Sunday, October 2, 2011

kOko n cOklat

Assalamualaikum...

Hari ni aku cuti sekolah coz dua hari lagi diorang semua nak exam PMR(4/10/2011).Dapatlah CUti seminggu. Tapi lepas tu kitorang pula ada final exam. Tapi apa kena-mengena tajuk yang aku tulis tu dengan apa yanng aku dok melalut ni? Hehe! actully xde kena- mengena pun. Orang kata mukadimah je dulu...

Aku ni hantu coklat. Aku memang suka makan coklat. Lagi-lagi kalau ada tambah hazelnut. PERGHHH!! sedap weyh..

Khasiat Koko

   VS  

  •     Biji Koko kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Antioksidan ini membunuh radikal bebas dalam tubuh kita. Kandungan antioksidan dalam biji koko 3 kali lebih tinggi berbanding teh hijau yanng kita selalu minum tu. Fenol pula dapat membantu dalam menurukan paras kolestrol dalam darah. Bila kolestrol kurang, risiko untuk dapat penyakit berkaitan jantung pun kurang. Dan akhir sekali risiko untuk dapat kanser pun berkurang, mencegak strok dan darah tinggi
  • Dalam coklat ada vitamin A, B1, C, D dan E .Dlam coklat juga ada Zat besi(iron), Kalium(Potassium) dan Kalsium(Calcium).


  • Koko sendiri merupakan  sumber magnesium yang tinggi.Antara kesan kekurangan magnesium dalam tubuh ialah hipertensi, penyakit jantung, diabetis, penyakit persendian.


  • Ada juga disesetengah spa menggunakan srub berasaskan koko coz koko dapat mencegah penuaan awal.

Jenis-jenis Koko


Coklat gelap/ Coklat kosong/  Coklat asli.


Kandungan biji koko didalamnya paling tinggi, lebih kurang 70%. Tanpa banyak gula, lemak tepu ataulemak sayuran. Mengandungi kandungan lemak dan zat besi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23% daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walau bagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.(That's why rasa dia pahit sikit. Orang kata semi sweet Tapi still syok bila makan. Aku suka yang ni.)


Coklat putih.


Mengandungi  20%  lemak sayuran(coco butter) tanpa sebarang koko asli. Sisanya adalah gula, susu dan vanila. Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18% daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Di samping itu, coklat putih juga mengandungai kalsium dan vitamin yang tinggi. Walau bagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih adalah lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko. Boleh menyebabkan kerosakkan gigi dan diabetis.


Coklat Susu.


Campuran biji koko dan susu yang ditambah dengan gula. Kandungan koko hanya 20% -25%. Coklat jenis ini lebih digemari kerana rasanya enak. Jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, mempunyai nilai pemakanan yang lebih baik. Coklat susu mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan vitamin sebahagian besarnya adalah disumbangkan oleh susu yang merupakan salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18% daripada tenaga, 11% daripada protein, 8% daripada zat besi, 47% daripada kalsium, 19% daripada Riboflavin dan 11% daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.


       












Lemak Koko






Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun, umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolesterol tetapi asid sterik yang terdapat di dalam lemak koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asid sterik tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah.










Serbuk Koko


Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Minuman Koko


Satu lagi barangan akhir koko yang sangat dikenali dan digemari oleh pengguna-pengguna ialah minuman koko. Minuman koko boleh didapati dalam serbuk koko asli atau serbuk koko dengan ekstrak malt seperti MILO, VICO dan Ovaltine dan minuman pek sedia koko yang biasanya dicampur dengan susu segar. Minuman koko ini juga mengangdungi khasiat-khasiat seperti lemak, protein, vitamin B dan mineral. Nilai pemakanan ini akan bertambah, terutama kandungan protein dan kalsium sekiranya minuman yang disediakan dicampurkan susu.

No comments: