Wednesday, May 15, 2013

Kesibukan Melanda Lagi

Assalamualaikum....

Lama juga aku tak update. Walaupun internet rumah dah kembali aktif. keyboard ni pun dah berhabuk. Nak buat macamana kan? Aku akui bulan ni, memang sibuk, sebab aku kerja. Sementara tunggu dapat mana-mana ni, inilah peluang aku timba pengalaman berharga. Parents aku ada jugak marah sebab waktu kerja lama, tapi gaji ciput. Bagi aku bolehlah. Sebab kerja dia bukannya teruk pun. Bila malam je sibuk sikit. kadang-kadang tak sempat duduk. Itulah rezeki kan?

Korang mesti pening, kerja apalah, yang aku dok membebel sorang-sorang ni. Actually, aku kerja kedai stationary yang berdekatan rumah aku. Masuk pukul 10, balik pun pukul 10. Pagi-pagi, walaupun pukul 10 tu matahari dah terpacak, aku akan senaman ringan. Aku akan jalan kaki ke kedai. Tapi takda lah lama sangat. 6-7 minit je dah sampai. Tapi bila malam, mak atau abah akan amek aku. Itulah yang aku buat tiap-tiap hari.

Tapi sekrang aku dah pun stop. Baru je lagi. Sepanjang aku ada kat kedai tu macammacam orang aku jumpa, macam-macam jenis manusia yang pelbagai ragam., mood-mood manusia yang ada naik turun, staf-staf yang silih berganti. Memang banyaklah.

Tu belum bab-bab nak guna mesin dan sebagainya. Alhamdulillah. pengalaman-pengalaman tu banyak bantu aku. Bantu aku jadi orang yang lebih peramah *peramah sangat*, tambahkan lagi aku punya skill-skill aku yang sedia ada. Pengalaman tu juga banyak ajar aku macam mana nak guna mesin fotostat yang selama ni aku sebut pun tak betul. KUANG3! aku sebut fostostat. Hoboh benor bunyiknyerr.

Macam mana nak guna mesin binding yang slama ni aku tau sebut jer. Yang ni aku betul3 tau sebut. Mcamana nak pakai mesin atm, eh salah, mesin duit.

Mesti ada yang kata, 'Alah setakan mesin2 macam tu, nenek aku pun bolehlah," Aku dah tak kisah lah nenek kau lagi terror dari aku pun, yang penting aku tau macam mana nak handle benda2 tu semua. Siap tau macam mana nak buat kalau mesin tersangkut paper. Tapi secara bsic je lah aku tau. Oklah kan bagi perempuan macam aku. Nampak x ada unsur-unsur riak disitu? Huaahhahahaahahaha


jarijemarimenari::Lagi best duduk kedai sebab boleh gelak guling-guling.