Friday, September 30, 2011

kAu dAtANg dan pErGi

Sahabat kau datang dan pergi,
Umpama pelangi petang,
Bagai bayu yangg menghembus,
Bagai waktu yang berlalu.

Sememangnya masa tidak pernah meninggalkan kita bersendirian,
mengekori kita hingga tiba waktunya kita menghadap-Nya.
Tinggalah kita bersama amalan-amalan duniawi.

Assalamualaikum..

Seriously aku tak tahu apa yang aku tengah rasa sekarang ni. Macam-macam aku rasa.

First sedih coz, kawan aku yang kira baik la, dah tak layan aku macam selalu. Dia tak tunggu aku bila pergi lab, balik lab, semuanya yang biasanya dia buat dengan aku @ at least dia ajak aku, dia tak buat. Kalau kawan korang la macam tu korang tak pelik ke? Budak yang dia rapat tu pulak bukannya budak baru. Budak masa form 1 juga. Tapi kenapa sebelum ni dia tak pernah rapat pun? Kalau aku ada buat salah tolonng la maafkan aku. Aku tahu aku tak sebaik orang lain dan aku selalu buat salah dan menyusahkan 'ang'. Aku minta maaf sangat-sangat. Maafkan aku dunia dan akhirat. Aku tak pernah menyesal kawan dengan 'ang'. aku happy bila 'ang' pernah percayakan aku. Aku rasa aku dihargai begitu, walaupun ianya tak kekal lama. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar 'ang'sentiasa happydengan kawan baru 'ang' tu. Jangan pernah berubah. TOLONGLAH, JANGAN PERNAH BERUBAH! Aku taknak 'ang' jadi macam kawan aku yang sebelum ni. PLEASE!

Second, aku nervous sangat coz final exam dah dekat tapi aku masih ada masa nak blogging. Haha! Exam ni menentukan kitorang akan masuk 5Sn1 @ 5Sn2 tahun depan. Adoi! HELP ME!!!! aku taku, tapi macam tak kisah? Aku ni normal ke??? Sebab selalunya lelaki je macam tu? Er, aku TERbuat diri aku confius malam-malam buta ni. adoi.

Third aku happy because, adik aku punya pasal kitoranng satu family dapat pi jalan-jalan cari jawapan! Hax!taklah, esok dia kena pi amik exam untuk masuk Kolej Yayasan Saad, Melaka dekat Bertam. Lepas tu pula kitorang akan p Perlis untuk menghadiri majlis hari jadi anak kawan my lovely abah.
Dah tau nak exam tapi pi berjalan lagi! Ang nak turun kelas ke Aty?
Er, tak nakla.
Dah tu tunggu apa lagi p la study!
Er, esok dah nak pi jalan tak mau la!!!
(apa aku merapu ni??)

4th. aku tak tau apa aku rasa. Aku jadi mc untuk English Singging Competition. Dah tuu lmbat pula masuk dewan. Adoi apa nak jadi mc pon lewat. Dah la tu, tergagap-gagap pula time cakap. Hm.. Hancussss!!!! Teacher minta tolong bellikan air pun aku boleh tersilap oder! ATY WHAT'S WRONG WITH YOU???
bak kata miz iK: Aigoo! [sapa peminat korea kompon tau.](untk orang yanng tak tau tu maksudnya Adoi. Aku pun dah terikut ikut dengan miz iK ni. dia ni memang hantu k-pop.[kalau nak tau sapa miz iK sila rujuk balik entry Seloka 4sn1.]  sekarang dah ada penyikut la pula. Sapa lagi kalau bukan Miz double a )

p/s:sayangilah semua orang selagi kita mampu menyayangi mereka. Janglah sampai kita menyesal kerana tidak menyayangi orang yang kita sayang.

Tuesday, September 27, 2011

cEriTA unTuk koRanG 5

"Mak Long buka pintu ni!"jeritan Ed memang power sampai Suzi yang jauh dibelakangnyapun boleh mendengar. Kedengaran suara Ed sekali lagimemanggil Mak Longnya. Tapi apa kena-mengena Mak Longnya dengan kereta Ed. Suzi hanya diam. Takut apabila nanti dia masuk campur, lain pula jadinya. Jadi lebih baik kalau diam sahaja.

"Kau nak apa datang rumah aku ni? Salam tidak, Main jerkah-jerkah ja. Mak kau dulu tak ajar budi bahasa ke? Hah!"tanya Mak Long Ed dengan kasar. Hm, elok la tu dua-dua kasar.

"Mak Long, kereta saya mana? Mana Mak Long?" tanya Ed tanpa mempedulikan soalan yang diutarakan oleh Mak Long.

"Manalah aku tahu, tu kereta kau bukan kereta aku. Lagipun setakat kereta buruk tu, kalau kau jual pun dapat berapa sen sangat. Kalau guna, hm, buat bazir beli petrol ja. Bocor sana bocor sini." bebel Mak Long Ed sambil menafikan tuduhan Ed.

"Mak Long jangan ingat saya tak tahu.Mak Long memang nakkan kereta tu. Yang berapa sen sangat tu la yang mak long nak. Mak long memang tak boleh tengok saya senang kan? Mak long cakap dengan saya, kedai mana maklong jualkan kereta tu?" Soal Ed bertubi-tubi.

"aku cakap aku tak tahu, aku tak tahu la. Kau ni kenapa, dah pekak? Dah la, melayan kau habis tak berasap dapur aku."seraya itu, maklong Ed terus menutup pintu rumahnya. Tinggallah Ed di hadapan rumahnya.  Ed terduduk, lalu mengalirkan air mata. Suzi dibelakang hanya mampu melihat. Drama yang ditontonnya sebentar tadi sukar difahaminya. Lalu dia bergerak mendekati Ed.

"Ed, kita balik ok.Kau duduk dekat sini pun bukannya mak long kau nak buka pintu. Esok kta cari kereta tu hm."pujuk Suzi.

"Aku rasa, aku takkan jumpa dengan kereta tu. Maklong aku mesti dah sorokkannya, takpun dia tukar rupa kereta tu. Dahla, tak payah la kita cari lagi kereta tu. Biar ja. aku dah tak larat nak melayan kerenah maklong aku tu."lirih suara Ed ketika itu.

*

"Suzi, syarikat papa kau tu jual koko kan?" tanya Ed ketika Suzi melepak di rumahnya dan mereka hanya menonton televisyen. Suzi membalasnya dengan mengangguk. Itu tandanya YA!!

"Asal kau tanya?Kau berminat ke?"tanya Suzi kembali.

"Tak aku nak tahu je? Lagipun aku merancang nak buka chocolate house la.''cakap Ed.

''Apa? Chocolate house?Apa tu?" tanya Suzi kehairanan.
'Tak pernah aku dengar chocolate house ni, coffee house pernah la.' getus hati Suzi

"Ala kau ni, chocolate house ni macam kafe biasa la, cuma makanannya semua berasaskan biji koko ataupun coklat. Contohnya, aiskrim, kek, biskut, minuman panas ataupun ais, iceblend, jenis-jenis coklat macam dekat pasaraya tu, kalau kau nak letak barang kosmetik atau kesihatan berasaskan koko pun boleh. Kita buat satu kaunter khas untuk itu. Lagipun remaja zaman sekarang suka pakai internet, so kita boleh letak internet situ, budak-budak tu boleh pakai dan kita pun masyuk. Hm.. Macam mana?" tanya Ed setelah penerangan panjang lebarnya.

Suzi mengelengkan kepalanya. Berkerut wajah Ed melihat muka temannya itu.

''Kau bagitahu aku ni kenapa? Aku rasa baik kau cadangkannya pada papa aku. Comform dia suka. Lagipun dia memang suka orang yang otak bisnes ni. Kalau mengharap aku, hm.. Tak dapat apa-apa dan bangkrup la papa aku tu."ujar Suzi.

"Ok kalau macam tu jom pergi vila aku sekarang. Papa aku cuti ni. Sebelum dia kena pergi mana-mana baik kita pergi jumpa dia. Kalau tak nanti berjanggut kau kena tunggu."kata Suzi bersemangat sambil menarik tangan Ed.

*

"Assalamualaikum. Papa, Mama. Mama dan papa kat mana? Anak mama dan papa dah balik ni." jerit Suzi sebaik sahaja melangkah masuk dalam vila milik papanya.

"Nonn, ibu besarnya ada di taman sama itu tuan besar. Lagi berdua-dua gitu."ujar pembantu rumah Suzi.

"Sis, berapa kali saya cakap, tak payahla panggil saya Non. Geli saya dengar, macam nama saya Non je. Nama saya Intan Suziana bt. Amir Iskandar. Bukannya Non. Sis ni dah dekat 5 tahun kerja dekat sini, pelat Indon tu kuat lagi,bila nak tukar jadi orang KL ni?"ujar Suzi sambil menyalami pembantu rumahnya. Ed hanya menturuti.Walaupun Siska hanya pembantu rumah di rumah ini, tapi rasa hormat Suzi tinggi memandangkan Siska tua dari dirinya 3 tahun.

"Jadi orang KL? Enggak mau loh. Ngapain? Biar aja sis begini. Udah selesa gini. Ngak perlu ditukarin lagi. Nanti ada yang kata lupa daratan lagi. Udah datang Malaysia mau jadi seperti orangnnya Malaysia. Nggak mau sih."ujar Siska membangkang.

"Oklah sis, melayan sis ni habis semua hilang. Dahla Suzi nak jumpa papa ada projek terbaru untuk papa. Bye."kata Suzi sambil berlari menarik tangan Ed menuju ke taman rumah mereka.

"Papa, Mama. Tengok ni, Suzi bawa Ed ni."ujarnya gembira. Mama dan papa Suzi mengangkat kepala melihat Ed. Ed sudah tidak asing lagi bagi family mereka. Kalau sudah di iktiraf anak angkat takkanlah asing lagi kan?

"Ish budak bertuah ni. Bukannya nak bagi salam dulu. Kita ni kan orang Melayu. Penuh dengan adat, peraturan dan tatasusilanya."ujar Datin Suria, mama Suzi la. Suzi hanya tersengih. Keluarga mereka ni memang menjaga adat serta peraturan. Terbaik!

"Papa, Ed kan dia ada satu idea yang sangat bernas bagi Suzi untuk memajukan company papa."kata Suzi sambil memberi isyarat mata pada Ed yangn masih berdiri.

"Oh ye? Eh Ed, apa berdiri je? Nak jadi bodyguard uncle ke?"gurau Dato' Amir Iskandar.

"Idea apa yang kamu fikirkan? Cerita lah pada uncle. Manalah tahu kamu boleh jadi patner uncle nanti. Nak harapkan Suzi ni, bankrup la company uncle ."kata papa Suzi lagi. Setelah mendapat sokongan padu daripada Suzi, mama dan papanya, Ed dengan bangganya memberitahu semua tentang ideanya untuk membuka chocolate house. Dato' Amir mendengar dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah projek baru bakal masuk. Kalau berjaya mesti masyuk, nak-nak pula kalau dapat buka banyak cawangan. Fuh! gerenti kaya.

*

Friday, September 23, 2011

CeRitA uNTuk koRAng 4

     Suzi amat gembira hari ini. Mana tidaknya, hari ini Ed akan berpindah ke rumahnya. Hari ini dia bersiap dengan begitu comel sekali. Maklumlah dia hendak memujuk Ed supaya setuju dengan cadangannya walaupun Ed sudahpun memberi persetujuannya untuk berpindah ke rumah Suzi.

      Dirumah Ed pula, Ed sudah berfikir semalaman. Dia tidak akan berpindah ke rumah agam milik bapa Suzi tetapi cukuplah menyewa kondominium milik keluarga Suzi. Dia tahu, bukan senang hendak mencari rumah sewa yang murah ketika ini namun peluang yang di berikan harus digunakan sebaiknya tetapi jangan pula tamak dan tidak mengenang budi. Nasihat ibunya yang satu itu, tersemat dilubuk hati yang paling dalam. Tidak mungkin akan dilupakan.

"Assalamualaikum, Ed. Aku dah sampai ni." ujar Suzi dengan gembira.

"Kau dah siap berkemas? Jom ita bertolak."ujar Suzi lagi sambil menarik beg pakaian milik Ed.

"Eh, jap. Suzi, aku tahu aku dah janji dengan kau yang aku nak tinggal dengan kau. Tapi kan, aku rasa tak selesa la bila aku nak tinggal dekat rumah besar kau tu. Macam tak ada privisi pula kau dengan keluarga kau. Mana lah tahu nak bincang hal keluarga ke, apa ke. Apa kata kalau kau bagi aku sewa kondo kau tu? Tapi sebulan dua ni aku tak dapat la nak bayar lagi, nanti bila aku dah dapat kerja, aku bayar ok?"terang Ed sambil membuat muka simpati habis!

''Ala Ed, kau ni. Tak ada maknanya nak privisi-privisi segala. Lagipun kalau nak bincang kan boleh bincang dalam bilik bacaan. Tak ada masalah la. Jom la Ed.''pujuk Suzi lagi.

"Tak pe la Suzi, nanti kalau parent kau pergi oversea kau datang la kondo. Kau nak datang hari-hari pun boleh. Boleh ye Suzi." kata Ed dengan muka mengharap.

''Yelah."kata Suzi setelah seminit berfikir. Ed pula tersenyum lebar dan memeluk rakanya itu.

Kemuadian mereka pun pergi ke kondominium milik ibu bapa Suzi.

*

"Wah, besar juga kan kondo papa kau? perabot semua lengkap, bersih pula tu. Tapi kenapa tak ada orang sewa pun?" tanya Ed.

"Ntah la. Aku pun tak tahu."balas Suzi. Mereka terus ke bilik utama dalam kondo itu. Berbaring dan bersenang-lenang di atas katil yang empuk itu. Memang best la.

"Ed nanti kalau kau boring kau pergi la vila papa aku erk?" kata Suzi.

"Hm.. tengok la. Segan la nak pergi. Lagi pun aku mana ingat jalan pergi vila kau tu."

"Kereta kau mana?"

"Ada dekat rumah nenek aku. Kenapa kau tanya?"

"Asal kau letak kereta kau kat situ? Kan kau cakap nenek kau dah tak ada ke? Nanti kena curi ke apa ke? Kau ni tak sayang kereta ke?" marah Suzi.

"Kau apa hal.Relax la. Kan tiap-tipa minggu aku balik sana. Aku balik start enjin. Bawa kereta tu jalan-jalan. Macam la kau tak tahu."

Suzi hanya tersengih. "Bila kau nak pergi ambil kereta tu?"

"Esok lah. Hari ni dah penat la. Jom pergi makan. Aku dah lapar la."

"Jom!!" jerit Suzi. Lalau mereka pun keluar dengan gembiranya.

*

" Ni kan jalan masuk rumah nenek kau?" tanya Suzi keepada Ed.

"Ha'ah."kata Ed sambil menganggukkan kepalanya.

"Wah besar juga rumah nenek kau. Nenek kau ramai anak ke? Besar gila rumah. Kalau ubahsuai ni mau besar lagi pada vila aku ni. Dasyat. Dasyat juga nenak kau kan?"kata Suzi. Kagum betul dia dengan keluasan rumah nenek Ed. Sebaik sahaja dia mamalingkan kepalanya kearah kanan, barulah dia perasan hanya dia seorang disitu. Pendek kata dia kena tinggal. Dahla tu, cakap seorang diri pula tu. Ish! Ish! ish!

'Cis apalah Ed ni ada dia tinggal aku sorang-sorang kat sini.'getus hati Suzi sambil menahan geram. Dia terus berjalan ke arah Ed. Mahu saja dia memarahi Ed kerana membiarkan dia bercakap seorang diri, tap muka Ed. Muka Ed menunjukkan sesuatu sedang tidak kena. Dia cuba berfikir. Apa yang tidak kena dengan rumah ni. Rumah ni terkunci elok. Tak ada tanda-tanda pencuri mahupun perompak. Tapi kenapa muka Ed pucat semacam. Ed tak sihat ke? Suzi terus berlari kearah Ed.

" Ed kau kenapa? Kau ok tak? Apa yang tak kena?" tanya Suzi bertubi-tubi. Ed terus terduduk. Jatuh ke tanah merah yang berlopak itu. Lemah sekali. Suzi tidak pernah melihat Ed selemah ini. Kenapa ni? Dia binggung.

"Suzi. Kau tengok tu. Dalam garaj tu. Kereta dah tak ada. Tolong aku."balas Ed. Lemah. Sesaat kemudian Ed terus bangun dan berlari kearah jalan raya. Suzi panik! Apa Ed nak buat??

x Ade tAjuk

Assalamulaikum...

kadang-kadang tanpa kita sedar ada perkara yang kita tak tahu. Tapi kita cakapkan pada orang yang kita tahu benda itu. Tanpa kita sedar iynya menyusahkan diri kita dan kita dah pun menipu orang lain. Benarlah kata orang ada sesetengah kebenaran itu menyakitkan. "Berkatalah benar walaupun kebenaran itu menyakitkan." Tapi aku faham.Memang susah gila nak luahkan kan? Tambah-tambah kalau orang tu kawan baik kita. Tapi kata orang sahabat yang baik adalah sahabat yang menengur rakanya pabila rakannya berbuat salah, bukan sekadar mengiyakan walaupun ternyata sesatu perlakuannya itu salah. Kiranya bukan membodek la kan??

Penah tengok cerita Ungunya Cinta?? Kalau tak pernah tengok apa lagi search la kat youtube Ungunya Cinta. Cerita dia mcam biasa je. Tapi ada part tu Andi cakap "o..sebab tu orang miskin selalu kawan dengan orang kaya. Sebab nak kena tempiasnya erk?" Ungu pun bengang la dan dia ada cakap tak semua orang miskin macam tu.

Aku setuju dengan Andi tapi betul juga kata Ungu. Memang ada orang yang sengaja mendekatkan diri mereka dengan orang yang kaya dan berkemampuan untuk kepentingan diri sendiri. Tapi tak lah semua orang macam tu kan? Aku rasa orang yang kaya tu lagi susah nak cari sahabat sejati berbanding orang biasa sebab mesti ada niat lain kalau orang tu berkawan. MEmang la tak elok bersangka buruk. Tapi tak salah kita berwaspada kan? Ntahla aku pun ak tahu nak cakap macamana. Makin kita hidup. Makin macam-macam jenis manusia kita jumpa. Kadangkdang terdetik dalam hati kita 'ada juga orang macam ni dekat dunia ni'. Selalu orang yang kita kata macam tu mesti orang yang jahat. Aku rasa satu kita perlu ingat dalam dunia. Setiap ada yang positif pasti ada yang negatif. Pasti ada yang berlawanan.

Wednesday, September 14, 2011


Lagu Dato' Siti Nurhaliza Falling In Love lyrics

Once in a life time
An angel sweeps u off your feet
And everything I’m about
Disappears before my eyes
You’re taking me higher when I hear u speak to me
It feels so familiar that I’m caught up in this fantasy

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see u in my dreams
You’re taking me higher
When I hear u say my name
I’m trying to tell u
That I never want to let u go

Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m falling in love with you

Over and over again
It plays out in my mind, I can see it clearly
You’ve given me something new to believe in
Come take me away
Oohhh (Come take me away)
Away
Come take me away
Away (Come take me away)
Away, away

(2x)
Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, I’m
falling in love with you

I’m falling in love(3x)
Love love…with you

p/s: ci ct ni sebut sebutannya satu2senang nak hafal n faham kan

Tuesday, September 13, 2011

Lagu KRU - Tiga Kata
Yeah..lagu ni ditujukan kepada mereka yang sudah lupa erti cinta
Hanya 3 kata sahaja
cukup besar maksudnya
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta
(chorus)
Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar
Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut
 Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
 Katakan ci..cinta ci..cinta
Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain
Tapi kenapa sukar meluahkan rasa
Berikan mereka tahu
Andainya hari esok
Di takdirkan berpisah
(rap)
Dalam kesibukan
Kita seringkali mula hilang kemesraaan 
Dengan mereka disisi
Tak rasa bersyukur
Tak rasa berbangga 
Mempunyai bahu setia untuk kita bersandar 
Pejamkan matamu
Lihat lah di hatiku
Semua kasih terhimpun, 
Dibiarkan terkurung
Jadi keluarkan
Sekarang luahkan
(korus)

Katakan ci..cinta ci..cinta kamu
Katakan ci..cinta ci..cinta (aku cinta padamu)

Wo aini..i love you



p/s: lagu ni memang best...try le dengar

Monday, September 12, 2011

tEnTang AdeK-aDEk kuYang Ntah aPA-apa

Assalamualaikumm..

Esok 13 sept 2011. Hehe..tak tau apa aku dok merapu. Esok besday adik aku, esok juga adik aku yang besdaynya esook ada exam besar dalam hidup dia. Esok dia exam UPSR. Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Hah!!!! biar betul!!!! (muka berkerut + berkedut bukan setakat seribu tapi sejuta dah..) Adek aku..perghhh..memang dah besoo la jawab nyerrr. Aku pun masih terasa muda.. =D (perasan habis).

 Kalau orang tanya tingkatan berapa ni? aku selamba je cakap form 4. Tapi kalau orang tanya Umur Berapa? Aku akan blur kejap sebab terkejut 'ish takkan umo aku dah 16 tahun.Tua gila.' Tapi itulah kenyataan hidup yang perlu aku hadapi. Dulu bagi aku orang yang ambil SPM tu mesti matang gila la..sebab kena study btol-betol untuk masuk u. Tapi sekarang aku ni, aku....AKU NAK AMBIL SPM!!!!! BIAR BETULLL!!!!! macam tak tertanggung ja. Tapi kalau nak ikut kesediaan aku nak ambil exam tu memang smpai bila-bila la aku rasa aku takkan ambil exam tu. SPM kan paling penting. Nak menentukan masa depan kita. Bila fikirkan tentang hal tu.. lutut aku semua dah menggigil.

Alamakkkk!!!sori-sori..tdi fikir nak tulis pasal adik aku. tertibe tukar pasal cita aku pulak..hehe jangan marah..Adik aku tu memangdah nampak dah dia punya kegabraan dia tu. Semalam iya-iya cakap esok(hari ni)  sampai habis exam nak puase. Lepas tu cikgu dia ada cakap, Esok pagi-pagi makann roti, kira macam alas perut gitu.. dan-dan cakap tengok dulu esok nak puasa ke tak. Ntah apa-apa betol la..Esok siap semangat nak solat hajat bagai. Alhamdulillah... bagus adik aku sorang ni. Adik aku yang third ni pulak cuti sebab ada exam upsr, so my daddyy suruh la dia basuh pinggan. Dia buatla jugak walaupunn mulut tu muncung cikit kan??? Adik akku yang bongsu pulak kena chicken pox, tapi yang ni kecik-kecik je, macam ruam pun ada jugak. Doc cakap campak.

Wednesday, September 7, 2011

cEritA uNtUk koRaNG 3

Hari ini merupakan hari terakhir  exam berlangsung. So, lepas ini no more exam, no more study. Yang tinggal hanya enjoy. Best gila. Lepas ni semua membawa diri masing-masing. Ada yang kahwin, adayang sambung belajar, ada yang balik kampung dan sebadainya. Tapi Miss Maya Edrina ni belum tahu apa dia nak buat lepas ni. Nak melepak kat hostel mana boleh dia bukannya budak u dah, rumah sewa pun tak cari lagi. Nak balik kampung bukannya ada sesiapa. Hmm.. Apa nak buat?

''Eh, Ed lepas ni kau duduk je lah kat rumah aku tu. Aku kan anak tunggal, kesian aku nanti aku mati kebosanan.'' kata Suzi dengan muka 10 sennya. Kononnya boleh la pujuk Ed tu. macamlah dia tak tahu Ed tu macam mana.

'Yes, ada jugak makhluk Allah yang baik kat dunia ni. Alhamdulillah. Tapi kena cover line. Jual mahal sikit.'getus hati Ed.

''Hm..tengok la dulu macam mana.''jawab Ed.

''Alah, tak payah la nak tengok-tengok. Kau nak tengok apa? Tak payah nak tengok apa-apa pun. Family  aku bukannya tak kenal kau. Kau tu dah jadi anak diorang dah. Sampai kadang-kadang aku rasa aku yang anak angkat diorang.''makin lirih suara Suzi. Tambahan lagi bila dia menurkan ayat terakhir.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan duit dan kerjaya. Sehingga mengabaikan dia. Biarpun dia tampak sempurna namun, tidak. Dia kekurangan kasih sayang. Kasih sayang daripada ibu bapa. Mujur ada Ed yang sudi menampung segala kekurangan tersebut. Mereka berkenalan ketika Suzi cuba membunuh diri. Ketika itu pada semester pertama. Mereka berdua adalah homemate and classmate. Ini membuatkan masing-masing mula rapat dan tada!!! sehingga hari ini persahabatan yang terjalin, kekal. Harapan mereka biarlah persahabatan ini diteruskan biarpun dimamah usia.

''Yelah. Aku ikut kau. Hai la anak manja seorang ni.''ujar Ed sambil mengosok kepala Suzi. Rambut Suzi yang lurus menawan tu, apa lagi.. seraut la. Ed hanya ketawa apabila melihat muka Suzi yang sudah berkerut. Walaupun Ed seorang yang kasar. Namun, dia bertudung. Kasar tapi bertudung. Hmm.. pelik bin ajaib.

*

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu seilangan besar warga universiti. Hari konvokesyen. Time inilah jodoh bertemu, kawan baik yang terpisah pun bertemu, mak cik dan pak cik yang teman anak pun boleh berjumpa teman lama mereka semula. Pendek kata inilah waktu untuk segala pertemuan. Tak lupa, inilah kali terakhir peluang untuk berjumpa dengan prof. paling garang dan mak cik kafe, abang tukang lap meja dekat kafe, kakak basuh pinggan kafe, pak cik potong rumput sekeliling u dan semua la. Time ni la nak buat baik. Nak minta maaf dan ssebagainya.

Selapas tamat majlis konvokesyen ini, tiba-tiba Ed dan Suzi didatangi seorang pemuda.

"Assalamualaikum."ujarnya.

"Walaikumusalam." jawab mereka serentak. Berdosa kalau tak jawab salam. Lantas lelaki itu berlalu pergi tanpa sebarang kata atau pamitan.

"Err, Ed tadi tu manusia kan?" tanya Suzi ragu-ragu.

"Mana ada, bukanla, dia tu benda kecil-kecil dan halus-halus tu." jawab Ed cuba menakutkan Suzi. Padahal dia pun binggung dengan sikap lelaki tersebut. Ed juga ragu-ragu.

"Ish, kau ni biar betul. Alah tadi kau pun jawab salam dia. Kau ni teruklah." ujar Suzi sambil memukul Ed pabila dia sedar dirinya di permainkan.

*

       Ed masih lagi terbayangkan wajah lelaki misteri itu. Baju kemeja hijau kasual dan seluar denim, topi berwarna coklat muda dan kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya. Memang bergaya habis la! Tetapi Ed masih tidak berpuas hati dengan kehadiran lelaki misteri itu. Siapa yang berpuashati apabila ditegur dan diberi salam lalu pergi begitu sahaja. Ed masih berfikir, adakah lelaki itu menegur Ed, atau Suzi? Kerana lelaki itu tidak berkata sepatah pun melainkan salam yang dihulurkan. Akhirnya Ed terlelap juga dalam persoalan yanng belum terjawab.