Thursday, March 21, 2013

Ku Bersyukur Diatas Segala Nikmat Dari-MU

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa hari ini aku mula kan entry  aku dengan maksud dari bacaan Basmallah. Sebab bagi aku yang tak belajar bahasa arab ni, kita kadang-kala tertanya-tanya. Apakah masud setiap bacaan yang kita baca. Tak kisahlah yang simple ke, yang complex ke, mesti ada sesekali dalam hati kecil ni wujud pertayaan yang sebegitu bukan. Jadi, hari ini sengaja aku mulakan entry aku dengan maksud ayat Basmallah ini sebagai renungan bersama. Aku pun bukanlah manusia yang tahu segala-galanya. Sekadar berkongsi motivasi diri dan penghayatan yang indah tentang Islam setahu aku.

Apa yang difahamkan dengan maksud Basmallah yang telah aku terjemahkan. "Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Sudah semestinya ALLAH itu SANGAT PEMURAH & SANGAT PENGASIH. Dan andai kata permintaan kita tidak ditunaikan oleh Allah, kita terus salahkanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 'Eleh Aty, ko kata senangla. Aku dah usaha tau, tapi tak dapat juga. Aku dah buat yang terbaik, tapi takda apa-apa pun. Hikmah apa yang aku dapat?' Pernah tak pertanyaan-pertanyaan keji ini menganggu fikiran. Aku yakin ianya pasti muncul dalam hidup korang walaupun sekali.

Aku mengaku, aku juga pernah melaluinya. Kadangkala, rasa putus harapan. Rasa dengki dengan orang. Rasa..semuanya salah orang. Aku dah buat yang terbaik, tetapi kenapa ianya bukan milik aku?

Setelah ketenangan yang dicari muncul barulah aku sedar, di setiap kali aku jatuh, akan ada insan yang sudi menghulurkan tangannya. Disetiap kali aku menangis pasti ada insan yang bekalkan tisunya. Mungkin insan yang datang dan pergi itu berbeza. Tapi apa yang aku boleh simpulkan. Disebalik apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. walaupun kita tidakmenyedari bahawa kita sedang menikmati hikmah itu.

Dulu aku ada rasa tak puas hati bila ada kawan aku ni dapat masuk mrsm. Padahal kalau ikutkan result, aku lagi tinggi pada dia. Setelah sekian lama aku berada di sekolah lama aku, dengan segala pencapaian ku. Mungkin ini lebih baik buat diriku. Mungkin inilah sudah ditetapkan buat diriku. Aku sendiri rasa, banyak yang dah berubah dengan diri aku. Menjadi seseorang yang lebih matang dalam menguruskan segala hal. Walaupun kadang-kala aku tersalah langkah, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Jadi, kepada semua penunggu SPM setelah sekian lama. Syukurlah dengan apa yang telah anda kecapi. Sekurang-kurangnya itu hasil usaha sendiri. Apa guna straight A tapi semuanya meniru.Mungkin sekarang anda bernasib baik. tapi tidak untuk yang seterusnya. Jika ianya seperti yang anda harapkan, TAHNIAH dari aku. Andai sebaliknya, ini bukan pengakhiran buat dirimu. Masih banyak jalan yang harus dilalui. Jadi, laluilah ia nanti dengan kesungguhan yang lebih luar biasa.

Hm.. rasa puas sangat bila dah abis membebel. sori lah ye kalau korang rasa enrty kali ni tak ada apa-apa yang menarik. Aku pun tak bajet nak tulis panjang-panjang ni. tertiba je idea mencurah-curah. Sampai tak tertahan.

jarijemarimenari::Usaha LUAR BIASA, hasil LUAR BIASA.

No comments: