Saturday, July 30, 2011

cEritA UntUk KoraNG 1


Pagi itu muka Ed tidak seperti biasanya. Muka macam tapai basi pun ada juga. Haha.

" Kau kenapa Ed? Macam orang mati laki ja?"kata Suzi.
'Ish, tak da insuran betul la mulut kawan aku ni.' marah Ed. tapi dalam hati ja. yang si Suzi pula dah bantai gelak dekat si Ed ni.

" Banyaklah kau punya mati laki. Kenapa kau tak bagi tahu aku yang prof. tak masuk hari ni? Sia-sia ja aku bangun awal tahu?" ujar Ed.
" Ek eleh. Aku ingat besarla masalah kau tu. rupanya yang tu ja? apalah kau ni Ed. Eh. semalamm kau tak cheack email ke? Dia ada sent email la." ujar si Suzi. Ed hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal itu nak coverla tu.

Selepas itu Ed pun terus melangkah ke kafe universiti mereka. Suzi di belakang sedang mengejar Ed di hadapan. Laju betul si Ed ni berlari. Maklumlah dulu dia ni atlet masa sekolah. Makanan favourite Ed dekat kafe ni tentunya char koteow yang sangat mengamcam baunya bila dimasak. Entah apalah yang diletakkan dalam char koteow itu sampai menjadi makanan kegemaran si Ed ni.

"Wei, cepatla. Kejap lagi ada class dengan prof. pon tu pula." ujar Suzi mengingatkan Ed.
" Hm, ye lah." jawab Ed malas.

*

"Ok.Class. See you after tomorrow ok? Da." ujar Prof. Lili, atau nama sebenarnya Leman bin Zainon. Entah macam mana tersesat Lili pun nyah tak tahu.

"Ed, jom makan aiskrim nak? Tapi kau belanja, ok?" tanya Suzi
" Banyak cun muka kau. Dah la kau ajak aku makan aiskrim, aku pula yang kena belanja kau. Taknak la aku." ujar Ed
"Kedekut betul la kau ni. Bukan selalu pun kau belanja aku." kata Suzi dengan muncungnya sekali. Merajuk la tu.
"Hm, yelah. Aku belanja la. Tapi balik nanti kau kena masak, ok?" tanya Ed sambil mengankat keningnya ala-ala Ziana Zain.
" Kau ni memang pemalas kan? Asyik aku je yang nak kena masak. Hm, oklah memandangkan kau nak belanja aku makan aiskrim, aku masakkan untuk kau malam ni. Deal!" kata Suzi. Macam budak-budak saja mereka berdua ini.  Padahal kalau hendak dibuat mak orang pun sudah cukup layak.

Mereka pun berlari menuju ke kafe. Tiba-tiba...
Buk!!
"Adoi.."serentak suara itu berbuunyi.
"Sakit la oi. Kau tak nampak ke kitorang tengah buat lari pecut 1000 km/ jam ni, hah?" tanya Ed kasar.
"Oh, sorry. Tapi kalau tak salah saya ni kafe bukan padang, kan?" tanya mamat ni sambil buat muka blur. Si Ed apa lagi hanginla. Dahla langgar orang, boleh pula buat loyar buruk. Yang si Suzi hanya tersengih. Hendak gelak lebih-lebih, takut si Ed mengamuk padanya pula.
' Nasibla mamat ni lelaki, kalau la perempuan, hm, comform kena ketuk dengan si Ed ni.' kat Suzi dalam hati.

"Er, awak ok tak? Kawan awak ok tak? Kalau tak ok, saya hantarkan ke klinik. Na..nama saya Azri, Syamsul Azri" ujar  Azri. Tergagap. Takut mungkin.

"Dah. Tak payah kau nak buat baik kay sini. Aku ok, kawan aku pun ok. Ada aku tanya nama kau? Asal kau tak cakap sekali nama atuk nenek kau?" sinis Ed kasar.

Dengan muka blurnya, Azri pun kata "Nak kena bagi tahu jugak ke nama datuk dan nenek saya?"
Dua saat kemudian..
"Kkkaaahhhh!!!" kedengaran gelak tawa Suzi yang tanpa cover. Huh! kus semangat. Macam Cik Punti mengilai.
"Haha..apa nama kau? Kau ni memang lawakla. Kenapa kau tak masuk ja Raja Lawak er? Kalau kau masuk aku gerenti kau menang. Memang lawak betul. Kan Ed?" tanya Suzi dengan matanya yang sudahpun berair. Ed hanya mengangkat keningnya ala-ala Ziana Zain gitu.
"Dah, blah la."kata Ed sambil menolak lelaki itu.

`Huish, ganas gila. Macam jantan. Musykil aku. Lelaki ke perempuan? Sakit kene rempuh macam kene rempuh dengan ahli bina badan. Tapi badan dia tu kecil je. Ish ni yang bertambah kemusykilan aku ni. Hah! aku tahu mesti tulang besi urat dawai. Haha.' gelak Azri sendirian.

"Ed, asal kau cakap macam tu dekat mamat tu? Tak baik la Ed. Aku tengok dia tu macam orang baik je." ujar Suzi.

"Hm. kalau ikut kau semua lelaki hansome kau cakap baik. Ntah apa-apa." kata Ed.


p/s: aku tak tahu lagi la nak letak tajuk ape ka certa neyh..kowg tolong la cdangkan ye..

No comments: