Tuesday, January 24, 2012

cEritA uNtuk kOranG 7

*
Seperti yang dijanjikan malam ini Ed bakal membuat kerja lebih masa demi suprise party pelanggannya. Sejak jam 5 petang tadi dia sudah pun berada di rumah milik keluarga Syamsul. Dia bersyukur kerana Syamsul tidak banyak kerenah dan hanya menurut apa yang dicadang olehnya. Kini segala persiapan hampir siap.

"Ed, bunga ni nak letak mana?'' tanya Lyana, pekerja baru Maya Chocolate House.

"Tu. Atas meja panjang tu." balas Ed sambil tangannya ke arah meja panjang disebelah kanan tempat mereka berdiri. Ed mendengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Lalu dia menoleh. Terlihat seorang remaja perempuan berjalan menuju ke arahnya.

"Ni, kak Ed erk?"tanya remaja tersebut. Ed membalasnya dengan menggangguk.

"Saya Shikin. Adik Syamsul merangkap anak bongsu keluarga ini. Umur saya 16 tahun. Saya kenal sis sebab abang saya ada kasi tahu dia nak buat suprise party untuk mummy. So, dia suruh tanya sis ada apa-apa yanng tak beres ke tak kena or apa-apa keperluan lain.''terang Shikin panjang lebar.

'Peramah betul budak ni' getus hati Ed.

'Cantik sis ni, patut la abang angau' bisik hati Shikin pula.

"Tak ada apa-apa. Cuma sis nak tahu ada billik kosong tak nak solat dan arah kiblat." kata Ed.

"Oh,  nak solat sekarang ke?" tanya Shikin. Ed pantas mengangguk. Lalu mereka pun menuju ke billik tetamu di bahagian bawah.

"Ni lah biliknya. Toilet dekat sebelah kanan ye sis. Ada apa-apa lagi ke?"tanya Shikin lagi. Ed hanya menggeleng lalu mengucapkan terima kasih kepada Shikin.

Diluar Syamsul hanya melihat perlakuan adiknya yang seorang itu. Shikin menaikkan kedua ibu jarinya kepada Syamsul sambil mengenyitkan matanya.

*

Malam itu majlis berjalan seperti yang dirancang. Senang hati Ed melihat kemesraan keluarga itu. Bahagia. Lalu dia mengeluh apabila terkenangkan kisah lalu.

"Ed, tak baik mengeluh la"tegur Suzi. Ed terdiam.

"Kau masih teringat apa yang berlaku ke?"tanya Suzi. Ed hanya menggangguk. Begitulah Ed. Jika runsing memikirkan sesuatu pasti dia menjadi pendiam. Suzi senang dengan sikapnya yang satu itu. Tapi keengganan Ed untuk menceritakan apa yang berlaku dalam hidupnnya membuat Suzi runsing. Namun dia tidak memaksa Ed untuk meluahkannya.

"Ed!" jerit Syamsul. Ed menngalihkan matanya bertemu mata Syamsul. Lalu Syamsul menggamitnya. Ed hanya menggeleng. Syamsul menggamit lagi. Sekali lagi Ed menggeleng. Lalu Syamsul berjalan ke arah Ed.

"Ed, jomlah. Mummy saya panggil tu. Dia nak tanya sesuatu pada awak."terangnya.

"Pergilah Ed. Bukan selalu pun"  kata Suzi memberi sokongan dan dorongan padu! Ed pun menuruti langkah Syamsul sambil menarik tangan Suzi.

'Apa kes pula tarik tangan aku ni. Pergi mana pun asyik ajak aku sama.'bebel Suzi dalam hati
'Esok nak kawin pun ajak aku sekali' bebelnya lagi.

''Mummy, inilah Ed. Dialah yang rancang suprise party mummy ni" kata Syamsul sambil tersennyum simpul, memberi seribu makna buat mummy tersayang. Setelah deperkenalkan, Ed menyalam dan di ikuti oleh Suzi.

"Oh, inilah. Apa khabar? Terima kasihlah sebab tolong anak aunty, kalau nak harapkan dia yang buat sendiri, hm, tak tahulah apa yang akan jadi"kata mummy Syamsul, Puan Shida

"Sama-sama aunty. Tak susah pun. Dah biasa. Lagipun bukan saya buat semua, tu diorang yang banyak buat saya tolong sikit-sikit je." kata Ed merendah diri. Al-maklumlah depan mak mentua OPS! tak tahu lagi. Mungkin betul, mungkin juga tak kan? Jodoh pertemuan ditangan tuhan.


"Ed dah makan?'' tanya mummy Syamsul dengan prihatin.
"Hm..tak pe Aunty. Saya dah biasa. Aunty makan la dulu. Saya ada hal cikit." balas Ed sopan.
' Alamak tertiba je sopan. Kat belakang punyala ganas. Kepala peragut pun pernah dilukunya. Ed..ED..'bisik Suzi didalam hatinya.


*


"Ed!" laung Syamsul. Ed memalingkan kepalanya . Kini mata bertentang mata. Bahaya tu. 


"Ada apa?" tanya Ed selamba. Penat barangkali. Banyak sangat barang yang perlu dia buat untuk birthday party  kali ni. Al-maklumlah kali ni orang kaya. Mestilah memberikan first class service.


"Awak dah nak balik ke?" 


"Lepas habis kemas ni saya baliklah. Kenapa?"


"Oh. Awak balik dengan siapa? Saya hantarkan ek?"


"Tak payah la. Saya balik dengan Suzi je. Thanks."


"No! Saya nak hantar awak je. Lagipun saya nak ucapkan terima kasih kat awak. Awak banyak tolong saya. Ok la erk? Boleh la sekali ni je?"


"Oh, tak pe. Itu kan memang tugas saya. Lagi pun awak bayar pada saya. So, awak tak perlu la nak rasa terhutang budi ke apa ke kan?" ujar Ed acuh tak acuh. Mungkin penat melayan tetamu yang hadir sebentar tadi. Di tambah pula lelaki yang dihadapannya kini yang agak memaksanya. Mungkin sedar tentang kesilapannya. lalu dia mengalah. Mungkin mahu meredakan keteganggan gadis di hadapannya. Ketenggan yang jelas terpancar dari raut wajah Ed.


"Oklah. Tapi terima kasih ye. Sempurna betul majlis tadi." ujar Syamsul . Ed hanya mengangguk.


"Ed! Jom lah. Dah malam ni.!"jerit Suzi yang berada dikereta Swift miliknya.

"Hm..sorry. I got to go. Assalamualaikum." kata Ed lalu berjalan ke kereta Suzi.

Syamsul hanya menjawab salam itu dalam hatinya dambil melambai sayu kepada Ed.
'Hadoi, melepas la pula.' bisik hatinya sendiri.

Lalu dia berjalan ke arah pintu masuk rumah tetapi dia terkejut apabila melihat ibu  dan adiknya sedang tersengih melihat telatah dia. 'Oh no. Diorang nampak ke drama tadi?' pertanyaan itu muncul dalam kepalanya.

"Tak sangka anak  mummy ni tak pandai nak mengayat perampuan. Kesian dia dah frust menonggeng la pula." usik mummy. Shikin hanya ketawa kecil. Saymsul pula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

*

No comments: