Tuesday, September 27, 2011

cEriTA unTuk koRanG 5

"Mak Long buka pintu ni!"jeritan Ed memang power sampai Suzi yang jauh dibelakangnyapun boleh mendengar. Kedengaran suara Ed sekali lagimemanggil Mak Longnya. Tapi apa kena-mengena Mak Longnya dengan kereta Ed. Suzi hanya diam. Takut apabila nanti dia masuk campur, lain pula jadinya. Jadi lebih baik kalau diam sahaja.

"Kau nak apa datang rumah aku ni? Salam tidak, Main jerkah-jerkah ja. Mak kau dulu tak ajar budi bahasa ke? Hah!"tanya Mak Long Ed dengan kasar. Hm, elok la tu dua-dua kasar.

"Mak Long, kereta saya mana? Mana Mak Long?" tanya Ed tanpa mempedulikan soalan yang diutarakan oleh Mak Long.

"Manalah aku tahu, tu kereta kau bukan kereta aku. Lagipun setakat kereta buruk tu, kalau kau jual pun dapat berapa sen sangat. Kalau guna, hm, buat bazir beli petrol ja. Bocor sana bocor sini." bebel Mak Long Ed sambil menafikan tuduhan Ed.

"Mak Long jangan ingat saya tak tahu.Mak Long memang nakkan kereta tu. Yang berapa sen sangat tu la yang mak long nak. Mak long memang tak boleh tengok saya senang kan? Mak long cakap dengan saya, kedai mana maklong jualkan kereta tu?" Soal Ed bertubi-tubi.

"aku cakap aku tak tahu, aku tak tahu la. Kau ni kenapa, dah pekak? Dah la, melayan kau habis tak berasap dapur aku."seraya itu, maklong Ed terus menutup pintu rumahnya. Tinggallah Ed di hadapan rumahnya.  Ed terduduk, lalu mengalirkan air mata. Suzi dibelakang hanya mampu melihat. Drama yang ditontonnya sebentar tadi sukar difahaminya. Lalu dia bergerak mendekati Ed.

"Ed, kita balik ok.Kau duduk dekat sini pun bukannya mak long kau nak buka pintu. Esok kta cari kereta tu hm."pujuk Suzi.

"Aku rasa, aku takkan jumpa dengan kereta tu. Maklong aku mesti dah sorokkannya, takpun dia tukar rupa kereta tu. Dahla, tak payah la kita cari lagi kereta tu. Biar ja. aku dah tak larat nak melayan kerenah maklong aku tu."lirih suara Ed ketika itu.

*

"Suzi, syarikat papa kau tu jual koko kan?" tanya Ed ketika Suzi melepak di rumahnya dan mereka hanya menonton televisyen. Suzi membalasnya dengan mengangguk. Itu tandanya YA!!

"Asal kau tanya?Kau berminat ke?"tanya Suzi kembali.

"Tak aku nak tahu je? Lagipun aku merancang nak buka chocolate house la.''cakap Ed.

''Apa? Chocolate house?Apa tu?" tanya Suzi kehairanan.
'Tak pernah aku dengar chocolate house ni, coffee house pernah la.' getus hati Suzi

"Ala kau ni, chocolate house ni macam kafe biasa la, cuma makanannya semua berasaskan biji koko ataupun coklat. Contohnya, aiskrim, kek, biskut, minuman panas ataupun ais, iceblend, jenis-jenis coklat macam dekat pasaraya tu, kalau kau nak letak barang kosmetik atau kesihatan berasaskan koko pun boleh. Kita buat satu kaunter khas untuk itu. Lagipun remaja zaman sekarang suka pakai internet, so kita boleh letak internet situ, budak-budak tu boleh pakai dan kita pun masyuk. Hm.. Macam mana?" tanya Ed setelah penerangan panjang lebarnya.

Suzi mengelengkan kepalanya. Berkerut wajah Ed melihat muka temannya itu.

''Kau bagitahu aku ni kenapa? Aku rasa baik kau cadangkannya pada papa aku. Comform dia suka. Lagipun dia memang suka orang yang otak bisnes ni. Kalau mengharap aku, hm.. Tak dapat apa-apa dan bangkrup la papa aku tu."ujar Suzi.

"Ok kalau macam tu jom pergi vila aku sekarang. Papa aku cuti ni. Sebelum dia kena pergi mana-mana baik kita pergi jumpa dia. Kalau tak nanti berjanggut kau kena tunggu."kata Suzi bersemangat sambil menarik tangan Ed.

*

"Assalamualaikum. Papa, Mama. Mama dan papa kat mana? Anak mama dan papa dah balik ni." jerit Suzi sebaik sahaja melangkah masuk dalam vila milik papanya.

"Nonn, ibu besarnya ada di taman sama itu tuan besar. Lagi berdua-dua gitu."ujar pembantu rumah Suzi.

"Sis, berapa kali saya cakap, tak payahla panggil saya Non. Geli saya dengar, macam nama saya Non je. Nama saya Intan Suziana bt. Amir Iskandar. Bukannya Non. Sis ni dah dekat 5 tahun kerja dekat sini, pelat Indon tu kuat lagi,bila nak tukar jadi orang KL ni?"ujar Suzi sambil menyalami pembantu rumahnya. Ed hanya menturuti.Walaupun Siska hanya pembantu rumah di rumah ini, tapi rasa hormat Suzi tinggi memandangkan Siska tua dari dirinya 3 tahun.

"Jadi orang KL? Enggak mau loh. Ngapain? Biar aja sis begini. Udah selesa gini. Ngak perlu ditukarin lagi. Nanti ada yang kata lupa daratan lagi. Udah datang Malaysia mau jadi seperti orangnnya Malaysia. Nggak mau sih."ujar Siska membangkang.

"Oklah sis, melayan sis ni habis semua hilang. Dahla Suzi nak jumpa papa ada projek terbaru untuk papa. Bye."kata Suzi sambil berlari menarik tangan Ed menuju ke taman rumah mereka.

"Papa, Mama. Tengok ni, Suzi bawa Ed ni."ujarnya gembira. Mama dan papa Suzi mengangkat kepala melihat Ed. Ed sudah tidak asing lagi bagi family mereka. Kalau sudah di iktiraf anak angkat takkanlah asing lagi kan?

"Ish budak bertuah ni. Bukannya nak bagi salam dulu. Kita ni kan orang Melayu. Penuh dengan adat, peraturan dan tatasusilanya."ujar Datin Suria, mama Suzi la. Suzi hanya tersengih. Keluarga mereka ni memang menjaga adat serta peraturan. Terbaik!

"Papa, Ed kan dia ada satu idea yang sangat bernas bagi Suzi untuk memajukan company papa."kata Suzi sambil memberi isyarat mata pada Ed yangn masih berdiri.

"Oh ye? Eh Ed, apa berdiri je? Nak jadi bodyguard uncle ke?"gurau Dato' Amir Iskandar.

"Idea apa yang kamu fikirkan? Cerita lah pada uncle. Manalah tahu kamu boleh jadi patner uncle nanti. Nak harapkan Suzi ni, bankrup la company uncle ."kata papa Suzi lagi. Setelah mendapat sokongan padu daripada Suzi, mama dan papanya, Ed dengan bangganya memberitahu semua tentang ideanya untuk membuka chocolate house. Dato' Amir mendengar dengan bersungguh-sungguh. Maklumlah projek baru bakal masuk. Kalau berjaya mesti masyuk, nak-nak pula kalau dapat buka banyak cawangan. Fuh! gerenti kaya.

*

No comments: