Sunday, December 6, 2015

Alkisah MJM 2015


Walaupun lagi 3 minggu final exam akan start, maksudnya dah nak habis sem 3 la kan, aku tetap nak update pasal MJM haritu! HAHA! Tak kira! nak update gak!!!!




Untuk MJM haritu, aku dibawah unit Keselamatan! Alhamdulillah, sepanjang 3 hari MJM takdak la apa-apa yang tak dingini berlaku.

Hari pertama,
Pendaftaran start pukul 9.00am. Tapi biasa lah, parents yang nak cepat memang smpai awal. Tapi nasib baik, kami dah siap sedia kat tempat letak keta. Untuk sesi pendataran ni unit keselamatan, kenderaan dan runner bergabung. Kami ada 3 checkpoit yang kena jaga. So, oklah. Cumanya bila kenderaan x boleh bawak masuk ke dlam hostel, parents mulalah mengeluh. Sebab nak tunggu bas or van yang mengangkut tu lambat. Lambat bukan pasai pa, dari checkpoint yang aku jaga tu,(cp A) kena lalu kawasan yang paling sibuk dalam UMT ni, kawasan utama lah katakan. Tu yang jem sikit.

Student pulak terpaksa berdiri ikut giliran bawah panas matahari yang memang terik! Perghhh!!lagi la membahan parents ni. Bukan kami tak mau bagi duduk bawah khemah, tapi tak cukup tempat. Tak cukup Khemah yang disediakan. Terpaksa berbahagi, Sama ada parents yang duduk bawah khemah, or student. Pilih lah yang mana! Haha.

Tapi lepas dah tak ramai sangat tu, kami bawak la student duduk bawah khemah. Tapi parents pun terpaksa lah berkorban sikit, kena bagi ruang buat anak-anak. Dan alhamdulillah semuanya ok! TQ geng! You guys memang osem!!

Hari kedua dan ketiga,
Aktiviti dijalankan. macam biasa lah. Fasi kan.. Tidoq lambat bangun awai.. Tambah-tambah budak keselamatan. Sebelum student nak pi mana-mana, kami dulu kena berbaris sepenjang perjalanan. Sebelum student nak balik asrama, Kami jugak yang berbaris dulu nak sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, dapat kmpulan yang sangat bertolenrasi. Gilir-gilir kami pi makan, solat dan sebagainya. Bagi fasi part paling best part dok dalam dewan. Memang heaven la.. sebab kami da tak ada kerja nak buat dan masanya untuk TIDOQ!!

Bila sesi LDK, memang ang kena pandai tackle student la. Aq pun bagi la no. telefon, in case kalau depa ni ada emergency kan? Dan sammpai sekarang masih ada lagi yang wassap aku semata-mata nak tanya macam mana nak buat lab report! Hadoi sayang! hakak dulu pun balajo sendiri haha.. Pandailah ko nak hidup dek oi!! Aq tolong mana yang mampu ja lah. sebabnya silibus depa ni dah lain dengan kitorang. So, takut nanti salah bagi information, nama aku dak yang naik kan?

Habis 3 hari MJM, Alhamdulillah! Sebab dapat tiduq dengan nyenyaknya! haha.. penat memang penat, tapi pengalaman tu penting, xkan dapat kat-mana-mana!

::jarijemarimenari::nak apply jadi fasi lagi boleh??

Friday, December 4, 2015

Dah habis sem 3

Assalamualaikum...

Since dah berkurun aku tak begitu aktif kat blog ni, aku pun da tak dak banyak idea untuk tulis. 

Sem ni merupakan sem yang buat aku takdak life r. Seriously! Nak mengeluh pun, dah nak habis sem aku lalui. So, dah selamat!

YEEAAAYYY!!

Sem ni memang kaw-kaw punya KIMIA ANALISIS DAN PERSEKITARAN nya tu. Kalau kat sekolah ka, kat matrik tu, tau kata ada satu jenis kimia ja. But, bila da masuk uni, ni, baru lah terbeliak bijik mata! Baru tau berapa banyak kimia yang ada sebenarnya.

Antara subjek yang aq blajaq sem ni,
  • Kimia tak organik
  • Mekanisme dalam kimia organik
  • Kimia fizik
  • Statistik untuk kimia
  • Teknik spektroskopi dalam kimia analisis
  • Teknik pemisah dalam kimia analisis
  • Kimia alam sekitar
  • Tamadun asia dan tamadun islam
  • 3 lab!
Ni salah satu sebab pasaipa aq sesangat lah jarangnya bukak blog and update. Tak dak life weyh!

So, salah satu cara untuk aq hilangkan stress adalah join the club!
Just A CLUB actually!

Nak join banyak-banyak club tak terbawak pula nanti.

So, aq harap pada hampa semua yang baca blog ni (kalau lah ada, kan???), silalah memaafkan diri aku sebab tak selalu update blog. 

tapi aku rasa being super duper buzy is normal to someone who become a student, right?

kalau tak buzy karang cakap tak study pulak kan?

So, my final exam just around the corner. So, apa tunggu lagi!!! STUDY LAH WEYH!!!!

::jarijemarimenari:: best gila tengok senior-senior da grad! AQ PUN NAK GRAD!!!