Thursday, July 12, 2012

KeLaNTaN (PaRT 2)

Assalamualaikum..

HARI KE-2

~ Rombongan ke Pasar Siti Khadijah (PSK). Bayangkan, dari pukul 9.00 pagi kitorang dekat situ sampai ke pukul 2.00 petang.

Sebelum nak sampai ke PSK tu bas parking dekat Kampung Kraftangan.
Sepatutnya Kampung Kraftangan tu buka, tapi disebabkan kami pergi salah hari (Jumaat) maka, Kg. Kraftangan tu pun tutup. So, kami yang girl ni duduk la kat wakaf, tempat duduk yang di sediakan,  sementara menanti the boys habis solat Jumaat.

 The Boys at Kg. Kraftangan


The Girls at Kg. Kraftangan

Bila dah taktau nak buat apa.



PASAR SITI KHADIJAH

Aras 1:  pasar, (ikan, sayur dll)

Aras 2 : jual makanan kering (keropok kering, serunding dll) + kedai makan
Aras 3 : pakaian + tudung.

Sesampai je kitorang kat PSK tu, AKU + EKAH + ANIS + SYIFA..kengkawan aku yang shoppingholics tu memulakan pencarian. Memang penat + lenguh kaki. Masuk je dalam PSK tu kitorang terus menuju ke aras 2.

Cari barang makanan. Kalau ke Kelantan tak beli keropok ikan, tak sah la kan?
Anis :- keropok ikan original + budu + serunding
Syifa:- keropok ikan original + budu + serunding
Ekah:- Budu + serunding
Aku:- Serunding jerr

Niat asalnyer Anis & Syifa nak beli budu. Jumpalah satu kedai ni. Aunty Yam nama dia. Glamor you!!
Dia tunjukkanlah kat kitorang budu tersedap abad ini. Then dia tanya kami dari mana.Citer punya citer rupanya hari tu besday dia. Kitorang pun nyanyilah lagu besday tu untuk dia. Konsert free for you Aunty Yam. Memang syok. Orang disekeliling hanya mampu memandang dengan muka yang penuh dengan kebluran. Dah penat round kat situ, kitorang meneruskan perjuangan mencari barang (aku dipaksa ikut ekspidisi yang memenatkan ini yerr). =,=!!!

Sampai Aras 3, ada satu cerita lah satu cerita lagi

Kakak penjual: Adik ni dari mana? USM ke?
Aku: Hah! USM? (senyum sambil menyapu tapak tangan ke muka). Amin.. kami SPM pun tak lepas lagi.
Kakak penjual: La.. yeke? Baru Form 5 la ni?
Anis: Ye kak.
KP: Eh, cantik la adik ni pakai selendang. (Anis la tuu..)
Anis : Eh, bukan slendang la, tudung bawal biasa je.
             Dan tutorial selendang pun bermula.
KP: terima kasih la dik yer.
Anis: sesame kak.
KP: Akak doakan semoga korang semua berjayalah dalam SPM nanti yer?
Aku, Ekah, Syifa, Anis : Amin...

Kat bawah PSK tu ada abang ni. Dia jual kuih Apam manja. Very small + cute.
Lepas kitorang habis tawaf  PSK, kami ke...

~ Shopping mall. Ni semua Ekah punya pasal. Dia ni memang hantu kasut. Kebetulan ada sale kat mall tu, terus dia tarik tangan aku yang dah tak larat ni masuk mall.

~ Kedai /butik Peace pun kitorang masuk juga sebab nak habiskan masa. Yela, dah tak tahu nak buat apa kan? Masuk je lah mana-mana kedai yang berdekatan.

~ Patah balik ke Kg. Kraftangan. (Huh! akhirnya)

~ Petang tu kitorang ke pantai menghilangkan penat..

~ Malam tu bila cikgu cakap nak keluar aku dah surrander awal-awal. Dah tak larat gila. Tapi cikgu cakap keluar kejap je sebab nak pergi makan. So, suka, tak suka keluar juga la. Tertiba emergency announcement. Bas rosak. Tengah perbaiki. Agak bebai la juga, tapi kitorang semua pergi makan dekat stall yang berhampiran.

-Kami dah masuk satu stall ni, Nina siap gabung-gabung meja lagi. Tiba-tiba pak cik tu mai dan kata "Sorry dik, makanan takda lagi, pukul 9 baru sampai".

Hadoi... malu bukan kepalang.. semangat je susun-susun meja. Lastly makanan tak de...
Tapi kitorang semua dapat makan juga dekat satu stall ni.

We are the girls!! ^_^

Saje aku nak tunjuk cabai je kat korang..


jarijemarimenari: Nantikan episode terakhir Kelantan Part 3.