Ini merupakan entry kedua aku untuk hari ini. Nampak sangat aku tak da keja lain. Haha. Lantaklah!!
Kali ni aku nak kongsi tentang kek. Ada lah sorang kawan aku yang sangat bersopan-santun ni, dia ni keje kat kedai kek! Eh! lupa nak cakap. Nama dia Emma. Dah macam Emma Watson, heroin filem Harry Potter kegilaan aku tu. *takda kena-mengena.
Once upon the time... aku mesej dy. Cakap nak beli kek melalui dy. Murah lah sikit. Nampak tak aku telah mengambil kesempatan di atas ke atas kawan aku?? Sila jangan ikut!! pastu dy tanya la, nak kek apa. Setelah kedua-dua belah pihak setuju dengan jenis kek yang dipesan, petang tu dia mai hantar kat aku. *ayat macam tandatangan perjanjian. Hiperbola sungguh. Tapi time aku nak bayar, dia boleh pula cakap tak payah. Nia nak marah ni. *ye ke?
Nak tengok kek apa? Betul nak tengok ni? Betul ni? Nah lah!! Tengoklah sampai terjojol biji mata korang!!
Nampak macam menyelerakan tak? |
jarijemarimenari:: menaip sambil dengar Pakai Buang by Stacy
No comments:
Post a Comment