Thursday, August 25, 2011

CiKgU-CiKgU kU tErSayAnG

assalamualaikum..

(ni la cikgu praktikal kami..cun kan??)

hehe hari ni update awl sikit coz.. ntah!! =)  xtahu apa perasaan aku dikala hujan turun ini..(tertibe terjiwang la plak). hari ni hari terakhir para guru-gru praktikal sekolah aku. Ngee sedihnye. Tapi bak kata Miss Sya Za setiap yang bertemu pasti berpisah. Kata-kata tu tak mungkin aku sangkal sebab sememangnya betul belaka. Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak mampu/ tak kuat untuk menghadapinya. Terutama dengan insan yang kita sayang. But life must be go on. Kadang-kadang aku akui sebagai manusia aku lemah sangat. Aku mencari dimana kesilapan aku. Dan kadang-kadang aku temui apa yang aku cari tapi, tak semua soalanku, masalahku ada penyelesaiannya. Insya-allaha kan ku teruskan hidup demi mencari jawapan yang aku harapkan selama ini.

Miz Sya Za merupakan cikgu Bio kami. Mula-mula dapat tahu yang kami akan ada cikgu praktikal, satu kelas happy tapi nervous pun ada juga. Macam-macam dalam kepala kami. Cikgu baru ni macam cikgu lama ke? Lelaki ke perempuan? Baik ke garang? Comel ke tak? Cantik ke tidak? Kurus ke sederhana ke gemuk?Aku rasa semua pun macam tu bila dengar ada cikgu baru nak ganti cikgu lama. Perasaan tu bercampur-baur.Kalau diberi pilihan semestinya kami akan memilih cikgu yang pandai mengajar dan tak akan bagi homework tapi ada ke cikgu macam tu? Pertama kali bersua muka dengan Miz Sya Za kami terkesima. Mana tidaknya, wajahnya hampir serupa dengan wajah kawanku. Kalau dikatakan mereka adik dan kakak pun orang percaya, namun hakikatnya bukan begitu. Mereka tidak langsung mempunyai ikatan darah. Hanya saudara seIslam sahaja. Selasa lalu, merupakan hari terakhir kita orang bersamanya. Dalam ucapan tidak rasminya, beliu berkata:"Siapapun guru kamu, sejahat mana pun dia, seburuk mana pun dia, setak best mana pun dia mengajar. Jangan pernah melawan cakapnya, hormati dia sebagai guru kamu," Seriously dadaku sebak, dan ketika aku menulis sekarang pun aku masih lagi berperasaan sebegitu. Terasa betapa berdosanya kami terhadap Pn. Z. Aku akui, mungkin beliau berpengalaman dalam pendidikan, namun cara beliau mengajar tidak memuaskan hati kami. Ampunkan kami cikgu, rasa ini perlu diluahkan walaupun caranya salah. Mungkin begitu cara beliau mengajar. Namun , kami tidak dapat menangkap. Alhamdulillah, sepanjang kami bersama Miz Sya Za, keputusn testku meningkat. Beliau juga mengajar kami tentang sebuah keluarga. WE'RE HAPPY FAMILY. TERIMA KASIH CIKGU ATAS DIDIKANMU!!

Miz Qaseh Shu (QS) pula mengajar kami sivik. Sememangnya ku akui,pada waktu pengajaran beliau, kami sangat bising. Maklumlah dapat cikgu praktikal, kami bulilah cukup-cukup. Namun beliau tidak pernah marah pada kami, walaupun sebenarnya wajahnya sedikit serius. Betulah kata orang 'Tak kenal maka tak cinta'. Pada pertama kali aku bertemunya(secara tidak formal) aku berkata beliau seorang yang sombong dan garang.Tapi hakikatnya tidak!

Miz Carrot Susu(CS) pula megajar kami subjek sej. Beliau memang baik, namun pernah sekali gunung berapinya memuntahkan lava. Cikgu mana yang tak naik angin apabila muridnya lambat kekelas, pintu klas pula terkunci, kerja sekolah tak pernah hantar, nota tak pernah siap, dalam kelas bising dan kadang-kadang kurang menghormati guru didepan. Aku akui, kadang-kadang aku juga begitu.

So, pada kesempatan ini aku ingin memohon maaf padamu wahai cikgu2 ku..ampunkan kesalahan kami yang pernah kami buat sama ada sedar atau tidak. Ampunkan kami cikgu dikala kami terkurang ajar padamu, tidak bersopan, melawan kata-katamu dan seumpamanya.

hanya doa darimu kami memohon untuk kejayaan dunia dan akhirat.

Salam buat guru.

Salam bahagia
buatmu yang teristimewa
kerana budi dan jasa
mendidik kami dengan penuh bererti

Tanda penghargaan
pimpinan dan tulus pengorbanan
azam dari kami
menjadi hamba yang berbakti

Berarak mendung hitam
selautan ombak yang ke mari
tak gentar ikrar kami
tetap disini

Pesanmu buat kami
kasih sayangmu bekal diri
doamu diharapkan
temani kami

Sudah sunnah kehidupan
perlu ditempuh cabaran dugaan
mengharap sinarr suluh hati
iman dan takwa cita kami

Padamu dipohonkan
ampun dan maaf
atas kelemahan diri kami
mohon direstui

Ya Allah hu Ya Allah
Rahmati guru kami
Ya Allah..
Rahmati kami

Moga bersama diakhirat nanti.


khas untuk semua

No comments: