Tuesday, December 9, 2014

POSTER GEMERSIK LA PULA.


Hai korang!! Kalau koraang nak tahu, GEMERSIK tu adalah salah satu kelab yang aku join kat u ni. Yang menyebabkan aku terlebih aktif. 

Nama sebenarnya Kelab Pengacaraan dan Komunikasi, GEMERSIK. Alhamdulillah, rezeki aku untuk masuk kelab ni terbuka luas.. 
Aku ada gak cita kat Mukh n Eika, yang aku jadi pengacara bagai... bla.. bla bla... Mukh buat muka tak puas hatin macam nak telan aku. Hang dah kenapa MUKH???

Eika pula menjerit sampai nak terkeluaq komponen dalam middle ear aku. ANG DAH KENAPA EIKAH????

So, hari ni aku dapat arahan dari bos beso, (president kelab la sapa lagi?) untuk buat poster. Selalunya senior yang buat, which is UDIN. 

Ayong, napa lah tak bagi tau awal-awal. Saya jumpa Udin kat bawah library ni tadi. Hm....

Aku mana lah pernah buat benda alah tu. Kalau ada si Udin tu, boleh gak aku tanya dia macam mana nak buat. Mintak dy ajarkan.

Nasib Ayong tau jugak cam mana nak buat. Dan dengan bantuan beliau, siaplah jugak poster aku. Poster 5 minit. JAJAAAAANNGGGGG!!!!!!



Kalau ada yang tak puas hati tu, puas-puaskanlah hati korang yee!!!

::jarijemarimenari:: Perlu ke aq update pasal benda ni? Perlu kot sebab ni first time aku buat! Perlu ada peningkatan di kemudian hari. Hehe!!!!

Thursday, December 4, 2014

Program Art Life Islamic Festival


Petang kat UMT ni hujan. Kesejukan la juga aku ni. Tapi memandangkan dah lama sangat aku x menulis. KAn???? Aq gatai tangan nak menulis la hari ni.
Aku nak kongsi pasai PROGRAM ART LIFE ISLAMIC FESTIVAL. Program yang paling besaq dalam hidup aku.. (buat masa sekarang la..)


Ni dia kad konsert kami. Nak masuk kena bawak ni k!

HARI PERTAMA N KEDUA(PAGI)


Dari kiri, Senior Dahlia, aq, Senior Fadhil, Senior Ajies n Ali
Yang tengah-tengah alam tu Senior Fadhil. Dy lah manager kami. Manager yang sangat caring n garang time latihan. TQ!! Tapi kalau bab makan memang best. TORBAIKK.


 MALAM PERTAMA

Malam yang pertama ni aq n S.Dahlia je yang duty. Kitorang jadi MC untuk RUNWAY: BEAUTY IN MODESTY.
Baju sponsor ok. Haha.. TQ. ZAFFA COLLECTION!!


 MALAM TERAKHIR

Disebalik tabir. TQ!

TQ semua!

EHEM...EHEM...


 DISEBALIK TABIR

Photoshoot!


The making of script. 
Sepatutnya que card je. ^_^!

Inilah kami waktu reheasel. Penat lelah yang akhirnya terbayar bila semuanya selsai tanpa sebarang masalah yang besar. Kesilapan kecik-kecik tu tentulah ada kan? 


Sebelum itu, kami ingin memohon maaf andai ada terlancur kata, tersalah bicara sepanjang program ini berlangsung.
Akhir kata, kami tinggalkan anda dengan seribu satu kenangan sepanjang program ini berlangsung. Assalamualaikum, jumpa lagi dan selamat malam. 


jarijrmarimenari::Semua tak sangka aku jdi mc depan orang ramai doe. Haha. Jangan risau sebab aku pun sampai hari ni tak caya. Anggaplah ini semua mimpi. Mimpi indah!! Kalau yang nak tahu lagi, pergi kat insta n type #alhamdulillah14 .Ada banyak lagi gambaq kat situ.

Monday, November 10, 2014

UpDate Trip to Pulau bidong

Assalamualaikum....

Hehehe.. Jangan marah ye semua. Aq janji lepas balik dari Pulau Bidong, aku nak update. Ni dah dekat 3 minggu baru tergerak hati nak mengupdate. Sorry la sayang2 sekalian. (nk termuntah aku)

Aq nak 'show off' la sikit gambar-gambar yang sempat aq rakamkan sebagai kenangan kat sana. Semoga ada pihak yang jeles. Hahahahaa.


Hari terakhir dengan semua instructor n lect.
Tak sangka dyorg ni memang sporting habis. 


Pulau Bidong ialah Stesen Penyelidikan Umt.
Dan kamilah modelnya. 

Otw to Pulau bidong.
Kat jeti ni. Selepas kerahan tenaga angkat semua barang scuba n makanan

Nampak tak lori kat belakang tu?
Itulah lori yang bawak kami punya barangan scuba.

One of my fav. pics

One of my fav. pics

Wefie lagi

Dan lagi.
Dengan Instructor yang sangat caring n prihatin dengan kitorang.
Mr.James

Sekali lagi.
Dengan dua instructor yang cool.
lelaki Yang baju hitam tu Instructor dan juga lect.

Masa group aku turun tu, kitorang x dapat turun dalam sangat. Sebabnya dah nak dekat Magrib dan waktu tu ombak kuat. Dan aku lagilah tak boleh turun dalam-dalam. Sebab aku tak boleh equalize. Telinga aku sangat sakit disebabkan tekanan yang berbeza. Nasib baik Mr. Sherry nampak aku terawang-awangan. Dy yang teman aq. Tapi xde pulok gambo dengan dy. Btw, THANKS MR. SHERRY.

 Naik tu sempat lagi Mr. James tanya aku, mana aku menghilang. Aku pun mengakulah, aku tak boleh equalize. Sebab tu aku kena naik. Dy kata patut lah dy cari aku xde. Semua instructor kat sini memang sorting n caring. Memang best dengan dyorang ni.

walaupun side effect dy sampai sekarang tak hilang lagi (sunburn la apa lagi), tapi aku tetap rasa aku nak pergi lagi. Memang bila kau dah tengok apa yang ada kat dasar tu, segala coral n ikan-ikan semua. Kau xterasa nak naik ke darat. Bila kau tak dalam air, your movement is 4D. You can moved which side or technique you want. Even if you want to fly. It's up to you. Your freedom is there.

Memang best. Tapi langkah-langkah keselamatan janganla dilupakan.

::jarijemarimenari:: Nak nangis je rasa bila semua orang boleh ke tahap kedalaman yang lebih berbanding aku. But i have a really great n memorable time there.

Sunday, October 19, 2014

DuSTA berKaLaNg

Dusta Berkalang live

Semua yang nista
semua yang dusta
Tidakkan tertahan
tidakkan tersimpan

Jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa

jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Ranumnya sang bulan
manisnya sri bayu
hanyalah puraan
di alam khayalan


jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya


Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa


Ya...

Dalam ombak hidup
kita yang layari
jangan kau tengelam
di arusmasa
harus kau kemudi
pulang ke hakiki

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa
jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
pantas cari lindungan
usah rebah hati
manis racun dunia
ramai insan tertawan
rawan terseksa

jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya
jadi debu berhamburan
mencari mangsanya
permainan mayapada
begitulah al-kisahnya

Pre: Pulau Bidong vs Cuti sem.

Assalamualaikum...

Hmmm... penat naik bot discovery tak habis lagi ni. Memang aku betul2 baru sampai. beberapa jam lepas. terus ada semangat nak update blog. Aq cuti midsem 17-26/10. Tapi cuti aq ah burn beberapa hari. Sebab ada kelas scuba. Kelas ni hanya 40 orang ja yang ikut. Yang lain nanti akan ke Marang untuk aktiviti surface. Kiranya dyorag ni blajaq pasal atas kapal la. Macam best kan?Aq pun rasa macam best. Aq pi Pula Bidong 17 pagi sampai lah hari ni, 19/10. Malam ni baru nak bertolak balik SP. Kat Umt ni dah sunyi dah sebabnya budak dip. suma dah cuti. Budak degree pun dah balik. Tinggal beberapa orang ja yang tak balik. Sadis.. Nasib baik banyak ja kedai2 makan yang bukak. tak de lah gangguan makanan kat sini kan.

Panjang berjela aku cerita ni, tak dak satu pun cerita pasai Pulau Bidong. Bukan taknak cita tapi gambaqnya belum ada kat tangan aq. Aq pi sana tak bawak sebarang gadjet. Malas nak jaga. lagipun kat sana bukannya ada network sangat. So nnti aq update balik k. letak gambo2 yang bez skit.. N cerita kat korang apa yang aq buat kat sana. K... jangan marah rr.. Nanti kena jual..

jarijemarimenari::Tak sabaq nak nak balik SP. 

Monday, October 6, 2014

#THROWBACK: JALAN-JALAN TERENGGANU

Assalamualaikum..

Malam ni tertiba rajin nak mengupdate entry walaupun mata nie dah mengantuk. Tak pe kalau mengantuk sangat, esok kita sambung la. Bukan nak lari pun kan?

Kes yang rajin nak update sebab aku dah upload photoscape. Aq pun bukannya rajin sangat nak edit2 ni. Bila tiba waktunya ja yang aq rajin. Waktu-waktu lain jangan haraplah. Tapi satu hal@ benda yang memang aku buat sebelum aq masukan gambao dalam blog, tag dulu. Walaupun korang boleh crop n buang benda/ tag tu tapi tak yah lah buat. Sian kat orang yang tangkap gambo tu. Penat cari idea nak edit+tangkap gambar. Kan? Panjang pulak aq bebel ni. Hehehe.. MIAN(SORRY)

Aq daftar kat UMT 2/9/14. tapi 30/8/14 aq dah bertolak ke Terengganu.Nampak tak semangat dy tu? Haha.. Misi utama ialah berjalan-jalan cari makan kat Terengganu ni dulu sebelum aq masuk UMT. Kiranya 2 in 1 la ni.

Kereta 1 (dr SP): Mak+abah+aq+dekna+khalis
Kereta 2 (dr Perak):ngah+opah+p.long+m.long+arif
Kereta 3 (dr Pahang): P.su n his family.

Memang meriah lah kan.

Ni lah homestay yang aq n family duduk.
Tengok aq siap promote lagi homestay ni. Kawasan perumahan dy agak baru. Tapi rumah dy rumah conner lot. Ni je yang aku mampu kongsi dengan korangpasal homestay ni. Nak tau lebih2 kenalah call sendiri. Lebih puas hati gitu. Aq sempat la juga jalan-jalan kat kawasan sekitarnya.

 Nie salah satu tempat yang aq singgah. Lorong Cina. Lorong cina ni memang mesteri sikit. Korang kena alert n sensitif. Baru korang boleh jumpa dengan lorong ni. Lorong sempit je. Keta memang xmuat nak lalu. Jalan ni juga sesak sebab jalan raya dy pun sempit. Bila kereta dah mula parking kiri kanan, memang tak berapa muat la kereta lain nak lalu. Kesabaran yang sangat tinggi diperlukan di sini.

Lorong kasut


Lorong mangga cinta. 
Hah! Cakap pasal lorong mangga cinta ni. Bagi sesiapa yang nak sangat or teringin sangat nak try macam kat Korea tu. Tapi tak berapa nak mampu la kan. Takkan nak pegi Korea semata-mata nak membuktikan cinta korang tu kan? Datang je sini, Walaupun x seagung n semeriah kat Korea, tapi boleh la untuk permulaan. Tapi aku xgalakan lah untuk yang muslim. Ini hanyalah info sahaja!!!




Kat tepi tu ada telefon buruk. Tapi gambo yang akutangkaptu tak menarik perhatian untuk tontonan umum. So, aku x letak lah.

Lepas tu kitorang jalan-jalan kat Pasar Payang. Perghhh, ramai gila orang. Nasib aku tak penah pergi tempat ni. Kalau aq selalu pergi, kompom aku balik je dulu. Esok baru datang balik. Aku ni bukannya suka sangat bersesak-sesak dengan orang ramai. *nilah perangai buruk aq*


Dalam kesesakan Pasar Payang tu, aku jumpa sorang budak kecik ni. Comel nor beliau dengan gaun bendera. Sebabnya hari yang aku keluar tu memang Hari Kemerdekaan. Bagus betul bapa dy ni kan? Korang penah ke rasa pakai baju bendera ni?



Part ni paling best. Semua junk food murah-murah. Walaupun kurang baik untuk kesihatan, aq pejamkan mata demi ikutkan nafsu yang membuak-buak nakkan junk food yang segala bagai tu. Hehehe.. Sekali sekala! Tak pa kan?


::jarijemarimenari: Sorry lah kalau da tak menarik blog ni. Rasa macam kena mula dari awal balik. Belajar step by step. Tapi kekangan masa. Insha-Allah! doakan yang terbaik untuk aku k!!!! Hwaiting.

Saturday, October 4, 2014

Tempat BARU, Teman BARU, Suasana BARU, Semangat BARU.

ASSALAMUALAIKUM...

Seperti yang tertulis ditajuk. Aq memang dah sambung belajar selepas beberapa bulan memengang jawatan penganggur. Tapi xdelah mengganggur sangat. Sebabnya aq kerja. 

Kalau dulu aq study kat Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), kali ni aq dapat sambung belajar kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Jauh x?

Jauh tak jauh 8 jam jugak la aq kat dalam keta tu. Memang bosan la duduk ja kan dalam keta tu. Dari KEDAH ke TERENGGANU kot. Nak buat macam mana rezeki aq semuanya jauh2. 

Aq dapat kursus KIMIA ANALISIS & PERSEKITARAN. MACAM MANA kursus tu? Aq pun tak tau nak jawab macam mana sebabnya aku pun baru sem satu. Dan apa yang aq belajar tu memang basic lagi.
-Organic chemistry
-inorganic chemistry
-analytical chemistry
-chemical safety & security
-physical chem.

Selama ni aq pun hanya tahu chemistry je kan. Tertiba masuk sini, hamek kau. Ada lagi pecahannya tu. Tapi Alhamdulillah. semuanya yang kita pernah belajar dulu kat matrik or STPM. Memang aq pun buat ulangkaji pakai nota matrik dulu. sebab lagi mudah nak faham. Cumanya ada lah sikit2 yang nak kena add up. 

Kat UMT dah tak panggil fakulti lagi. Panggil Pusat Pengajian. Jadi kursus yang aq ambil tu bawah Pusat Pengajian Sains Marin & Sekitar (PPSMS). Kat dalam PPSMS ada 4 kursus:
-KIMIA ANALISIS & PERSEKITARAN (KAP)
-BIODIVERSITY (BIO-D)
-BIOMARINE (BIO-M)
-SAINS SAMUDERA 

Untuk 4 kursus ni, kitorang ada kursusu sepunya. Untuk sem ni:
-KAP & SAMUDERA (Sains Selaman Skuba dan Kelesamatan Air)
-KAP & BIO-D (Chemical safety & security)

Yang ni je lah yang mampu aku cerita kat korang. Sebab aq ambil kursus ni. Kalau yang lain aku tak berapa tau sangat la.

::jarijemarimenari: Lama tak menaip, agak kaku dan lambat gitu.

Wednesday, July 16, 2014

Tukar diut raya...

Assalamualaikum...

Korang dah tukar duit raya? Kalau belum, baik g tukar sekarang... Kenapa? Sebab sekarang xramai lagi orang yang g tukar duit raya... Xyah lah nak tunggu lama2 kan?

Aq teman ayah aq g tukar duit. Kemain je ayah aq cakap nak tukar asing2. Kononnya boleh lah dapat sampul lebih.. Last2 aq ja yang dapat.. Tu pun dapat sepeket ja. Ayah aq xdpt pun.. Huahahahaha... Tu la len kali jangan tamak. Hekhek... So, bgi sesiapa yang nak bagi duit raya kat mak, abah, abang, anak, anak secara n semua, orang boleh la g tukar duit sekarang.... Good luck!




jarijemarimenari:: Xleh nak upload gambar.. 😔



Monday, May 19, 2014

ALHAMDULILLAH.. TRAVELLING.. SKUDAI, N9, PUTRAJAYA, CAMERON HIGHLAND.

Assalamualaikum...
YuHUUUUU... Nampak x ada keceriaan disitu. Hehe..
Habis je exam, 29 April 2014, jam 3.30 ptg, dengan sepantas kilat aq naik bilik n teruk check out. Roomate aku yang sorang tu dah check out awal lagi sebab paper dy habis kelmarin tu, so, dy yang balik paling awal walaupun hari yang sama. Pepagi tu kitorang kalut nak g exam, dy(eika) get ready nak balik. Tapi sempat salam dy n mak dy.
"Ko tanak nangis ke?"tanya Eika
"Takde maknanya, aku kalut nak g exam n. Tak terkeluar air mata ni. hahaha"balas Trah dengan muka xde perasaannya.

Petang tu memang semua pun balik. Waktu nak salam dengan Trah tu, dy dah start sob...sob...sob... hadoi..
Aq masih lagi xde perasaan.. Macamana nak ada persaannya, dok kalut nak angkat barang turun. Punya lah banyak barang aku.. Heheh.. Salam Trah n Aina pun sambil dok kalut.

Dan dari situ bermulalah perjalanan n hidup baru aku sebagai ex-matrik. hehe.. Dah boleh g jalan2..

Lepas amik aku tu, kitorang terus je ke Skudai. Rumah Maklong Linda. Sorry tapi xde gambar.

Balik dah malam. Terus ke rumah pakcik aku n terbongkang kat sana. Esok tu keluar lagi kali ni pi N9. Kali ni g rumah Kak Mira. (xde gambar jgak.)

Ok, kita cita kes yang ada gambar je erk...

Lepas g rumah kawan lama mak ku, kitorang pusing2 kat putrajaya.







 
Ni antara gambo2 bangunan kat Putrajaya tu..

 
 
Nilah adik aku... Suka sangat bajet..




 
Cantik x kaktus ni?? Comel n menarik..



 
Salad2 ni pula memang nampak menyelerakan..




 
Ladang teh yang buat aku x henti2 tekan butang kamera  ni. Cantik sangat.






Ni pula dekat Taman Lavebder... Sangat cantik... WAHHHHH!!!

jarijemarimenari:: Dah lama tak jalan-jalan. Memang best. Relax sangat. Tapi kesian kat abah sebab abah je yang drive. Kitorang kat blakang tido jer.. Hehehehee