Friday, August 26, 2011

sELokA 4SN1

Salam disembah pembuka kata,
Cerita dogeng benar pun iya,
Inilah dia 4sn 1 empunya cerita,
Kelas 'glamor' dan gila-gila.

22 hulubalang tonggak perjuangan,
 17 srikandi penyeri nanungan,
Pengurusan tebaik dalam genggaman,
Biarpun semua mereng dan sawan.

En. Husni 'daddy' kami,
Subjek Fizik pilihan hati,
Kamera Fuji selalu disisi,
Sebab cikgu 'photografer' sekolah ni.

Tubunhya tinggi Kylle namanya,
 Orangya tampan bolehlah tahan,
Monitor sempoi buat kami semua,
Kelas bising dia buat tak heran.

Zakirah Fatimah Assistant kami,
Orangnya cantik putih berseri,
Dalam kelas rajin sekali,
Datang sekolah naik bas Mami.

Pabila tiba awal bulan,
Dari meja ke meja dia berjalan,
Kutip hutang dari belakang hingga depan,
Itulah Anis Amira punya gerangan.

Kalau berbirak merekalah juara,
Tak boleh 'stop' bila ketawa,
Ntah apa yang mereka kata,
Itulah Fatin, Bee, Hanis dan Nina.

Kurus kering itulah Elfi,
Anak kepada Cikgu Wan Sukeri,
Setiausaha Majalah sekolah ini,
Azim ditepi pendiam sekali.

Bab merapu serah padanya,
Menyusik orang itu kerjanya,
kerja sekolah selaluu tak ada,
Faiz Yaakop punya cerita.

Inilah dia chef kami,
Nama penuhnya Muhd. Wafiy,
Kavienesh pula disebelah kiri,
'Baby' 'nickname'nya kami bagi.

Belum cerita dah ketawa,
Bila ketawa merahlah muka,
Gelaran 'Queen Water Eye' ada padanya,
Najla Anati punya cerita.

'Member' kamceng kelas sebelah,
Berkaca mata budak sorang ni,
Nama penuhnya Nur Atiqah,
'Nickname' da Aty!

Inilah dia Kak Long kami,
Memang sibuk kalah Menteri,
Tapi sempat lagi 'dating'
Itulah Aimi Dzakirah nama diberi
Sebiji macam H.Potter muka budak ni,
Tapi yang ini versi perempuan,
Dengan Uh Wei Wei kesana kemari,
Lee Ching Yee pula kuat ingatan.

Empat minachi kelas kami,
Valar, Deepiga, Lashu dan Abi,
Taufiq dan Nazreen dibelakang sekali,
Hajat dihati nak masuk universiti.

Jejaka 'macho' idaman Malaya,
Islam dan Hisyam itu namanya,
Dalam kelas selalu berahsia,
Ada makwe tak nak cerita.

Si gigi besi kurus melidi,
Bermata empat kecil sekali,
Selalu 'dating' sambil berdiri,
Itulah dia Muhd. Faez Azmi.

Nurul A'tikah nama diberi,
Hantu K-Pop minah sorang ni,
Suaranya pula lebut sekali,
Ikah pula 'nickname' dia ni.

Fanatik Justin Bieber depa dua ni,
Itulah Asyraf Ali dan Diana Iziany,
Tiket wayang boleh pula beli,
Suruh bayar duit kelas selalu lari.

Inilah dia apek kelas kami,
C.Fong, H.Guan, J.Hern nama depa ni,
Budak tak berapa 'nerd'dalam kelas ni,
Tapi gempak juga 'result' depa ni,

Syafiq dan Hafiz suka bersembang,
Dalam kelas tak pernah diam,
Mad juga turut menumpang,
Sampai ustazah Norma naik geram.

Perasan bintang 'Bollywood' budak sorang ni,
Dari Penang datang ke mari,
Nama Fazrul mak dia bagi,
Mata bulat besar sekali.

Logan, Shanon dan Hazreen lelaki sejati,
Selalu tolong Cikgu Noraini,
Kekadang bising Kekadang sepi,
Sampai kami dah naik lali.

Bohong sudah mengata pun sudah,
Biarlah kami mengundur diri,
Kami harap hampa tak marah,
 Andai ada yang terasa sendiri.

Biar kelas hangat lagi sensasi,
Kepuncak menara gading impian hati,
Doa dan usaha kami sertai,
Biarpun SPM setahun lagi.

p/s: kalu da sesiapa yang berkaitan dengan 4sn1 terbaca mintak ampun maaf yer...

No comments: