Tuesday, February 24, 2015

FASI @ MENTOR?

Assalamualaikum....

Hye korang!! Aku harap korang pun penuh tenaga macam aku. Agak2 korang kenapa yer aku semangat sangat ni??

Meh sini cek nak ceghita sikit!

Hari Ahad minggu ni aku ada g sebuah institut pengajian ni. Tapi kat sini budak2nya hafiz n hafizah. Sopan santunnya tu memang terjaga! Tahap diorang menjaga batas pergaulan tu memang ohsem la. Keseganan aku terhadap mereka itu memang mencacak naik. Kalau ada graf tu memang melebihi kertas graf yang ada la..

Sebelum kitorang ke sana tu Miss Perz ada la bagi sikit taklimat pasal apa sebenarnya yg sedang berlaku, apa yg kitorang patut buat, pakai n sebagainya..

Apa yg paling penting nak hilangkan tahap malu diorang yang sangat3 tinggi tu. Bukan lah nak hilangkan terus.. kang susah plak kan.. Tapi biarlah bertempat. Ayong pula kata nak suruh diorang tu di pasang-pasangkan atas urusan profesional iaitu mengacarakan sesebuah majlis sekali. Macam majlis normal lain yang kita tengok. Ada si pengacara lelaki n ada pengacara perempuan. Tapi pada masa yang sama still menjaga batas2 syariat yang ditetapkan. So, masalah selsai kan?

Tapi yang sikit menjadi masalahnya tu, nak ajar diorang semua benda yang kitorang tahu dalam masa 2 jam. Mencabar gak tu. Untuk sesi latihan tu Sabtu ni punya kes. Aku pun excited nak tahu perkembangan diorang. Harap2nye diorang tak de la bergantung sanagt dengan apa yang kitorang bagitau. Sebabnya memang tak cukup lah. Aku pun rasa apa yang aku belajaq selama ni masih lagi tak cukup. So, aku tolong apa yang patut je lah kan.

Diorang tu semua sebaya je dengan aku. Dari umoq 16-21 tahun. Tak yah nak kakak sangat lah. Chill babe!! panggil nama sudah! But when you're in front of people you need to be soooo professional. Itu yang aku belajaq. Macam mana penat or marah or tak suka or apa2 je perasaan negatif yang ada pada diri tu, harus dibuang secepatya n terus senyum seikhlas boleh!

HAAA!!! nampak macam mencabar kan? Jawapan dy MEMANG TERLEBIH MENCABAR pun. Kau bayangkan, kau dah lah serabut dengan pengurusan event yang sangat serabut, tertiba ada pula satu manusia serabut yang datang buat serabut kat tempat kau. ko paham x ni? Aq pun rasa serabut baca benda serabut ni ah! HAAHAHHAA!! Ko paham2kan la ye...

bye nak tidoq~~

::jarijemarimenari:: tak sabaq nak jumpa diorang lagi. Tapi aku harap diorang tu x culture shock lah dengan kitorang yang pelbagai jenis ni.

Monday, February 23, 2015

Kesian!!!! Kesian!!! Kesian!!!!



Hye guys n gurls!! Kenapa kesian aku sampai 3 kali?
Sebabnya aku kesian la kat sapa2 yang slalu baca blog aq ni ataupun sesiapa yg follow aq.. Dah lama gila kot aku x update .. 

So, hari ni dengan hari yg panas mengelegak ni, aq nak update la sikit.
Bukan nak kata apa pun. Nak kata KESIAN ja!! 

OK!!! DONE UPDATE!!!

::jarijemarimenari::Selamat Tahun Baru Cina to WeiWei, ChingYee, YewChing, ZhiaSiang, WaiChen, MeiPeng n mannnnyyyy mmmoooreeee!!!