Wednesday, September 7, 2011

cEritA uNtUk koRaNG 3

Hari ini merupakan hari terakhir  exam berlangsung. So, lepas ini no more exam, no more study. Yang tinggal hanya enjoy. Best gila. Lepas ni semua membawa diri masing-masing. Ada yang kahwin, adayang sambung belajar, ada yang balik kampung dan sebadainya. Tapi Miss Maya Edrina ni belum tahu apa dia nak buat lepas ni. Nak melepak kat hostel mana boleh dia bukannya budak u dah, rumah sewa pun tak cari lagi. Nak balik kampung bukannya ada sesiapa. Hmm.. Apa nak buat?

''Eh, Ed lepas ni kau duduk je lah kat rumah aku tu. Aku kan anak tunggal, kesian aku nanti aku mati kebosanan.'' kata Suzi dengan muka 10 sennya. Kononnya boleh la pujuk Ed tu. macamlah dia tak tahu Ed tu macam mana.

'Yes, ada jugak makhluk Allah yang baik kat dunia ni. Alhamdulillah. Tapi kena cover line. Jual mahal sikit.'getus hati Ed.

''Hm..tengok la dulu macam mana.''jawab Ed.

''Alah, tak payah la nak tengok-tengok. Kau nak tengok apa? Tak payah nak tengok apa-apa pun. Family  aku bukannya tak kenal kau. Kau tu dah jadi anak diorang dah. Sampai kadang-kadang aku rasa aku yang anak angkat diorang.''makin lirih suara Suzi. Tambahan lagi bila dia menurkan ayat terakhir.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan duit dan kerjaya. Sehingga mengabaikan dia. Biarpun dia tampak sempurna namun, tidak. Dia kekurangan kasih sayang. Kasih sayang daripada ibu bapa. Mujur ada Ed yang sudi menampung segala kekurangan tersebut. Mereka berkenalan ketika Suzi cuba membunuh diri. Ketika itu pada semester pertama. Mereka berdua adalah homemate and classmate. Ini membuatkan masing-masing mula rapat dan tada!!! sehingga hari ini persahabatan yang terjalin, kekal. Harapan mereka biarlah persahabatan ini diteruskan biarpun dimamah usia.

''Yelah. Aku ikut kau. Hai la anak manja seorang ni.''ujar Ed sambil mengosok kepala Suzi. Rambut Suzi yang lurus menawan tu, apa lagi.. seraut la. Ed hanya ketawa apabila melihat muka Suzi yang sudah berkerut. Walaupun Ed seorang yang kasar. Namun, dia bertudung. Kasar tapi bertudung. Hmm.. pelik bin ajaib.

*

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu seilangan besar warga universiti. Hari konvokesyen. Time inilah jodoh bertemu, kawan baik yang terpisah pun bertemu, mak cik dan pak cik yang teman anak pun boleh berjumpa teman lama mereka semula. Pendek kata inilah waktu untuk segala pertemuan. Tak lupa, inilah kali terakhir peluang untuk berjumpa dengan prof. paling garang dan mak cik kafe, abang tukang lap meja dekat kafe, kakak basuh pinggan kafe, pak cik potong rumput sekeliling u dan semua la. Time ni la nak buat baik. Nak minta maaf dan ssebagainya.

Selapas tamat majlis konvokesyen ini, tiba-tiba Ed dan Suzi didatangi seorang pemuda.

"Assalamualaikum."ujarnya.

"Walaikumusalam." jawab mereka serentak. Berdosa kalau tak jawab salam. Lantas lelaki itu berlalu pergi tanpa sebarang kata atau pamitan.

"Err, Ed tadi tu manusia kan?" tanya Suzi ragu-ragu.

"Mana ada, bukanla, dia tu benda kecil-kecil dan halus-halus tu." jawab Ed cuba menakutkan Suzi. Padahal dia pun binggung dengan sikap lelaki tersebut. Ed juga ragu-ragu.

"Ish, kau ni biar betul. Alah tadi kau pun jawab salam dia. Kau ni teruklah." ujar Suzi sambil memukul Ed pabila dia sedar dirinya di permainkan.

*

       Ed masih lagi terbayangkan wajah lelaki misteri itu. Baju kemeja hijau kasual dan seluar denim, topi berwarna coklat muda dan kaca mata hitam sebagai pelengkap gaya. Memang bergaya habis la! Tetapi Ed masih tidak berpuas hati dengan kehadiran lelaki misteri itu. Siapa yang berpuashati apabila ditegur dan diberi salam lalu pergi begitu sahaja. Ed masih berfikir, adakah lelaki itu menegur Ed, atau Suzi? Kerana lelaki itu tidak berkata sepatah pun melainkan salam yang dihulurkan. Akhirnya Ed terlelap juga dalam persoalan yanng belum terjawab.

No comments: