Friday, September 23, 2011

CeRitA uNTuk koRAng 4

     Suzi amat gembira hari ini. Mana tidaknya, hari ini Ed akan berpindah ke rumahnya. Hari ini dia bersiap dengan begitu comel sekali. Maklumlah dia hendak memujuk Ed supaya setuju dengan cadangannya walaupun Ed sudahpun memberi persetujuannya untuk berpindah ke rumah Suzi.

      Dirumah Ed pula, Ed sudah berfikir semalaman. Dia tidak akan berpindah ke rumah agam milik bapa Suzi tetapi cukuplah menyewa kondominium milik keluarga Suzi. Dia tahu, bukan senang hendak mencari rumah sewa yang murah ketika ini namun peluang yang di berikan harus digunakan sebaiknya tetapi jangan pula tamak dan tidak mengenang budi. Nasihat ibunya yang satu itu, tersemat dilubuk hati yang paling dalam. Tidak mungkin akan dilupakan.

"Assalamualaikum, Ed. Aku dah sampai ni." ujar Suzi dengan gembira.

"Kau dah siap berkemas? Jom ita bertolak."ujar Suzi lagi sambil menarik beg pakaian milik Ed.

"Eh, jap. Suzi, aku tahu aku dah janji dengan kau yang aku nak tinggal dengan kau. Tapi kan, aku rasa tak selesa la bila aku nak tinggal dekat rumah besar kau tu. Macam tak ada privisi pula kau dengan keluarga kau. Mana lah tahu nak bincang hal keluarga ke, apa ke. Apa kata kalau kau bagi aku sewa kondo kau tu? Tapi sebulan dua ni aku tak dapat la nak bayar lagi, nanti bila aku dah dapat kerja, aku bayar ok?"terang Ed sambil membuat muka simpati habis!

''Ala Ed, kau ni. Tak ada maknanya nak privisi-privisi segala. Lagipun kalau nak bincang kan boleh bincang dalam bilik bacaan. Tak ada masalah la. Jom la Ed.''pujuk Suzi lagi.

"Tak pe la Suzi, nanti kalau parent kau pergi oversea kau datang la kondo. Kau nak datang hari-hari pun boleh. Boleh ye Suzi." kata Ed dengan muka mengharap.

''Yelah."kata Suzi setelah seminit berfikir. Ed pula tersenyum lebar dan memeluk rakanya itu.

Kemuadian mereka pun pergi ke kondominium milik ibu bapa Suzi.

*

"Wah, besar juga kan kondo papa kau? perabot semua lengkap, bersih pula tu. Tapi kenapa tak ada orang sewa pun?" tanya Ed.

"Ntah la. Aku pun tak tahu."balas Suzi. Mereka terus ke bilik utama dalam kondo itu. Berbaring dan bersenang-lenang di atas katil yang empuk itu. Memang best la.

"Ed nanti kalau kau boring kau pergi la vila papa aku erk?" kata Suzi.

"Hm.. tengok la. Segan la nak pergi. Lagi pun aku mana ingat jalan pergi vila kau tu."

"Kereta kau mana?"

"Ada dekat rumah nenek aku. Kenapa kau tanya?"

"Asal kau letak kereta kau kat situ? Kan kau cakap nenek kau dah tak ada ke? Nanti kena curi ke apa ke? Kau ni tak sayang kereta ke?" marah Suzi.

"Kau apa hal.Relax la. Kan tiap-tipa minggu aku balik sana. Aku balik start enjin. Bawa kereta tu jalan-jalan. Macam la kau tak tahu."

Suzi hanya tersengih. "Bila kau nak pergi ambil kereta tu?"

"Esok lah. Hari ni dah penat la. Jom pergi makan. Aku dah lapar la."

"Jom!!" jerit Suzi. Lalau mereka pun keluar dengan gembiranya.

*

" Ni kan jalan masuk rumah nenek kau?" tanya Suzi keepada Ed.

"Ha'ah."kata Ed sambil menganggukkan kepalanya.

"Wah besar juga rumah nenek kau. Nenek kau ramai anak ke? Besar gila rumah. Kalau ubahsuai ni mau besar lagi pada vila aku ni. Dasyat. Dasyat juga nenak kau kan?"kata Suzi. Kagum betul dia dengan keluasan rumah nenek Ed. Sebaik sahaja dia mamalingkan kepalanya kearah kanan, barulah dia perasan hanya dia seorang disitu. Pendek kata dia kena tinggal. Dahla tu, cakap seorang diri pula tu. Ish! Ish! ish!

'Cis apalah Ed ni ada dia tinggal aku sorang-sorang kat sini.'getus hati Suzi sambil menahan geram. Dia terus berjalan ke arah Ed. Mahu saja dia memarahi Ed kerana membiarkan dia bercakap seorang diri, tap muka Ed. Muka Ed menunjukkan sesuatu sedang tidak kena. Dia cuba berfikir. Apa yang tidak kena dengan rumah ni. Rumah ni terkunci elok. Tak ada tanda-tanda pencuri mahupun perompak. Tapi kenapa muka Ed pucat semacam. Ed tak sihat ke? Suzi terus berlari kearah Ed.

" Ed kau kenapa? Kau ok tak? Apa yang tak kena?" tanya Suzi bertubi-tubi. Ed terus terduduk. Jatuh ke tanah merah yang berlopak itu. Lemah sekali. Suzi tidak pernah melihat Ed selemah ini. Kenapa ni? Dia binggung.

"Suzi. Kau tengok tu. Dalam garaj tu. Kereta dah tak ada. Tolong aku."balas Ed. Lemah. Sesaat kemudian Ed terus bangun dan berlari kearah jalan raya. Suzi panik! Apa Ed nak buat??

No comments: