Monday, October 3, 2011

cEritA unTUk koRAng 6 (a)

Kini Ed mampu memanjatkan kesyukuran terhadap Ilahi kerana impiannya selama ini tercapai dengan bantuan yang duhulurkan oleh Dato' Amir Iskandar. Baginya tanpa sokongan dan dorongan beliau sekeluarga dia tidak akan mampu melakukannya seorang diri. Dia berjanji tidak akan menghancurkan harapan ayah angkatnya itu.

"Hai Ed, dah jadi pengurus pun masih lagi termenung? Macam mana nak masyuk kalau asyik termenung?" tegur Suzi dari belakang.

"Bukan termenunglah, tapi aku teringat pengorbanan yang ayah kau dah lakukan pada aku untuk wujudkan chocolate house ni. Tak terbalas oleh aku. Terlalu besar." kata Ed perlahan.

''Ed, kau tak payahla nak fikirkan benda yang dah lepas tu. Bukan usaha papa aku je. Kau pun berusaha sungguh-sungguh. Ini semangat kau. Inilah tanda susah-payah kau. Papa dah serahkan sepenuhnya pada kau. Dia dah asingkan chocolate house ni dari anak syarikatnya. Kau jagalah chocolate house ni baik-baik. It's yours." kata Suzi memberi semangat

Keadaan chocolate house milik Ed nyata menjadi seperti yang di ingingkannya setahun lalu. Banyak yang dikorbankannya demi chocolate house ini. Dan kini dia mampu tersenyum bangga melihat hasil titik peluhnya dan pertolongan dari keluarga angkatnya. Ed tersentak dari lamunanya apabila mendengar suasana kecoh di ruang makan.

"Maaf encik. Boleh saya bantu" tanya Ed.

"Kau siapa? Mana bos kau, aku nak cakap dengan dia. Aku memang tak puas hati ni." kata seorang pemuda dengan wajah bengang.

"Maaf encik. Bos saya tak ada. Dia ada meeting. Ada apa-apa pesanan ke? Nanti saya sampaikan kepadanya." kata Ed memberi cadangan.

''Kau tak payah nak sibuk. Aku nak bercakap dengan bos kau, bukan dengan kau. Faham?" berakhinya ayat itu, pemuda tadi terus keluar dari kafe itu. Ed hanya mengelengkan kepalanya.

Sememangnya tiada yang tahu siapakah pemilik sebenar kafe yang terkenal itu. Ed menyembunyikan statusnya dari semua pekerja kafe miliknya dan dari pengetahuan umum. Bukan apa. Dia lebih selesa begitu. Katanya dia belum bersedia memaklumkan bahawa dialah pengurus disitu. Mereka hanya tahu Suzi merupakan pengurus sementara kafe itu. Pengurus sebenar berada di oversea. Kedudukan Ed pula sebagai ketua pekerja di kafe itu.

*
p/s: alamak dah xde idea la..malam ni tak dapat tulis banyak..idea tak masyukkk!!!! Nanti sambung lain la ok!!

No comments: