" tanyaku lagi.

" Apa pendapat kamu kalau papa kawin lagi?" tanya papa sambil merenung mataku. Mencari jawapan dari sinar mataku.

"Pa.."kataku sambil memgusap tapak tangan papa.

"Kalau papa nak kawin sebab papa memang perlukan seorang wanita disisi papa sepanjang hidup papa. Seseorang yang boleh menjadi sahabat dunia dan akhirat papa, Seseorang yang mampu menjaga makan dan pakai papa, papa kawin lah. Tapi kalau sebab Sya tak payah lah pa. Kalau papa takut  Sya bosan atau keseorangan, papa jangan risau. Sya yang pilih untuk tinggal dengan papa. Sya terima hidup papa seadanya. Kalau pasal keselamatan papa, papa janganlah risau. Anak papa yang sopan-santun lagi lemah lembut ni kan ada tali pinggang hitam teakwando. Bukan itu je pa, juara antara juara diseluruh negeri ini pa. Hah! papa tak perlu bimbang pasal Sya. Complete. No more worry.Ok pa?"terangku panjang lebar. Kulihat secebis senyuman yang papa ukir buatku semakin manis.

  Papa hanya mengusap kepala ku sambil menikmati hidangandi depan mata.

*
~TAMAT~


jarijrmarimenari: Cerpen ringkas untuk semua. Semoga mendapat ikhtibar..
 
 

Saturday, April 21, 2012

REAHESAL ANUGERAH SAHSIAH

Assalamualaikum..

Apo kabo gulz n guys yang sudi mnghabiskan masa blog-walking atau dah takde mende nakbuat tu kan? Masih banyak-banyak lerr, sebab blog aku juga jadi pilihan korang!
Dah lama aku tak update. Bukak pun tak, camne nak update kan?
Kalau bukak pun, takda menda nak citerr. Tak jadi juga kan?

So, sekarang tanpa membuang tenaga anda untuk membaca hal-hal yang tak sepatutnya, aku nak kongsikan dengan korang event sekolah aku
~Hari Sabtu, 21 April 2012,  Hari Anugerah Sahsiah Cemerlang.
~Hari Ahad, 22 April 2012, Hari Anugerah Cemerlang Akademik.
~Hari Isnin, 23 April 2012, CUTI! (itu yang penting tu!)

Aku terlibat dengan anugerah sahsiah tu jer..
So, esok kenala bangun awal pagi bersiap comey-comey untuk ke sekolah kan?
Aku dapat untuk kategori Pembimbing Rakan Sebaya. Selain aku, ada 10 orang lagi yang akan dapat. Ada lagi 7 orang belakang aku dan 2 orang depan aku.

Er, baru 9 kan? 7+2=9

Hah! Betul la tu. Tapi aku ada korang kira? See. Lupa daratan betul la korang ni!



Surat Kiriman Rasmi dari sekolah


Pebimbing rakan sebaya!
Antara kengkawan yang dapek jugak anugerah ini ialah:
-Fatin Nabilla
-Balqis
-Nur Atiqah (aku ler tu)
-Nur Azemah
-Syafiqah J
-Nur Syahirah
-Che Wan Nur Hidayah(panjang betul nama budak ni..hehe)
-Syafiq
-Syazwani
-Syafiqah A

Waktu reheasel  ada 2 persembahan.
-Nasyid
-Drama English

Bila nama aku disebut untuk naik pentas...HUH!

Aku cuma jaga kain jangan tersangkut jerr..haha! Dah pernah dah naik pentas! dengan riaknya!!

Masa form 2 & form 3! Aku kan Ketua tingkatan yang cemerlang! (sekali-sekala perasan kan?)
Masa PMR pun dapat naik gak! Tapi waktu tu debaran dan kegembiraannya lain sikit kan?

jarijemarimenari: kenapa banyak sanngat 'so' aku ni??

Wednesday, April 11, 2012

ANaK kAmPUnG!!

Assalamualaikum..

Tadi tengah syok-syok melayari internet. (mencari isi da maklumat karangan!). Aku tersa keboringan, lalu dengan sepantas kilatnya aku pun buka youtube. Tapi aku konfius, lagu apa aku nak dengar. First, aku dengar lagu ni..



Lepas habis je lagu ni, aku tertarik nak dengar lag satu lagu ni..


Dan akhirnya bila bergabung! Mereka menjadi satu lagu..



jarijemarimenari: Memang best!

Wednesday, April 4, 2012

OH NO!!! SPOTCHECK!!




Assalamualaikum..

Hari ni kat sekolah aku ada spotcheck!!
Diulang spotcheck!!

So? Kalau kau tak salah, kau tak yah la takut kan??
Masalahnya sekarang aku memang takut sebab aku bawa benda terlarang..
Nak tahu apa?

Si colourfull sharpie! (thanks to Z.. sebab selamatkan sharpie aku. Kalau tak, HUH!! jahaman!!)

Ini dia si kecik molek liqiud paper!! = ='

and  the most important thing, benda terlarang yang aku dah bawa. Atas urusan ujian lisan English yerr..
Diulang atas alasan ujian lisan English..

benda ni la yang aku bawa. Tapi bukan satu....tetapi empat..
Diulang dengan bangganya empat!!!

jarijemarimenari: Nasib tak kena amik perfume aku tu. Selamat!