Friday, September 23, 2011

x Ade tAjuk

Assalamulaikum...

kadang-kadang tanpa kita sedar ada perkara yang kita tak tahu. Tapi kita cakapkan pada orang yang kita tahu benda itu. Tanpa kita sedar iynya menyusahkan diri kita dan kita dah pun menipu orang lain. Benarlah kata orang ada sesetengah kebenaran itu menyakitkan. "Berkatalah benar walaupun kebenaran itu menyakitkan." Tapi aku faham.Memang susah gila nak luahkan kan? Tambah-tambah kalau orang tu kawan baik kita. Tapi kata orang sahabat yang baik adalah sahabat yang menengur rakanya pabila rakannya berbuat salah, bukan sekadar mengiyakan walaupun ternyata sesatu perlakuannya itu salah. Kiranya bukan membodek la kan??

Penah tengok cerita Ungunya Cinta?? Kalau tak pernah tengok apa lagi search la kat youtube Ungunya Cinta. Cerita dia mcam biasa je. Tapi ada part tu Andi cakap "o..sebab tu orang miskin selalu kawan dengan orang kaya. Sebab nak kena tempiasnya erk?" Ungu pun bengang la dan dia ada cakap tak semua orang miskin macam tu.

Aku setuju dengan Andi tapi betul juga kata Ungu. Memang ada orang yang sengaja mendekatkan diri mereka dengan orang yang kaya dan berkemampuan untuk kepentingan diri sendiri. Tapi tak lah semua orang macam tu kan? Aku rasa orang yang kaya tu lagi susah nak cari sahabat sejati berbanding orang biasa sebab mesti ada niat lain kalau orang tu berkawan. MEmang la tak elok bersangka buruk. Tapi tak salah kita berwaspada kan? Ntahla aku pun ak tahu nak cakap macamana. Makin kita hidup. Makin macam-macam jenis manusia kita jumpa. Kadangkdang terdetik dalam hati kita 'ada juga orang macam ni dekat dunia ni'. Selalu orang yang kita kata macam tu mesti orang yang jahat. Aku rasa satu kita perlu ingat dalam dunia. Setiap ada yang positif pasti ada yang negatif. Pasti ada yang berlawanan.

No comments: